Wednesday, August 31, 2011

Berkumpul Seisi Keluarga

Salam aidil fitri.
Salam lebaran.
Selamat hari raya puasa
Salam eidul fitri
Selamat hari raya fitrah

Alhamdulillah
berkumpul sanak audara
Bertemu ayah bonda dan seluruh sanak keluarga.

Kami beraya di Tanah Merah kali ini.
Penuh adik beradik anak saudara di rumah ma.
Selepas solat sunat aidil fitri, kami menikmati pelbagai juadah yg disediakan. Ada nasi dagang,
ada satay, ada lemang, ada rendang daging, rendang ayam, roti jala dan kuzi kambing.
Wow...semua sedap, air tangan ibulah katakan.



Bergambar ramai2.
ibu, anak2, cucu2 dan dua pembantu rumah.
anak2 lelaki ma, menantu lelaki dan cucu lelaki. Ramai lagi yg tak  bergambar ni.

"abah...selamat hari raya.
irah nak mohon ampun dgn abah, salah silap yg sedar ataupun tak sedar.
yg Irah sengaja ataupun tak sengaja telah menyusahkan abah,
atau irah buat sesuatu yg menyakitkan hati abah,
halalkan kasih sayang abah, makan minum yg abah sediakan utk Irah,
ilmu yg abah berikan pada Irah.
Maaf segala dosa Irah pada abah.
Maaf zahir batin ya bah".
Terharu mendengar rintihan kata Irah.
Menitis air mata ini.

Irsyad peluk papanya
" Selamat hari raya papa...
huwaaa...maafkan Irsyad papa, ampunkan Irsyad,
Irsyad banyak dosa pada papa".

abang sulong...Nik Azman dan keluarganya.
Tema tahun ni ikut suka hati.
Dah jemu sedondong...boleh gak tak sedondong pun tak apa.
abahnya kelabu, mama hitam, syafiaq hijau muda, Lina kelabu kelaban,
Faraah hitam dan Hazim hijau pucuk pisang.
Yg penting ....kerjasama.
Paling penting happy belaka.

Wah....taukeh bisness tanah ni dah kaya raya sekarang.
seronok bergambar dgn menantu baru.
Pengantin bari Arif dan nora sedondong kelabu.
uminya oren kali ini.
Ketawa memanjang...suka bergurau nak pecah perut ketawa tak berhenti kalau bersama
abang Yie.

Abang Lid dan keluarga tercinta
...dengarnya puluhan ribu berjaya dikumpulkan dari rezeki dtg sepanjang Ramadan
dari business makanan.
Catering, tempahan makanan, lauk pauk, kuih muih untuk pelbagai majlis berbuka sepanjang
Ramadan lalu. Tahniah dan syukurlah.
Rezeki berganda pahala berlipat ganda dr kesungguhan dan keikhlasan kita bekerja
mencari rezeki.
Keluarga yg tenang, bahagia dlm diam.
Baru kembali dari tanah suci.
Alhamdulillah rezeki mengerjakan umrah di bulan puasa memang dinanti
oleh semua umat Islam yg beriman.

heh heh heh..blues geng.
Biru tuskois menjadi pilihan tahun Alamak...ramai lak yg pilih
colour tu utk family mereka. Waktu gi masjid, ramailak aku nampak
jemaah pakai colour yg sama.
Waktu berkumjung ke rumah sanak saudara pun ramai yg pilih biru tuskois.



Bonda tercinta...Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Ibu yg gigih mendidik kami 11 org adik beradik.
Hidup ma memang senang dan bahagia, di kelilingi oleh anak2 yg sangat berjaya
dlm bidang masing2.
Dlm usianya 73 tahun, m masih sihat walafiat.
Ma bakal mendapat cicit pertama pada Mac 2012 nanti, insyaallah.
Cucu baru...Nik Danish Khalis
anak pertama adik bongsu ku,
Nik Norfaizah dan Arif Suffian.
Baru berusia 6 hari.
Selamat berpantang adikku.
Selamat bertungku
Selamat berpilis
Selamat overhall badan.
Habis pantang nanti jadi wanita anggun bergaya,jadi isteri dan ibu terhebat.
Business menjadi2 dan rezeki mencurah2 datang.


