Aimi bersama mamatok Jumaat lalu sebelum bertolak pulang ke Melaka.
Sebulan lebih bercuti semester.
Dalam cuti cari part time.
Buat apa?
Kerja kat 7E.
Baguslah, banyak dapat pengalaman.
Dapat gaji, Dia tahu nilai wang.
Bukan senang nak dapat duit.
Kena bekerja.
kena bangun awal.
Jam 7 dah kena masuk kerja.
Sampai jam 3 petang shifnya.
Kadang2 kena shif malam.
Kadang2 kena shif petang.Kalau kena shif malam, langsung tak boleh
tidur dari jam 11 malam sampai 7 pagi.
Aku suka anak2 belajar cari duit sendiri.
nak beli hp, nak beli iPad, nak beli iphone...mereka beli duit sendiri.
Jika tak cukup baru aku tambah.
Baru mereka sayang barang mereka sendiri.
Baru mereka tahu menghargainya.
Aku tak akan sesenang itu bagi kemewahan kepada anak2.
Aku tak mahu anak2 membazir, tak menghargai wang.
Tak menghargai apa yg diberi jika mereka dapat semuanya secara senang
dari ibu bapa.
Anak2 aku tak bawa wang poket ke sekolah.
Tapi untuk sebulan, aku bagi RM30 sorang untuk mereka saving.
Semua dah ada saving sendiri.
Semua makanan dah disediakan oleh pihak sekolah. Semua dah dibayar penuh
termasuk yuran bulanan hampir RM1800 sebulan.
Makan je di sekolah.
Air bawa dr rumah, lagi berkhasiat dari membeli air tin atau air tepi jalan.
Cuma Adib yg belajar kat Cairo tu agak boros sikit berbelanja.
Tapi dah pandai dah. Aku dah buat syarat baru.
Dulu aku bagi duit poket RM300 sebulan...semua licin.
Sekarang aku potong, cukup atau tak cukup RM150 je.
Pandai2lah nak hidup, eh eh rupanya cukup pulak.
Ya lah, semua bayaran makan asrama dan pengajiannya dah dibayar penuh.
RM150 tu duit poket je. Orang lain tak dapat pun dari mak ayah.
Semua kira dari duit bayaran bulanan je.
Tapi Adib dapat lagi wang poket.
Aimi ni lebih cermat orangnya.
Saving pun banyak.
Pandangannya lebih matang, lebih bijak mengurus hidup.
Jika dia ada di rumah,banyak pantang larangnya nak jimatkan elektrik,
telefon dan penggunaan air kat rumah.
Ajar adik2nya supaya buat saving.
Macam mana nak tambah tabungan dan macam2.
Baguslah...Irah dan Aisyah ikut je apa yang Kak Aimi ajar.
Tambah2 lagi bila aku sendiri tegaskan supaya berjimat.
Aimi minat business.
Dia dah mula mengumpul pengalaman dari kerja2 yg dia buat setiap kali bercuti semester.
.Dia dah nampak halatujunya
tak mau kerja makan gaji.
Sekarang Aimi sudah di semester akhir.
Insyaallah, bulan Mac nanti tamatlah Diplomanya.
Aku doakan dia dan anak2 yg lain yg terbaik.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.