Sunday, August 14, 2011

Jemput Adik


Salam bahagia.
Petang semalam kami jemput adik untuk berbuka puasa di rumah. adik bongsu Nik Norfaizah, suaminya Arif,
anak saudaraku Nina
(mama, papa dan adiknya sedang menunaikan
umrah ketika ini)
serta bibiknya sekali.

Apa hidangan kali ini?
Sedapnya.
Mengalas perut ketika azan berkumandang ialah
buah kurma,lompat tikam berserta pulut serta
agar2 pandan bersama air bio aura.
Sedap...syukur atas nikmat berselera
anugerah Allah.
berbuka ramai2 lagi nikmat.

nyum..nyum..nyum
sedapnya lompat tikam lengkap dgn pulutnya
sekali. Buatan tangan aku...he he he.
dik bongsu ku, Nor yg sedang sarat tu, menjamu nafsu makannya dgn
lompat tikam ...."emmmm sedapnya lompat tikam ni".

Jangkanya duenya tiga hari sebelum 1 Syawal.
Kata aku  "makanlah apa je sebelum bersalin".
Dalam pantang nanti musim rayalah pulak...makanan banyak penuh meja
tapi semua tak boleh makan.

Buah kurma keluaran Yusof Tayyub.
anak2 suka yg ni je, jika beli yg lain, dah tak makan la.
Nak yg Yusof Tayuub gak.
Tiga hari habis sekotak.
Sekali beli  tiga atau empat kotak.

Seperti biasa selepas berbuka, kami bersolat maghrib dulu.
Adib masih di Kelantan, mungkin esok baru balik.
So En suamilah yg menjadi imam bersama yg lain.
selepas selesai bersolat, baru kami menjamu makan nasi.

woooo....sedapnay.Penuh meja.
Sebab ada tetamu adik dan anak saudara, aku masak
lebih banyak berbanding biasa.
Lauk pun banyak sikit.
Kali ni ada gulai udang, telur masin, ikan merah goreng,
sayur goreng campur, ikan terubuk masin(tak boleh tak ada)
sambal cili padi dan buah tembikai.

Alhamdulillah, makan berjemaah ramai2 memang berselera.
Semua sedap. Semua licin.
Nina pun nampak berselera.
Sebelum ni makan dgn bibik je kat rumah.
kali ni berkawan dgn anak2ku.
Berseleralah sikit, tak apa Selasa ni mama dan papanya
dah pulang dr Mekah.
Rindunya pasti terubat.

Kami berterawih di rumah je malam tadi dgn anak2.
Kemudian macam biasa, sempatlah bertadarus Al quran sebelum mengambil
masa untuk merehatkan badan.

Jika ada ruang dan kesanggupan, bangunlah merebut
pahala berganda yg dijanjikan Allah
bagi yg menghidupkan malam dgn pelbagai ibadah.
Bangunlah untuk solat sunat, solat taubat, solat hajat, solat tahajjud, solat witir,
mengaji, berdoa, memohon ampun, berzikir, bertasbih dan bertahmid.
Tak larat buat banyak, buat sikit pun tak apa.
yg paling penting konsisten.
Insyaallah, jika mahu tak ada alasan.
Mudah2an diberi kekuatan oleh Allah untuk melaksanakannya.


Salam.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.