Showing posts with label Suksess. Show all posts
Showing posts with label Suksess. Show all posts

Monday, December 5, 2011

HONDA

Memburu impian...
Mencari keselesaan hidup.Nak beli kereta baru.
jika terlaksana, ini kereta ke5 sejak bersama Hai O.
Bermula dgn Toyota Camry, tambah Kelisa, tambah Mercedes Benz E2.40,
tambah S 350, dan yg ni...Insyaallah.

Honda...kami ke showroom Honda selepas habis meeting di USJ 9 semalam.
Tengok tengok, tinjau tinjau, cuba cuba, tanya harga tengok rupa.
Tapi belum test drive
Honda Jazz
1.5V, price dalam RM112, 360 on the road with modulo Accessoriries.
Selesa, senang nak bawa, buat hantar anak ke sekolah.



Wah....Honda Civic lak.
En suami minat yg ni...2.0S.
Harganya RM135, 980 on the road with Modulo Accessorries.
Warna pilihannya urban titanium.

wow yg ni pun suka gak...Honda Accord 2.4 VTi-L dgn harga RM176,460
on the road with Honda Connex SVR.
Yg ni pun macam suka, jatuh hati.
Aku lak lebih suka Toyota Camry 2.4 VVTi dgn harga yg lebih kurang Honda Accord.
Tengoklah mana yg jadi rezeki...buat gi masjid, gi pasar, shopping, jumpa prospek pun boleh.


Booking dulu, bayar booking ke darling?
RM2000 untuk booking.
Emmm...Honda atau Toyota?
Honda Civic atau Toyota Altis?
Honda Accord atau Toyota Camry?

Friday, November 25, 2011

Meniti Perubahan Hakiki

Sesiapa yg hari ini lebih baik daripada semalam,
maka dialah orang yg beruntung...!


@ daripada jahil kepada ilmu
@ daripada ragu2 kepada yakin
@ daripada mazmumah kepada mahmudah
@ daripada malas kepada rajin
@ daripada negatif kepada positif
@ daripada liar kepada terdidik
@ daripada berpecah kepada ukhuwah
@ daripada fikian tertutup kepada fikiran dan minda terbuka
@ daripada mengumpul dosa kepada mengumpul pahala
@ daripada lemah kepada bersemangat
@ daripada  busuk hati kepada baik hati
@ daripada bakhil kepada pemurah
@ daripada iri hati kepada ikhlas
@ daripada tak jujur kepada jujur
@ daripada tak kisah kepada prihatin
@ daripada ya tak baik kepada yg lebih baik.

"Ya Allah! Jadikanlah hari ini kepada kami lebih baik daripada semalam
dan jadikanlah hari esok untuk kami
lebih baik daripada hari ini....!
Amin Ya Rabbal alamin.

Friday, October 28, 2011

Proaktif-Reaktif



Proaktif
Mereka melakukan sesuatu


Reaktif
Mereka menunggu sesuatu berlaku

Saturday, October 8, 2011

RM150 000 Modalnya?

Old Klang Road Kopitiam
di Giant Bandar Kinrara
Milik bumiputera, diusahakan suami isteri.
Aku tak bertanya lak namanya
Tinggal berhampiran masjid Bandar Kinrara.
Dah 8 tahun berniaga.
Duli makan gaji