Hismul Azzam dan Nor Aisyah
bersama Adam Darwish.
Waaa biru turkois sama keluarga aku...he he he.
Kebetulan pulak.
Nik Noriah dan anaknya serta menantu baru.
Wah dah berkembang keluarga kak Nor.
Baguslah...makin meriah hidup kak nor.

Pengantin baru...Nora dan Arif.
Wangi pengantin baru masih hangat lagi.
Masih dlm era honeymoon.

Anak2 saudara yg ramai...meriah sungguh,
riuh rendah dgn suara budak2.
Ini pulak keluarga ayah Mat...bapa saudara en suami di Melor Kota Bharu.
Kami beraya pada sebelah petangnya di rumah keluarga en suami.

menjamu selera....tapi awas. Perut kita dah berehat sebulan
sepanjang Ramadan. Jgn lak berat badan turun 3 kg semasa Ramadan,
selepas Ramadan badan naik mendadak 4 kg.
jgn lupa ya minumlah Lacto-lite.

Hamizah, Hafis dan Anieq...selamat hari raya.
Tahun lepas beraya berdua, tahun ni dah bertiga.
Tahun depan berempat lak...Guna benteng kuat sikit Kak Ijah.
he he he...

Tuesday, August 30, 2011

Berhari Raya


Allahhuakbar
Allahhuakbar
Allahhuakbar
Walillahhilham

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir batin.

Dah berakhir sudah Ramadan tahun ini,
Syawal menjelma kini.
bersyukur pada Allah, sempat merasai kemanisan
berpuasa dan beribadah
pada bulan yg penuh kerahmatan, keampunan dan berakah.

Aku kat Tanah Merah saat ini.
di rumah ibu.
Adik beradik mulai tiba seorang demi seorang.
Yang dr KL saja 6 beradik.
Yg tinggal kat Penang sorang.
Sorang menetap di Kota Bharu.
Dan tiga org kekal menetap di sini berhampiran rumah ma.

setahun sekali semua berkumpul.
Riuh rendah rumah ini.
Majlis berbuka terakhir begitu meriah dgn adik beradik, anak saudara, cucu2
dan pembantu rumah sekali.

Pagi2 raya nak ke masjid untuk solat sunat hari raya.
Lepas tu menziarahi kubur aruah ayahanda Hj Mohd Ali.
Dah 15 tahuan ayah meninggal. Semoga kekal dicucuri rahmat
roh ayahanda tercinta.

Kemudian kembali ke rumah untuk bersalam2an dgn bonda, adik beradik
anak2, anak saudara.
Wah meriahnya.
Insyaallah, ikut plannya sebelah petang kami akan pulang beraya dgn
keluarga en suaami di Melor.

Anda beraya di mana?
Di mana pun berada, pastikan keselamat sepanjang masa.
Sentiasa berhati2.

Selamat hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir batin.





Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Setulus hati daripada
CDM Dzulfauzilah  Husin
CDM Faridah Mohd Ali
Nor Aimi Dzulfauzilah
Mohd Adib Dzulfauzilah
Nor Syahirah Dzulfauzilah
Nor Amalin Aisyah Dzulfauzilah

Saturday, August 27, 2011

Berapakah Pendapatannya?

Woow.....tengok kediaman ini.
Tentunya amat selesa.
Rumah idaman semua org.
Semi d...luas lapang selesa.
Car porch pun besar. Boleh muat empat buah kereta.

Mempunyai 5 bilik tidur dgn tambahan satu stor.
Empat bilik air.
Semua org mahukan kefiaman yg selesa seperti ini.
Tentulah ia jauh lebih sempurna berbanding flat, rumah murah, apartment,
rumah teres sempit, teres setingkat, teres sederhana murah atau rumah teres sederhana.

