Tuesday, August 23, 2011

Beriktikaf Di Masjid Kota Damansara


Salam Ramadan
untuk hari yg ke 23 hari ini.
Dah 4 hari anak ketiga ku Irah tak ada di rumah.
Rasa sunyi gaklah rumah ni bila tak cukup sorang.
Aisyah pun takada kawan nak bergaduh.

Irah ke program beriktikaf di masjid Kota Damansara
untuk 10 akhir Ramadan.
Semua dok masjid.
Tidur, belajar, makan minum, berbuka, bersolat, berterawih,
mandi manda pun semua di masjid.
Sampai bila?
Sampai 28 Ogos ni.


Bagus gak la.
Jam 2 ptg semalam aku gi jengok Irah.
Tersengih2 senyum bila nampak aku dan abahnya datang.
Hantar baju bersih, ambik baju kotor, dan hantar kitab tafsir yg tertinggal
kat rumah.

Aku tanya OK ke kat situ?
OK je, tapi ngantuk, katanya.
Cakapnya tak banyak. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.
Jam 2.30 pagi dah kena bangun untuk bersolat sunat, solat taubat,
solat tahajjud, solat hajat, mengaji quran, berdoa dan macam2.
Sambung terus untuk bersahur.
Lepas solat subuh baru boleh berehat.

Jam 9 pagi baru masuk kelas selepas buat solat Duha.
Baru belajar akademik semula.
Sampai waktu zohor berhenti rehat dan tidur.

Lepas solat asar, kena mengaji dan menghafaz
serta bertadarus Al Quran.
Alhamdilillah, katanya dah khatam dah untuk Ramadan ni.
Hari2 buat, habislah.

Ada juga ibu bapa yg turut sama beriktikaf di situ dan
ikut semua program yg dianjurkan. Bagusnyalah.
mereka sanggup ambik cuti untuk bersama anak2 mereka.
Ada juga yg datang waktu berbuka dan solat terawih je.
Inilah tarbiyyah sepanjang Ramadan ini yg dibuat oleh pihak sekolah ISSKD.
Tp hanya untuk secondry je.
So Aisyah tak terlibat.

Aku?  he he he...tidur kat rumahlah.
Diri belum kuat untuk bermalam dan makan minum di masjid seperti itu.
Tapi aku dah janji untuk datang berbuka bersama2nya dan berterawih sekali esok.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.