Dah setahun mengusahakan business ini.
Di samping itu mempunyai beberapa kedai lain termasuk rangkaian
Mangga Cili, juga di dalam Giant.
Kopitiam pula sudah yg ketiga.
Modal katanya dlm RM150 000 utk setiap kopitiam.
Mak oii, banyaknya.
Untung ke?
Jika tak untung takkan terus bertahan dan membuka sampai tiga kopitiam.
Ada rugi?
Bukan business namanya jika tak ada untung rugi.
Itulah adat resam berniaga.
Mudah ke nak manage banyak kedai macam tu.
Memang peninglah...macam2 karenah, macam2 cabaran, macam2 mehnah
dan ujian.
tetapi kena lalu laa jika nak berjaya.
Tak boleh buat sekerat jalan, kena teruskan apa jua cabaran.
Alang2 dah buat, kenalah teruskan sampai berjaya.
Modal dah banyak habis, masa dah banyak labur, kerja pun dah berhenti.
Kena nekad, main2, tak sungguh2 tak boleh ada dlm minda org business.
Ini hidup dan mati.
Jika ada masalah, cari punca dan cari jalan penyelesaian.
Bukan dgn cara tutup kedai.
Itu lagi lingkup. Bangkrap terus.
Yg paling banyak cabaran ialah mengekalkan pekerja.
masuk keluar, sekejap masuk tiba2 berenti, tak amanah, tak jujur,
curi tulang, cakap bohong dan macam2 lagi.
tapi lama2 tau dah caranya bagaimana mau handle pekerja agar lebih tahan lama bekerja.
Mereka mahukan jaminan dr majikan.
Jadi setiap pekerja ada EPF, gaji tetap, ada elaun tambahan, banyak puji,
selalu bagi hadiah, kena ambik berat masalah mereka,
sediakan penginapan utk pekerja, ada ganjaran yg kekal hingga hujung tahun.
Jika jualan mencapai lebih drpd sasaran, bagi hadiah lagi.

Cubalah menjamu selera di sini. Pasti nak datang lagi.

Monday, October 3, 2011

Mereka Tidak Mengalah




















Selamat kembali.
Untuk meneruskan agenda kemenangan.
Untuk beraksi bersama2 AT 181.

Mereka telah berjaya
Dan kini bersedia untuk meneruskan kejayaan
untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Mereka sudah hebat.
Dan kini bersedia untuk kembali menjadi hebat
untuk kali kedua,ketiga dan seterusnya.

Mereka telah mencipta kemenangan.
Dan kini telah bersedia untuk
mencipta kemenangan untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Mereka adalah pejuang.
Dan kini kembali bersedia untuk terus berjuang.
Untuk terus bersama2 di landasan perjuangan.

Mereka adalah org yg berani.
Dan kini akan terus mara dgn keberanian mereka.

Mereka adalah org yg sangat positif.
Dan mereka kekal positif, sentiasa memandang ke hadapan,
tidak takut dgn cabaran dan bersedia untuk menghadapi ujian yg
lebih besar demi mencapai kejayaan yg lebih bermakna.

Mereka tidak pernah kalah.
Kerana org yg kalah tidak pernah akan menang.

Mereka tidak pernah menyerah.
Kerana org yg menyerah tidak pernah akan menjadi juara.

Selamat berjuang.

Monday, August 8, 2011

TOYOTA WISH PKF 181

Tahniah anak muda.
Tahniah kpd Tengku Yuzaimie Idham.
Kerjanya dgn jabatan perhutanan.
masuk hutan keluar hutan
dari satu negeri ke satu negeri.

Tapi adatlah makan gaji
Hidup tak ke mana.
tetap di takuk lama.
rajin macam mana pun hidup tetap sama.
apa nak dikata, terima saja.

tetapi jika ada peluang untuk berubah, mengapa kita menolaknya?
Jika boleh dapat cepat, mengapa pilih yg lambat.
Jika boleh dapat besar, mengapa nak kekal pilih yg kecil?
Jika boleh dpt banyak, mengapa terus nak yg sikit.

Inilah bezanya antara org yg melihat peluang dgn org
yang bertindak merebut peluang.

Kisah kejayaan anak muda ini,
DSM Tengku Yuzaimie Idham patut kita contohi.
Anak muda yg berani, bertindak dgn betul, ikut org yg berjaya.
Beliau seorg yg sangat positif, sentiasa berfikir boleh, sanggup bekerja keras,
memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhannya dan yakin kepad diri sendiri.


TOYOTA WISH PKF 181

Inilah hasil dan bukti dr segala sikap Tengku Yuzaimie Idham
Tidak menunggu terlalu lama.
Hanya selepas dua bulan, Tengku Yuzaimie layak mendapat satu tiket ke
Hong Kong secara percuma.
Tiga bulan sahaja, pendapatannya mencecah melebihi RM10 000.

Dan selepas enam bulan sahaja,
Sebuah kereta baru Toyota Wish berharga lebih RM120 000
berjaya dimilik oleh anak muda berjiwa kental ini.

Dan dalam tempoh itu, berjya mengumpulkan pendapatan
lebih drpd
RM20 000.