TPS Resources...membangunkan Ramal.
Terletak di sebelah Shell Sungai ramal, dlm 200 meter.
Jika nak ke Bangi, boleh nampak di sebelah kiri jalan.
Aku tengok bunner ni waktu gi berbuka kat KDE Ampang Khamis lalu.

Semi D,2 setengah tingkat.
built up 3850 sqft.
Besar dan luasnya bersaiz  38' X 110'.
Hanya terdapat 26 unit
Kira ekslusif gaklah.
Tentulah kita mahu rumah yg seperti ini.
Luas, lapang, selesa, banyak ruang, dgn 5 bilik,
ada dapur kering dan dapur basah.
Bilik airpun banyak, tak payah berebut2 di waktu pagi.
Berhampiran dgn Kajang, Serdang, Bangi, Putrajaya.
Semua kemudahan ada.
Berdekatan pula dgn highway dari semua arah.
nak ke KLIA pun tak jauh sangat.

Tetapi tengokkan juga harganya.
Mak ooiiii....RM938 000.
Hampir satu juta.
Boleh aje beli jika mampu.

Aku bertanya pada En Zam....jika nak beli rumah macam ni punya rega,
berapa pendapatannya?
Kata En Zam ejennya 
"antara RM15 000 hingga RM20 000, lepaslah loannya puan".

Terdapat dlm 2 patern.
yg ni lebih mahal lagi
tengok reganya....dik oooiii
Berapa lak yg ni?

RM988 000

senang cakap satu jutalah

Adakah kita termasuk dlm golongan yg mampu utk memilikinya?
Berapakah pendapatan kita?
Apakah kerja kita sehingga pendapatan kita
Rm15 000 sebulan?

Jarang2 sekali kita dengar gaji sebanyak itu jika setakat kerja goment.
Swasta sekalipun.
Atau mungkin kita terpaksa menunggu bekerja sehingga 20 tahun,
baru dapat pendapatan seperti itu.

Jika business?
Ya hanya org business yg mampu mendapat pendapatan sebegitu
walaupun kita masih muda.
Apakah hanya org business yg mampu hidup selesa?
Apakah org business sahaja yg mahukan kediaman sebegini.
Apakah kita wajar hanya berserah kepada nasib dan kekal mendiami flat, appartment,
teres kos rendah, rumah murah atau teres kos sederhana.
Apakah kita hanya melihat, menengok org lain yg hidup selesa?
Adakah org lain shja yg mampu memilik kediaman sempurna
seperti ini.

Jika kita berpeluang mendiami rumah besar kenapa pilih yg kecil?
Jika kita berpeluang mendiami rumah lapang, mengapa
kita terus mendiami rumah sempit?
Jika kita berpeluang untuk kaya, kenapa kita masih kekal miskin?
Kejayaan tak kan datang kepada kita andai kita tidak mencarinya.

Jom berniagalah.
Berusahalah untuk keluar drpd zon takut untuk berubah.
Kita wajib berubah sebelum mampu mengubah kehidupab kita.



CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil...
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181




Selamat Balik Kampung



Selamat balik kampung.
Selamat sampai ke kampung masing2.


Ada yg dah berbuka dgn keluarga di kampung petang semalam.
bestnya kan!

ramai yg dah bertolak pulang semalam.
ada gak yg bertolak hari ini.
Anda pulang ke mana?
Johor?
Melaka?
Negeri Sembilan?
Perak?
Penang?
Kedah?
Perlis?
Pahang?
Trengganu?
Kelantan?
Sabah?
Sarawak?
Putrajaya?
Selangor?

Sentiasa berhati2 dlm perjalanan.
Sentiasa cermat dan sentiasa berwaspada.
Kenderaan terlalu banyak. semua menuju ke destinasi masing2.


Aku masih di KL.
Hari ni di rumah saja.
kemas rumah sebelum balik kampung.
Bersihkan apa yg patut, kemas pakaian dan beg aku serta anak2.

