Friday, November 18, 2011

Ma...Doanya Sangat Mustajab

Sabtu lalu bersama bonda dan adinda di
The Royale Chulan Kuala Lumpur.


Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Ibu ku...ku panggil ma.
Dah berusia hampir 73 tahun.
Berkahwin ketika berusia 17 tahun.
Ayah sudah menjadi aruah sejak 26 Mei 1995.
Terus gigih dan sabar mendidik
anak2 selepas pemergian suami tercinta.

Mempunyai 11 orang anak.
Dengan 43 orang cucu.
Tak lama lagi akan mendapat cicit yg pertama.
Kesemua anak2 sudah dewasa dan semuanya sangat berjaya dlm bidang masing2.
Cucu2nya juga semuanya berpendidikan tinggi.
Ada doktor, ada peguam, ada arkitek, ada pensyarah, ada akauntan,
ada business...dan ramai lagi cucunya
yg berada di menara gading dalam dan luar negara.
Semua hasil asas didikannya juga.




Doa ibu sangat mustajab.
Doa ma pula sangat mujarab.
Termakbul apa jua permintaannya.
Terlintas sahaja di hatinya, pasti jadi.
Sangat dijaga gerak hatinya takut terlintas yg buruk2.
Kejayaan anak2 dan cucu2nya adalah atas berkat doanya.


Doanya untuk kesebelas anak2nya...sepanjang masa, di mana jua, dalam keadaan macam manapun.
Berapa kali ma berdoa, di mana ma berdoa....
5 kali sehari selepas solat fardu.
Beberapa kali sehari selepas solat sunat2 yg tak pernah ditinggalkannya...
solat sunat hajat, solat sunat duha, solat sunat istiqharah, solat sunat malam,
solat sunat matahari terbit, solat sunat witir, solat sunat sebelum dan
selepas solat fardu dan pelbagai solat sunat lagi..

Beberapa kali sehari selepas mengaji AlQuran yg sentiasa menjadi teman hidupnya.
Ke manapun ma pergi, AlQuran sentiasa dibawa dan dibacanya...dalam flight, dlm kereta,
sedang menunggu seseorang atau di mana sahaja.
Doanya juga dipohon pada hampir setiap malam ketika bertahajjud.
Jam 3 pagi hingga 4 pagi..sentiasa ma bangun bersujud kepada Allah SWT.
Ketika hening sebegitu...
Ma menyebut dan melafazkan  nama anak2nya satu persatu, seorang demi seorang.
Doanya berbeza mengikut situasi anak2nya ketika doa itu dipanjatkan.

Untuk bahagia rumahtangga, supaya anak2nya menjaga solat asas paling penting,
untuk ditingkatkan iman anak2nya, diberikan hidayah
,mendapat pasangan yg bahagia, mendapat anak2 yg soleh,
mendapat kelulusan peperiksaan yg cemerlang,
naik pangkat, berjaya dalam interview,
ditinggikan darjat dan kemuliaan anak2nya,
berjaya dlm perniagaan, perniagaan anak2nya tak rugi, tidak ditipu, pelanggan ramai,
perniagaan berkembang,
menjadi pemimpin yg dihormati dalam organisasi,
menjadi pekerja cemerlang, menjadi insan yg amanah dgn penuh tanggungjawab
dan pelbagai doa lagi.

Atau doa khusus untuk mana2 anaknya yg mohon didoakan
mengikut keadaan anaknya ketika itu..
Doa turut dipanjatkan Ketika anak2 bersalam dan mencium pipinya....
doa turut dilafazkan di hatinya.
Ketika anak2 menelefonnya dari jauh atau dekat...turut hatinya berdoa, digerakkan
demi kebahagiaan, kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan anak2nya.
Ketika menunaikan umrah dan haji sebanyak beberapa kali..merintih sayu
di hadapan Allah demi kejayaan anak2nya yg sangat dikasihinya.

Aku bersyukur mempunyai ibu seperti ma.
Doanya menjadi resepi kejayaan dan kebahagian anak2nya dan cucu2nya.
Malahan adik beradik ma, anak sedara ma, jiran tetangga dan orang2 yg mengenalinya
sering datang berjumpa memohon untuk ma mendoakan mereka juga terutamanya
ketika berhadapan dgn cabaran dan masalah hidup.
Banyak pula doa yg diajarkan kepada ku dan kepada sesiapa juga yg mahu.
Jika diamalkan, insyaallah sangat berkesan.
Menjadi org yg paling banyak mendoakan ku juga.

Semoga ma terus dirahmati Allah SWT.
Sejahtera dan berkat hidupnya.
Bahagia dan diberkati di dunia dan di akhirat sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.