TAHNIAH
DSM TENGKU YUZAIMIE IDHAM
Habis kau org tak mahu ke macm tengku ni dapat?
Takkan nak tengok je org pakai kereta baru?
Takkan nak tepuk tangan je org lain gi melancong?
Takkan nak tumpang gembira je org lain dpt duit ribu2??

Nak tahu?
Mudah je...
Call aku nanti aku cerita ya.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil....
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blog
CDM FARIDAH AKADEMI TAIPAN 181







Sunday, August 7, 2011

Dua Bulan Lebih RM20 Ribu

DDM Din
DDM Frah Aini
Bergaya sakan dgn kete baru Honda Accord PKB 181

Macam tak percaya ya!!!
Bekerja bertahun2 dok tang tugak.
Tapi bersama AT 181, tak lama mana ehh.
Tak sampai dua tahun, dah boleh pakai kereta baru yg dibeli sendiri
menggunakan statement company yg kukuh sejak 19 tahun lalu.

Bukan sikit2 income anak mami ni.
Farah yg anak mami.
Din anak kelantan ori, tapi sekarang dia ngaku
dia pun anak mami utara.
Dah tukar darah Din ni.
Farahlah yg tukaooo.
report kat mak Din nanti.
Pandai2 tukar darah Din dr kelate ori jadi Penang celup.
Sowee ya Din.



Tahniah kepada Din dan Farah.
terbukti,
Usaha yg bersungguh2, komitmen, konsisten, tidak berputus asa,
boleh berjaya.
Dibimbing, dibantu, ditunjukajar, diketuk, diejentik utk berjaya.

Inilahstatement income DDM Farah.
Original ni.

tiga bulan lepas berjumlah
RM9,220.05
Bulan berikutnya mereka dapat makin banyak
RM11,433.50


So total untuk 2 bulan berturut2
RM20, 653.55


DUA PULUH RIBU U!!
DUA PULUH RIBU!!



Mak oooi, banyaknya...
Kerja apa ni?
Timbalan menteri ke?
Berniaga apa ni?
Tentu modalnya beratus ribu kan!!
Buka petrol pam ke?
Atau bisnes balak?
Atau import perabot antarabangsa?

Masyaallah, Allahuakbar....
Macam mana nak dapat banyak2 macam tu??

Mudah je.
Tak perlu kedai
Tak perlu pekerja
Tak perlu sewa dan deposit kedai
Tak perlu stok bergudang2
Tak perlu lesen dgn Majlis Perbandaran
Tak perlu sorong gerai
Tak perlu dapat kelulusan
Tak perlu tubuh syarikat
Tak perlu buka dari jam 9 pagi hgga 10 malam
Tak perlu plan berbulan2
Tak perlu modal beratus ribu
tak perlu francais atau francaisor
Tak perlu export import
Habis berniaga apa tu?

Nak tahu?
Sedang mencari peluang
Nak business tapi tak tahu nak mula?
Tak ada modal?
Tak ada pengalaman?
Nak cari mentor?

JANGAN LUPA!!!


CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
Emeil....
faridahmohd_ali@yahoo.com
HP 016 2212181
Blogspot
CDM FARIDAH AKADEMI TAIPAN 181

Friday, August 5, 2011

Terlalu Pantas Masa Beredar

Salam,
aku dlm kereta ni, depan masjid menunggu MR Suami solat Jumaat.
Kalau menunggu macam ni aku pasti melayari blog.
apa yg boleh aku share dgn pembaca sekelian??

Aku tengok folders yg ada.
Ternampak lah gambar ni.
Satu persatu aku perhatikan.
Dengan tekun dan teliti.
aku memang suka ambik gambar.
Apa lagi sejak aku beli Nikon D90 ni.
macam2 yg aku snap.
apa2 je yg aku rasa suka

Sedikit sayu, bila aku lihat gambar2 ini.
terdetik di hati kecil ku...terlalu pantas masa beredar, begitu cepat waktu berlalu.

Cuba lihat...