En suami lak, gi hantar Tuah ke hotel penginapannya
untuk 7 hari, Tuah akan berada di hotel itu.
Ha ha ha...gelak besar anak2
waktu gi temahkan abah gi hantar Tuah.
he he he...Tuah tu kucing kesayangan kami.

Lepas hantar Tuah, en suami gi hantar pembantu rumah lak.
Tp senang sikit, hanya sampai ke stesen LRT Bukit Jalil je.
Dia nak balik sendiri berdua dgn kawannya.
Semalam dah belikan baju raya untuk Hom, boleh tahan gak harganya RM230 sepasang .
Aisyah yg pilihkan...katanya pasti kak Hom suka.
Belikan juga kasut dan kuih raya untuk Homsatun beraya.
Aku bagi cuti 10 hari untuknya.
Semoga dia gembira.

Plannya nak berbuka kat luar je petang ni.
Sebab dah malas nak masak.
sebab semua perkakas di dapur dah kemas.
Untuk sahur pun beli lauknya.
Plannya nak balik esok lepas sahur.

Insyaallah kita jumpa lagi.
musim raya ni, blog aku akan hupdet dari masa ke semasa.
walaupun sibuk yg amat selalunya.

Selamat Balik Kampung



Duit Raya

Mood raya sesangat.
Nak cerita pasal businesspun, org dah tak ada mood.
Semua dah mood raya, untuk persiapan terakhir.
Sana sini pergi,lagu raya je yg kedengaran.

Semalam  waktu aku hantar waist nipper pada customer kat Kajang,
katanya Rose..."ala faridah, lepas raya jelah cite pasal buat duit ya.
hari ni nak bengkung je dulu".
Gitu pulak, sebelum tu beria2 nak tau pasal business.

Sampul raya...ada dr MBB, ada yg Public Bank, ada dr kedai tayar,
kedai ariani pun ada.

Pagi ni, Aisyah sibuk nak masukkan duit raya.
Biarlah dia buat, rajinnya lain sikit.
irah dan Aimi apa lagi?
He he he...masih berselimut lagi.Pada hal dah jam 8.30 pagi.
Adib dah balik ke Kelantan pagi semalam.
nak balik semua dgn kete, mana boleh masuk.
semua dah besar panjang.
So Adib balik dulu pg semalam.
Lagipun dia dah biasa berjalan sorang, aku pun tak bimbang sgt.

Dah siap2 duit raya, berbahagi rezeki.
menyenangkan hati yg menerima,
tentulah budak2 yg paling excited nak dpt duit raya.
.
nasib baik ada kawan baik kerja MBB.
Pn Aribah, isteri En Rosli.
Aku hello je padanya, jika ada hal2 berkaitan dgn urusan bank.
Nak tukar duit rayapun, minta tolong dia uruskan. Tunggu gi ambik je.
Senang betul ada kawan baik kat bank.
itupun memudahkan pelbagai urusan business gak.
Aisyah je yg nak buat, dia lebih rajin sikit.
Irah dan Aimi buat hal sendiri.
Aimipun baru sampai dr Melaka malam tadi. Masih tido kat biliknya.
Tak cukup tidur kerana siapkan pelbagai assigment.
Bila balik umah, apalagi...tido jelah.

Duit satu hinggit...Jika sekeping budak2 tak mau.
Ala, seringgit je?

Jadi yg ni aku masukkan 4 keping dlm setiap satu sampul.
Utk budak2 kampung yg aku tak kenal.
selalunya dtg bukan nak beraya sangat, tp nak duit raya.
Bagi jelah, peluang utk mereka.Jgn tak bagi.
Masa aku jadi budak dulu pun, macam tu gak.
mengutip je sepanjang musim raya.
Kalau dpt RM50 pada zaman aku, tu kira dah banyak sngat.
membanding2 lagi siapa yg dpt lebih banyak dgn abaang2 dan adik2 aku.
Jika nak banyak, kena rajinlah berjalan ke rumah org.
Lucu gak bila diingat2kan.
wang RM5, dlm tiga ratus aku tukar.
Untuk anak2  sepupu sepapat, sanak saudara, anak2 kawan.
RM10 hinggit utk anak2 sedara aku yg umur 10 tahun ke bawah.
Yg 10 tahun ke atas, RM20 sorang.
aisyah tanya aku..."Utk Aisyah berapa duit rayanya?"
Aku jawab..."tak payah duit raya pun tak apa".
dah habis banyak utk gelang baru, baju baru, tudung baru,  brooch baru,
kasut baru, buku2 baru dan mcm2 lagi".
"ala mama ni, bolehlah duit raya utk Aisyah".
Note RM50,
Duit raya utk ma dan mak mertua ku.
Juga utk nenek yg masih ada sebelah en suami.
Juga mak2 dan ayah2 saudara.

