Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan

Sambil menunggu appointment dan prospek,
aku habiskan buku ni.

Mudahkan Jangan susahkan
oleh Syed Alwi Alatas.
terbitan Galeri Ilmu.

Alhamdulillah, semakin faham perjalanan hidup
dalam mencari reda Ilahi.
Lebih faham perjalanan dan liku2 hidup manusia.
Ada susah dan ada senang.
Ada payah dan ada mudah.
Ada perit dan ada manis.

Semakin terang petunjukMu ya Allah.
Bagi anda, yang sedang susah, payah dan perit, bacalah buku ini.
Bagi anda yang sedang suksess, berjaya, kaya raya dan hebat, bacalah buku ini.
Moga kita terus disinari cahaya iman
buat penyuluh hidup sepanjang zaman
sehingga kita menutup mata.
Moga akhirnya doa kita, matinya kita nanti
dalam keadaan baik diredai Ilahi.
Amin

Friday, May 25, 2012

Teman Baru

Inilah teman baru ku.
Syukur, dah ula baca malam tadi.
Biografi Agung
RASULULLAH SAW.
Terbitan Mustread.
Harga hanya RM65.
Semoga dapat meningkatkan iman dan ketaqwaanku kepada Allah SWT.
Amin

Thursday, March 22, 2012

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan

Adam Khoo.

Dah lama beli, baru selesai baca.
Bagus isinya.
Hebat anak muda Adam Khoo ini.

Bagi anda, boleh baca jika suka.
pada aku...warga Taipan WAJIB baca buku ni.

Thursday, January 5, 2012

Kasino

Baru habis baca.
Novel baru Kasini.
Menarik.
Begitu rupanya hidup golongan elita ni.
Semuanya dpt aku selami melalui novel menarik ini.
Ditulis oleh Saifulizan Tahir.
Boleh beli jika suka.

Thursday, December 29, 2011

Senyumlah

Buku baru...Senyumlah.
Apapun masalah mu ia pasti akan berlalu.

Insyaallah, malam ni mula baca.
Besok target habiskannya.

Tuesday, December 6, 2011

Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia

Dah lama beli buku ni...tapi belum sempat baca.
Sebab buku2 baru banyak sangat, setiap kali temankan Aisyah ke kedai buku, aku turut beli buku.
Baca buku baru, buku lama tak khatam lagi.

Malam tadi aku khatam habis buku ni.
Menyentuh hati...
Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
oleh Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
(Penulis buku terhebat...Jangan Bersedih).


Sesuai untuk semua wanita.
Untuk kita yg terlalu banyak menghadapi gelombang hidup.
Suka duka, pahit manis, cabaran getir, ujian sekuat petir dan penuh luka,
peristiiwa dan pengalaman yg menggugat jiwa raga.
Sebagai pelajar, gadis remaja,wanita dewasa, sebagai boss atau pekerja biasa,
sebagai peniaga, usahawan atau masih yg mancari kerja, sebagai
 isteri, ibu, mertua, anak, menantu, jiran, teman, sahabat atau siapa pun kita.
Kitalah Wanita Terbaik.
Berbanggalah Menjadi Seorang Wanita.

Maka
Jangan Bersedih.
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


Kerana kita berhak untuk memperolehinya.
Sangat bagus untuk rujukan semua. Harganya hanya RM28 sahaja.
Ia menguatkan jiwa, mengubati hati yg berduka lara,
menghilangkan perasaan gundah gulana,
menghapuskan rasa duka nestapa.
Semoga kita terus menjadi wanita yg terbaik untuk memberi manfaat kepada semua.
Salam bahagia.


Monday, November 28, 2011

Indahnya Amalan Doa

Hadiahkan Untuk Diri Sendiri.
RM35.00 sahaja.
Panduan lengkap untuk kesejahteraan hidup kita.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seoarang yg lemah
serta tidak berdaya maju menjadi
seorang yg bermotivasi tinggi dan bekerja keras.
Malah sebahagian daripada kejayaan yg dicapai
oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan mereka
kepada doa yg mereka panjatkan kepada tuhan mereka
walaupun pada hakikatnya
Allah SWT jua yg menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Marilah kita gunakan doa sebagai senjata kita yg paling besar
untuk mencapai kesejahteraan dan kejayaan hidup
kita di dunia mahupun di akhirat.

Salam bahagia.