Ketika anak 3 orang. 1998 difotokan.
Ketika aku berusia 32 tahun. Muda lagi.
Mr Suami lak 34 tahun.
Anak2 masih kecil.
Masa ni memang hidup susah. Mr Suami sedang menyambung pengajiannya di UPM.
Dia tak ada gaji. Aku sorang yg bekerja.
Peritnya hidup, Ujian datang dlm bentuk kesusahan wang ringgit, walaupun org nampak senang.
Maklum, guru berijazah, tinggal rumah dua tingkat, ada kereta, ada motorsikal.
Hakikat sebenar, Allah saja yg tahu.

Ketika anak2 masih kecil. Begitu pantas waktu berlalu.
Rasanya masih segar dlm ingatan,
mendokong, mendodoi dan membelai mereka ketika kaki mereka
sebesar dua jari tangan ku.

aku masih kuat waktu itu. Superwomen.
Semua kerja aku buat.
Dari pintu depan sampai pintu belakang.
isteri, ibu, cikgu, buat macam2 part time cari duit, buat piza hantar ke kilang2, buat MLM,
jual kasut dan handbag untuk menampung hidup.
Tak ada pembantu rumah.
malam selalu tak cukup tidur kerana manguruskan baby
yg kerap bangun malam.


Tetapi hidup mesti ada impian. sambil bertugas sebagai guru, membesarkan anak2,
aku sentiasa mengintai peluang2 yg ada untuk berniaga.
Apa lagi nak buat?
Semua MLM dah join.
berniaga macam2 tetapi duitnya bersepah2.
Dgn org la, kat barang la, org tak bayar hutang la, org pinjam la.
memang aku fening waktu tu.

Anak2 aku...Aimi, Adib, Irah dan aisyah makin membesar.
keperluan hidup semakin banyak.Segala benda nak pakai wang.
Hidup ni jika tak berwang, pergi ke mana diri terbuang.

ketika inilah aku sambung master kat UPM, mana tahu boleh jadi pensyarah.
Naiklah gaji sikit. Peluang pun ada...fikir aku ketika itu.

Ohhh...aku terus jadi IRON LADY, IRON MOTHER sebaik aku sambung belajar.
bayang je lah...part time aku macam2 selain yg tetap
sebagai cikgu, isteri, ibu tanpa pembantu rumah.
Hidup makin keruan, tak cukup wang sebab kos belajar master aku tanggung sendiri.






Gambar ni tahun 2002.
Aku cun lagi waktu ni.
masih muda baru 37 tahun.
Anak masuk 4 orang.

Tak ada duit tetapi nak jadi rezeki, aku dapat beli rumah pertama di Rawang Selangor.
Syukurlah. Aku pindah ke sana tahun 2000.
tetapi mak ooii, tak ada senang datang dgn senang.
Aku dan Mr Suami tak dapat tukar, kami berulang sejauh 75 KM  sehala dari
Bandar Sg Buaya ke Seri Serdang waktu itu.Dua hala berapa? Kiralah sendiri.
jam berapa lak aku bangun nak gi kerja?
Perit hidup makin terasa apabila si bongsu ku, Nor Amalin Aisyah
lahir tahun 2002.

Macam2 susah hidup ini.
namun kebahagiaan rumahtangga dan anak2 tetap nombor satu dlm fikiran aku.
Demi mereka, segalanya aku sanggup berkorban.
Apa aku tak buat untuk cari duit??

Jual baju?
Jual tudung? Jual telekung?
Jual barang emas permata dari Kelantan?
Jual kuih muih, buat piza?
Buat tiusyen?
buat Amway? Zullian? Tupperware?
Susu kambing? Elken? Belina, Fortune?
segala mak nenek aku buat demi untuk menampung lubang dan lombong yg ada.



Ini tahun 2004, foto raya.
Aisyah berumur dua tahun lebih. Raya Aidil Fitri ni.
Ketika ini aku senang sikit sebab dah buat bisness ni, follow CDM Kartini.
masa tu aku merasa pendapatan dlm belasan ribu.
Tetapi matlamat ku settlekan egala hutang piutang dulu....
Maka langsailah credit card, personal loan, yuran belajar kat UM, hutang berenti kerja
kena bayar sbb bg notis 24 jam, hutang perabot kat courts maut pun ada, hutang koperasi dan macam2lah.
Huh...Syukur pada Allah. Permintaan dan rayuanku supaya hidupku berubah dimakbulkanNya.
Banyak hutang aku boleh settle.