juga  utk anak2 sedara yg dah besar panjang.
Yg dah sekolah menengah, yg dah masuk u dan kolej.
Anak2 sedara aku ramai, maklum 11 org adik beradik aku, semua dah kawin
dan tiada sorangpun yg tak ada anak. Cukup setahun kawin......huwaaaa lahir baby.
yg terbaru, adik bongsu ku Nor, dah selamat bersalin 4 hari lepas.
Bolehlah buat cukur jambul raya nanti.


Ada jg untuk sedekah sebelum raya tiba.
biasanya aku bagi sehari sebelum raya.
Pahala sedekah Ramadan yg paling besar berbanding bulan lain.
Sehari dua sebelum raya, edarkan pada org2 miskin.
Tahun lepas aku edarkan di rumah petempatan semula
setinggan di flat kat Puncak Jalil.
Ramai yg susah kat sana.

Tahun ni aku akan sampaikan pada org2 kampung en suami
di Melor Kota Bharu dan org2 miskin di Tanah Merah, kampung aku.
jadi sehari sebelum raya, make sure dah ada kat kampung.
Masih ramai yg susah dan miskin.
Hidup mereka masih lagi kais pagi makan pagi.

Bukan nak menunjuk. Segalanya kosong jika aku tak ikhlas.
malahan mendapat bala lagi jika aku riak dan takabur.
tetapi motivasi utk rakan2 blog, rakan2 business dan
rakan Taipan agar sama2
berusaha ke arah itu.

Syukurlah pada Allah yg memilih aku utk memberi.
Kena bekerja lebih kuat untuk bertambah kaya supaya
kita mampu memberi dgn lebih banyak kpd fakir dan miskin.
Bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi sepanjang masa.
Terlalu amat penting menjadi muslim yg kaya.
hidup bukan hanya utk kita.


Jika fikir utk diri aku je, memang dah lebih dr cukup.
Jgn fikir hidup kita hanya utk kita.
utk anak2 kita, utk pasangan kita shja.
kena fikir juga bahawa kita hidup mesti memberi manfaat kepd org lain.
Banyak membantu org lain.
Banyak memberi utk org lain.
Banyak memberi baru kita menerima.
Maknanya memang kita wajib berusaha utk menjadi kaya.

Kaya yg baik.
Kaya yg pemurah.
Kaya yg tak berkira.
kaya yg beriman.
Kaya yg suka bersedekah.
Kaya yg bertaqwa.

Jumpa lagi.
Yg balik kg hari ini, berhati2 selalu.
Semoga perjalanan anda selamat.
insyallah.





Speed Trap


Salam
Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat dan kurniaanNya yg tak terhingga
dan tak terhitung banyaknya.

Nampaknya ramai yg dah balik kg
'balik kampung...ho ho hoo balik kampung'...
nyanyian sudirman yg begitu popular
dikumandangkan kat mana2 pada musim perayaan ni.

Ada yg bertolak pulang semalm selepas kerja,
ada yg bertolak mlm tadi selepas berbuka,
ada gak yg nak bertolak pagi tadi selepas bersahur,
ada yg nak bertolak hari ni dan pagi esok.
tapi ada gak yg nak bertolak pagi raya untuk mengelakkan jem.
terpulang pada pilihan sendiri.

