Tuesday, November 22, 2011

Hanya Kita Yg Boleh Baiki Kedudukan Kewangan Sendiri

Salam bahagia.
Salam perjuangan.
Salam kemenangan.

Sunnguh kasihan melihat bangsa sendiri.
Rakan2 sejawatan.
Ada diploma, ada ijazah, ada master.
Ada jawatan tapi gaji mereka semua paras hidung.
Semua nyawa2 ikan.
Semua santak tak boleh bernafas lagi.

Ada yg bergaji kasar RM3500 tetapi gaji bersih hanya RM400.
Jumlah loan mereka sampai RM300 ribu...mak oooiii, menakutkan seram sejuk aku rasa.
Ada yg gaji kasar RM2900 tetapi gaji bersih RM270 sahaja.
Jumlah loan mereka melebih paras jangkahayat, mati tiga kali hidup balik pun tak hidup selesa.
Tercekik sampai bila2.
Sungguh mendukacitakan.
Bagaimana mereka mampu hidup selesa dan sempurna andai demikian keadaannya?

Tetapi hidup mesti diteruskan.
Bila aku tanya macam mana hidup di bandar raya besar dgn kos hidup yg amat tinggi.
Segalanya mencengkam dada.
Ada yg dah masuk perangkap ceti.Buatlah apa saja asl boleh hidup.
Jual kuih, suruh isteri jaga anak orang, jual ubat, jual pasar malam,
berniaga air tebu atau air kelapa, buat tiusyen dan sebagainya.
Hidup memang susah, tapi mau tak mau kena terus hidup.

Makan minum, sewa rumah, pendidikan anak2, bayaran kereta, bil2 semasa,
bantuan pada ibu bapa, simpanan kecemasan, kain baju, sakit pening...fuh semuanya
memerlukan wang.

Tetapi hanya kita yg boleh memperbaiki kedudukan kewangan kita.
Org lain tak mungkin memberikan bantuannya kepada kita setiap bulan.
Hanya kita yg boleh membawa diri kita dr segala kemelut dan krisis kewangan ini.
Carilah jalan keluar, berusahalah untuk membebaskan diri dr cengkaman dunia ini.
Bebaskan diri kita dan keluarga kita.
Pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jika mahu kami bantu pun boleh, bukan memberikan wang pinjaman
tetapi menunjukkan jalan keluar.
Moga ada kebaikan darinya.

Boleh call saya jika anda menghadapinya.
016 2212181


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.