Dah tak ada hutang, baru aku tukar kereta baru Toyota Camry tahun 2004.
kemudian beli lagi kereta jenama ikan...cau cin cuuu...
KELISA kat Mr Suami. so Keris dia jual.
Motorsikal Keris u.

namun aku masih ingat, anak2 selalu aku tinggalkan pada Mr Suami.
Aimi selalu aku minta pengorbanannya untuk menjaga dan menguruskan adik2 yg masih kecil,
pada hal Aimi sendiri juga tidaklah terlalu besar. Dia sendiri masih budak2.
Dia dalam tingkatan satu waktu itu.
Aku banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang meninggalkan anak2
demi membina perniagaan ini.
Aku bergerak ke seluruh Malaysia menjual baju dalam PB.
Pengorbanan Dzul dan anak2 memang sangat2 besar waktu itu.

Tetapi mereka sgt kuat memberikan sokongan untuk ku.
terima kasih untuk mereka. Tabik spring aku boleh berikan.

selepas susah pasti ada senangnya.
Selepas mendung pasti ada sinarnya.
Selepas kelam pasti ada terangnya.
selepas hujan pasti ada pelanginya.

Anak2 ku, penguat semangat untuk aku terus gigih dan tabah meneruskan
perjuangan hidup dlm business ini.
Aimi, Adib, Irah dan Aisyah semakin dewasa.
Kesusahan masa lalu juga telah berakhir.
Segala perit dan suramnya hidup telah berlalu pergi.
mereka boleh bergembira hari ini.
mereka boleh  tersenyum hari ini.
Dan aku berdoa agar senyuman itu terus terukir.

Mereka paling memahami susah dan perit hidup sebelum kami join perniagaan ini.
Mereka juga yg paling mengerti akan jatuh bangun ketika aku menapak membina perniagaan ini.
Sehingga kini, mereka amat mengerti.
kerana mereka hidup dan membesar bersama2 kesusahan yg mereka sendiri melaluinya.

Tahun 2005, aku berpindah ke Bandar Kinrara.
Rumah ini hasil keringat dan penatnya membina business ini.
Aku beli tahun 2004. Aku berpindah januari 2005.
Ketika itu sudah senang, tetapi bukan terlalu mewah.
masih berdikit2 meengumpul kesenangan.
Gambar di atas disnap di Tokyo Foto kat Kajang....(bukan Tokyo Jepun ya)
pada raya tahun 2007.
Lega..kami berubah lebih 360 darjah.

Aku mulai membeli sedikit aset berupa rumah, tanah dan saham.
beringat ketika senang.
Ketiak itu, 2007 pendapatan aku pun besar gak. Syukurlah.

berjimat, berhemat...walaupun aku dah banyak senang, tapi aku tak ajar anak2 hidup
mewah senang sesenangnya.
Biarlah mereka belajar mencari kesenangan sendiri.
Tidak semudah itu aku mencurahkan kemewahan tanpa had kepada anak2.
tetapi aku tidak  berkira dalam soal pendidikan.
Tiusyen terbaik, sekolah terbaik, kelas2 tutorial terbaik, guru2 terbaik yg
datang ke rumah aku sediakan untuk mereka.
Juga pelbagai program pembinaan diri, semuanya aku sediakan.
MAP, ESQ teens dan ESQ Siswa, Program SAC dan macam lagi la.


Alhamdulillah.
Aimi dah 20 tahun.
Adib 17 tahun
Irah 13 tahun. dan Aisyah 9 tahun.
mereka meningkat dewasa.

Mencari emas, pasti akan berjumpa lumpurnya terlebih dahulu.
mereka berempat memahaminya terutamanya Aimi dan Adib.
mereka terlalu banyak berkorban berbanding Irah dan Aisyah.
Raya Aidil Fitri tahun 2009.
memang setiap tahun kami snap gambar di Tokyo Foto.
Gambar ni terpampang kat dgn 3 bulan depan kedai
Tokyo tu. Jadi iklan mereka lak. Malunya aku bila ada kawan bagi tau.
Cepat2 aku ke kedai gambar tu minta turunkan bunnernya.