Aku masih di KL ketika ini.
Masih di rumahh.
plan nak bertolak malam ni,
tapi sayang pulak pada solat terawih,
tak mahu tercicir. Tambahan pulak dgrnya ramai gak yg nak bertolak
hari ni. Seboleh mungkin tak mau bersesak2, biarlah tenang2 dulu.
biar org lain dah sampai kat kampung, baru kita pulang.
Kataku pada en suami.
Mungkin pagi esok sesudah sahur.
Atau mungkin pagi Isnin.
Gamaknya waktu itu hampir kebanyakan warga kota dah berada
di kampung masing2.
Jalan pu dah lega.

tapi awas, berhati2 sepanjang perjalanan.
cermat, berhati2, jangan potong line, berhentilah jika penat,
jangan memaksa diri untuk terus memandu dlm keadaan mengantuk.
elakkan sikap pentingkan diri sendiri, nak cepat dan patuhilah
peraturan.
Ceee`wah...macam polislah pagi ni bagi nasihat kat pengguna semua.

Satu lagi...
awas dgn speed trap.
Banyak u...kat mana2 pun ada.
Abang2 polis kita beraya dgn kamera untuk ngap gambar kereta yg
melebihi had laju.

Nak dapat info terkini...
sila layari Speed Trap Location For Hari Raya blogspot.com.

Selamat pulang ke kampung masing2.
Selamat dlm perjalanan.


Friday, August 26, 2011

Kelab Darul Ehsan...KDE

Aku mulai kenal KDE sejak tahun 1998 ketika bergiat cergas
dalam Amway.
Banyak seminar, bengkel dan meeting yg diadakan di KDE.

Dan sejak itulah aku jatuh cinta dgn restoran Duyong di KDE,
terutama buffet Ramadannya.
memang best.
Banyak menunya, paling penting service dan sedapnya.
harganya berpatutan. nak parking senang, suraunya selesa.
Untuk dewasa RM50 jika berkupon. Jika tak beli kupon RM55 utk dewasa dan RM33 untuk kanak2.
maka setiap tahunlah kami sekeluarga akan mengambil peluang
berbuka di sana sekurang2 sekali utk sepanjang Ramadan itu.

Petang semalam aku ke sana lagi bersama anak2.
Tradisi dgn citarasa desa.
Ada lebih kurang 120 jenis menu makanan.
Macam2 menu dgn hidangan yg sangat menyelerakan.
Sedap dan puas hati.
Kambing bakar pun ada.
Kiosk2 makanan dgn pelbagai menu di susun sepanjang ruang.
Nak kena booking sehari lebih awal, kalau tidak melepas.
Apa lagi kalau hujung minggu.

Dari pandangan parking kereta.
ku lihat tambahan ruang makan, canopy yg dibina bersebelahan
swimming pool untuk menampung permintaan yg terlalu hangat
untuk buffet Ramadan KDE.
tahun lepas tak ada canopy ni.

Kami singgah bersolat asar di masjid kuning Kota Damansara
utk mengambil Irah.
Prgram iktikafnya tamat Sabtu ni,
tetapi dah merengek2 minta balik. huwaaa..."nak balik dah mama, datanglah ambik Irah".
"Manjanya mengada2 lebih"....kata Adib
lepas tu  kami terus ke Ampang untuk berbuka di KDE.
Kami tiba masih awal untuk mengelakkan jem.
Jam 6.20 ptg dah sampai.
Org masih tak ramai
Tetapi sambutannya cukup terasa, terlalu besar ruang makan
sedang menanti pengunjung tiba.
Ini ruang makan asal.
Semua bersedia menanti ketibaan pengunjung yg mahu berbuka di sini.
Kami di ruang kedua, luas dan besar. selesa.

Anak2ku memang takkan melepaskan peluang...mesti minta nak datang
berbuka kat KDE. pandailah kau orang ni memujuk rayu mama dan abah.
Ttpi memang ya, sekali datang pasti jatuh cinta.
Itulah yg kami rasa dgn KDE.
Tak ralat datang.

