Salam bahagia.
Salam Ramadan.
Sudah 23 hari kita bersama ramadan ini.
Hanya seminggu sj lagi ramadan akan pergi.
Pergi membawa tawaran hebat untuk kita.
pergi membawa pelbagai rahmat untuk kita.
Apakah aku yakin akan bersama Ramadan lagi tahun hadapan?
Apakah aku masih tetap ada untuk menyambut Ramadan tahun 2012?
Apakah aku benar2 berusaha untuk merebut segala rahmat dan keampunan
Ramadan kali ini?
Apakah aku sentiasa excited utk mengambil segala rahmat dan pengampunan
sempena Ramadan kali ini?
Atau apakah aku hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja?
Apakah aku hanya berpuasa dari makan dan minum semata2?
Apakah lidahku masih seronok bercakap tentang umpat keji dan menghina
org lain?
Apakah lidah ku lebih gembira gossip dan bersembang kosong berbanding
dgn tasbih, selawat dan mengaji AlQuran?
Apakah mataku masih melihat dan seronok melayan yg jahat dan maksiat
Apakah telingaku masih seronok mendengar umpat, gossip, kata2 keji dan hinaan
pada kawan2 sendiri.
Apakah telinga ku lebih seronok mendengar dendangan lagu2 raya oleh P Ramlee, Saloma
atau Siti Norhaliza berbanding dgn mendengar alunan ayat suciMu.
Apakah masa ku terisi dgn amalan2 yg dituntut sepanjang Ramadan ini?
Atau hatiku tertarik untuk meninjau sogo, PKNS, SACC, KLCC atau Pavillion?
Berapa banyakkah rezeki dan sedekah yg telah aku kongsikan
dgn fakir dan miskin sepanjang Ramadan ini?
Sudahkan aku membayar zakat fitrah, zakat perniagaan dan zakat emas?
Berapa kalikah aku menjamu berkongsi rezeki untuk org lain berbuka puasa?
Mengapakah aku masih tewas dgn nafsuku sendiri.
Mengapakah jiwa dan pancaindera ku masih di takuk lama?
Sedangkan sebelum Ramadan menjelma, aku bernekad untuk
melakukan yg terbaik sepanjang Ramadan ini?
Sebelum Ramadan datang, aku berazam untuk berusaha bersungguh2
meraih segala anugerah Ramadan ini?
Mengapakah tidur dan tilam empuk masih lebih aku sukai
berbanding bertafakur dan beribadah di atas sejadahmu?
Mengapakah shopping compleks lebih sering aku kunjungi berbanding
masjid serta surau?
Mengapakah aku masih membesarkan aktiviti membeli belah
berbanding aktivi yg mendekatkan aku dgnMu?
mengapakah aku masih tertarik dgn biskut dan kuih |
raya berbanding dgn sedekah dan amal jariah?
Mengapakah mood raya menguasai diriku berbanding dgn mood untuk
berlumba2 mencari malam LailatulQadar?
Subhanallah
Ya Allah.
jauhkan aku drpd tiga golongan yg sangat rugi
* org yg apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat ke atasnya.
* org yg sempat hidup bersama ibu bapanya, tetapi tidak dapat masuk syurga
* org yg sempat hidup dlm bulan Ramadan, tetapi tidak terampun akan dosa2nya.
Andainya ini adalah Ramadan terakhir untukku...
Di manakah aku nanti di sisiMu??
Ampunkan aku ya Allah.
Ampunkan aku Ya Rabbi.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.