Raya tahun lalu 2010.
Dgn tema sedondon krim pekat.
Pilihan anak2 aku.
Tahun ni pun mereka yg pilih temanya. Biru turkuaz....he he he.
Adib nak pilih kuning...BERSIH katanya  tapi 3 anak perempuan tak mau.

Inilah keluarga tersayang yg banyak berkorban untuk kejayaan kami bersama.
Aku dah semakin menginjak usia.
Mr Suami dah 47 tahun, aku dah 45 tahun...tak dop rahsia heh.
Itu angka je.Yg penting sihat.
Nak tahu rahsianya, tengok entry aku semalam.
Begitu pantas waktu beredar.

Mr Suami memang tak banyak cakap.,tetapi dia banyak mendengar.
Bukan senang nak menjadi pendengar yg setia.
Yg bukan sekadar menadah telinga mendengar tetapi memberikan sepenuh keprihatinannya terhadap
keluhanku, rungutanku, letihku,
penatku, risauku, stress ku, gembiraku, seronok ku dan pelbagai lagi pahit manisnya
sepanjang meniti hidup  bersama sejak 22 tahun yg lalu.
Nak mendengar lebih susah daripada nak bercakap.
Kena banyak2 sabar.
Kena cukup2 sabar.

Alhamdulillah, kami happy sokmo, ceria sentiasa walaupun hidup terus
didatangi cabaran silih berganti.
Ujian datang ketika aku susah dan ketika senang juga.
Tidak terhenti selagi nafas masih berdenyut di urat nadi.

Di usia sebegini, aku belum merasa tua.Badan pun masih kuat dan sihat hasil
pemakanan dan penjagaan seharian.
Tetapi syukur juga, aku sentiasa ingat persediaan selepas tiada.
Aku berdoa agar aku tidak lupa dgn segala kesenangan sementara.
Tempat azali jg aku akan kembali.

Seluruh dunia aku dah pergi makan hangin.
Umrah. ziarah ke Mekah pun dah sampai. haji menjadi tetamu wajib  juga sudah ditunaikan.
Seindah2 dunia ini, ke mana pun aku pergi...Tokyo, Paris, Swiss, Amsterdam, Korea, Gold Coast,,,,
namun tiada yg seindah rinduku
untuk kembali ke tanah suci.
Aku sentiasa merinduimu. Angkatlah aku lagi menjadi tetamuMU yg paling istimewa
samaada umrah mahupun haji.



Maaf pada anda semua, andai entry ini atau mana2 catatan ku ada yg tidak disenangi.
Aku sedar sebaik manapun, sebagus manapun, sejujur manapun,
pasti ada yg suka dan tak suka kan.
Itulah resam dunia fana ini.
Waallahuaalam.

Jumpa lagi.
tuing tuing tuing.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181




Thursday, July 28, 2011

RM24 Ribu dlm dua bulan sahaja!!!!


DDM Rizal
Aku Budak Kilang
ABK

Bergaji RM1350
Dgn kenaikan gaji RM30 setahun setelah 11tahun bersama syarikat gergasi Sanyo
Tinggal di bandar besar yg memerlukan kos sara hidup yg tinggi
Dengan tiga org anak yg masih bersekolah rendah
isteri tidak bekerja
Membuat rempeyek untuk menampung hidup
yg diletakkan di kedai runcit, stesyen minyak dan kantin2 di kilang di kawasan penempatannya.
Berkereta kancil
mendiami rumah kecil
yg serba sempit

Apakah harapannya untuk mendapat pendapatan lebih?
Apakah impiannya untuk mengubah nasib diri dan keluarga??
Apakah harapannya untuk mengecapi hidup senang seperti orang lain?
Bagaimanakah warna kehidupannya 5 atau 10 tahun yg akan datang?
hampir tiada kan!
kelam dan gelap sahaja.

tetapi inilah hebatnya AT181.
Melalui uplinenya CDM Hasmidar
yg datang berkongsi peluang
menunjuk jalan
memberi bimbingan

Kini hidupnya berubah warna
penuh dengan pelangi indah.
Inilah buktinya.