Ada 120 menu.
Tak larat nak makan.
Jika nak rasa semua, pantangnya jgn minum dulu.
makan je, last sekali baru ambik teh panasnya, syrapnya, jus, ABC,
air cendol, aiskrim dan lain2.
Besarnya ruang tambahan...bersebelahan swimming pool.
Ramai org datang, kebanyakan bekeluarga.
Ada juga syarikat2 yang bawa stafnya berbuka di sini.
semalam pun ada beberapa group dr beberapa company berbuka.

ku nampak beberapa artis ada bersama, tapi segan pulak nak snap gambar.
He he he...mahu tapi malu. Ada Linda Jasmin dan suaminya Que Haidar,
Wardina serta anak2nya dan ND Lala dan keluarganya.

Ini pula ruang yg dipasang canopy, juga bersebelahan swimming pool.
Aku tengok makin ramai pengunjung yg datang berbuka
di KDE berbanding tahun
lalu. sampai tak cukup ruang.
En suami...sentiasa berselera.
Apa lagi menu kegemarannya...ada
kambing panggang yg dingap dulu.
lepas tu tambah lagi dan lagi.
Sampai puas, tengok tu....tak hangkkat muka mengadap kambing panggang.
Berenti solat jap, lepas tu sambung lagi.
Nasi jgn ambik banyak...kalau tidak perut cepat sendat.
berpada2 walaupun banyak menu.
tetapi macam2 pilihan lauk dan kuih muihnya.
Soto nasi impit, soto meehoon, ayam, lontong, mee rebus,
mee kari, mee goreng mamak, meehoon, kuey teow,
satay daging dan ayam, nasi himpit, martabak, roti canai,
segala jenis kerabu, segala jenis rojak...rojak buah, rojak mee, pesembur,
tahu sumbat, goreng pisang, goreng ubi, goreng cempedak,
kambing panggang, itik bakar, ikan bakar, sotong bakar, steamboat,
segala jenis bubur dan pengat, segala jenis manisan dan puding,
1001 macam buah, biskut raya, kek dan pai, 1001 macam kuih muih asli, dodol
dan macam2 lahi.
hai datanglah sendiri.....aku pun dok ingat banyak sangat.

Pengunjung dibenarkan makan sampai jam 9.30 malam.
Tp Adib ajak balik awal, so jam 8.50 dah bergerak pulang.
takut terlepas terawih kalau makan banyak sangat.
Nanti penat.
Jam 9.40 kami dah tiba di rumah,
"jangan tidur dulu...Meh terawih terawih terawih".
Bising adib memanggil adik2nya.

Alhamdulillah, lepas terawihmengaji sekejap, kemudian rehat sekejap
huupdet blog dan fb, terus lena.
Plannya nak bangun bersama anak2 untuk berqiam ke masjid.
Dlm jam 3.20 aku terjaga.
Malam tadi kami ke masjid bandar kinrara je.
Moga diberi rezeki bertemu lailatulqadar yg dicari2.
Org tak berapa ramai macm masjid AlFalah.
Jam 5.10 kami pulang utk bersahur.
Alhamdulillah.

S Wan Jewels

Selepas berbuka, dua malam sudah aku dan anak2 ke Alamanda.
terus ke Kedai S.Wan Jewels.
Ramainya org.
Tuannya Wan...org Kelantan, masih muda.
Sekarang dah kaya. seorang usahawan berjaya.
Berniaga secara kecil2an waktu mula2 berhijrah ke KL 12 tahun lalu.
Lahir dlm keluarga yg berniaga emas di Kota Bharu.
Rangkaian kedainya di Kelantan memang banyak terutama di Kota Bharu.
Di sinipun ada dua buah kedai.
Bangi dan  Alamanda dan yg terbaru akan dibuka di Cyberjaya.