RM10,861.62
Sebulan


RM14,852.86 sebulan

Dua bulan untuk Mei dan Jun mencecah lebih RM24 000


Tahniah Rizal.
Sudah hampir 2 tahun bersama akademi ini.
Sudah memandu Toyota Wish
Tahun lalu membeli dua buah rumah teres berharga lebih RM200 ribu dan RM375 000
sebagai aset keluarganya.
Sudah layak melancong ke Beijing, Switzerland, Perth dan mengerjalkan umrah.

Sekarang sedang berusaha untuk naik ke pangkat tertinggi
Crown Diamond Managar.

Tahniah DDM Rizal.
HP Rizal 012 4392010
Yang dok utara...Peneng, Perlis, Kedah, Perak
Boleh call Rizal dan joinlah perniagaan ini bersamanya.
Anda pasti akan dibimbing.

Andai bagaimana??
Yg tinggal di Selangor, KL, Negeri 9, Melaka,
Pahang, Kelantan dan di mana jua anda berada.
Nak cari pendapatan lebih??
Mahu melancong percuma??
Nak mengubah kehidupan tetapi tidak tahu caranya?
Tiada bimbingan?

Call saya segera

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181





Wednesday, July 27, 2011

Bersemangat Bersama DDM Rizal

Tahniah
TTC 2 hampir penuh malam tadi.
Kehadiran DDM Rizal dr utara membakar semangat warga Taipan.
Bersemangat, teruja dan meriah!
Saksikan foto2 rakaman di bawah.



Datang untuk mengekalkan semangat.
Datang untuk belajar dan mencari ilmu.
Datang untuk berkongsi.

Go Go Go Holland
Aku boleh!
Aku hebat!
Aku pasti berjaya!

Penuh sampai ke belakang

DDM Norkamisah dr Alor Gajah sebagai mc.
Tahniah, setiap minggu turun ke USJ 9.

Meriah! Pakat2 datang pakat sokong!

CDM2 pemimpin wanita yg bersedia untuk berjuang menjayakan semua warga
Taipan 181.

CDM@ pemimpin lelaki...
mereka bersedia untuk membimbing semua warga Taipan.

SSM Ashuhuda...berkongsi kejayaannya sehingga pangkat SSM.

DSM Tg Yuzaimi Idham
Baru lima bulan bersama AT 181, telah memandu Toyta Wish hasil
perniagaan ini.
Tahniah! Teruskan mencipta kejayaan untuk perubahan hidup yg lebih cemerlang.

Samsung Galaxy Tab bernilai hampir RM2000
sebagai hadiah untuk DDM Rizal kerana membuat jualan berkumpulan sejumlah
270 000PV untuk bulan Jun 2011.
Tahniah Rizal!

Hadiah disampaikan oleh CDM Hasmidar.
Tahniah CDM Hasmidar kerana membimbing seorang pemimpin hebat di utara.
Tahniah CDM!

Hadiah Samsung Galaxy Tab dikongsi bersama
daripada 3 org CDM upline iaiatu
CDM Hasmidar, CDM Faridah dan CDM Kartini.

Aku Budak Kilang.
DDM Rizal Ariffin.
Asalnya berkerja di kilang Sanyo dgn gaji hanya RM135o setelah 11 tahun bekerja.
Tiada impian hidup ketika berkerja sebagai budak kilang.
tetapi hidupnya yg biasa2 bertukar warna dgn pelangi indah setelah join AT181.
Sudah full time bersama AT 181.
Untuk Mei dan Jun 2011, pendapatan Rizal melebihi RM24 000.
Di dalam networknya, sejumlah 16 buah kereta mewah berplat 181 telah dimiliki
oleh rakan kongsi di dalam network Rizal.
Hebat....Tahniah DDM Rizal.
BeliU sdg berusaha keras untuk naik sebagai CDM..sedikit lagi.

Tahniah....
Jika org lain boleh, anda juga pasti boleh.

CDM Kartini dan CDM2 wanita yg tidak pernah jemu untuk berusaha menjayakan rakan kongsi.
Tetap bersemangat untuk terus mara.
Mengalah tidak sama sekali.
Berundur apa tah lagi.
Meski apapun halangannya, perjuangan menuju puncak akan diteruskan.

Upline tetap bangga dengan kejayaan DDM Rizal.
Taipan sangat berbangga dgn komitmen anda.
teruskan mencipta kejayaan untuk network anda.
Anda pasti dijulang di pentas CDM hujung tahun ini.