Aku dah lama menjadi pelanggan S Wan Jewels.
Pekerjanya ramah, tuannyapun baik.
Jika balik kelantan, sering juga aku membeli di kedai ibunya berhadapan
Pasar Buloh Kubu.
Harga emas dua hari lepas.
RM200 segram tetapi dijual dgn harga diskaun RM185 untuk emas 916 bg satu gram
Lebih murah berbanding Habib Jewels, atau Wah Chan, Tomei
yg selalu dijual dgn harga semasa.
Boleh datang kat sini jika nak beli barang kemas.


Rambang mata...semua nak.
itulah org perempuan...baju, barang hiasan diri, kecantikan, melawa,
hiasan rumah, mesti tewas punya.
Akulah tu...nafsu besar.
Sowee bang, bukan nafsu besar...tetapi impian besar.
he he he.
Itulah yg selalu membuat aku bekerja kuat dlm business.
Kalau masih makan gaji, makan hatilah melihat ni semua.
meleleh je air liur.
Rambang mata...semua cantik.
Semua nak.
Buatannya halus, patern terkini, kualiti standardnya tinggi.
Harga upah pun berpatutan.
Heh heh heh....cantiknya.
Banyak patern baru.
sebelum ke Hong Kong hari tu, dah beli satu.
Tapi nak lagi bila tengok macam2 patern baru yg menggoda iman.
Sebenarnya aku datang nak beli rantai tangan untuk
Irah dan Aisyah.
Bukan untuk aku.....tapi taulah, aku kata nafsu besr punya.
Penjual menggoda dan memujuk.
pembeli menimbang dan memilih.
berdasarkan kemampuan dan kemahuan serta citarasa.
Jika nak berjaya dlm business, belajarlah.
cari ilmu...dlm business, pelanggan adalah raja.
mereka adalah segala2nya bagi kita.
mereka mesti diutamakan, service mesti tip top, mulut kena ramah, senyum kena lebih,
mesti pandai memuji, janji mesti ditepati, hati kena baik, jujur adalah segala2nya.
Business MLM pun sama, rakan kongsi adalah rakan niaga kita.
customer mesti dipujuk agar menjadi rakan kongsi
pula lepas menggunakan produk.
oooiiiiiii....jadi mami jarumlah gamaknya.
besarnya...tak cun dgn tangan aku yg kecik ni.
kalau tangan jenis bulat berisi, tentu cantik pakai yg ni.
yg ni beratnya hampir 60 gram.
harganya dah reiki2 lebih RM16 000.
Mak oooi...boleh bayar 3 bulan WST 181.

"yg ni memang sesuai dgn kak faridah, cun sangat, patern baru ni.
Org lain belum ada yg pakai patern ni.
Panas2 ni kak, ambiklah".
Kata Ayu...pandainya menggodek hati berahi aku.

Kemudian datanglak Wan taukehnya...
"assalamualaikum boss, lama tak nampak,
wah!! kena tu memang cantik sgt untuk raya ni".
Kita boleh bagi kurang sikit utk special customer".
"Jika nak beli, baik beli sekarang, lepas raya harga dijgka naik lagi".
Kata Wan...tuan punya S Wan Jewels.
Orgnya sgt baik dan peramah.

"yg ni baru jugak, murah sikit".
"berapa? Cuba kira".
"Tak mahal, hanya RM 9 685 je"
Cantik, semua cantik, semua suka...detik hati aku.
tengok yg lain lak.

Pilih dulu untuk anak2 pompuan kami.
dapat sorang satu, Irah tak ikut masih beriktikaf di masjid Kota Damansara.
So Aisyah lak yg lebih2 memilih utk kakaknya.
Pandai gak seleranya, nak yg besar dan cantik.

termakan gak pujukan Ayu...pandang en suami dia senyum je.
Katanya "ambiklah kalau suka".
wow sukanya hati, rezeki jgn ditolak.
inilah yg aku pilih, dua utas gelang tangan sebab rantai tangan dah banyak.
taklah mahal sangat, dlm RM7000 lebih.
Mampu milik kerana buat business ni.

la la la la la....dapat gelang baru, sukalah hati.
"TQ mama, TQ abah".
kata Aisyah.