Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Bonus RM4500, PB Habis Licin

Impian Puteri Condo di Pandan Indah.
kami datang ke sini semalam.
Apa lagi kalau bukan untuk mencantik dan menyihatkan wanita2 Malaysia
dengan PB.

Jam 3 lebih tiba di sini.
Tuan rumahnya Zuraida, seorang guru di Cheras.

Bersama SSM Elza Nadiah...terpegun aku dengar perkongsian Elza tentang PB.
Juga pengalamannya yang tak berapa sihat, alhamdulillah dengan PB, kesihatannya pulih kembali.
Juga adiknya, ibu dan makciknya juga semakin sihat, cantik dan ceria dengan PB>

Bagus2, boleh kongsi kat meeting tentang kehebatan PB.
Dan boleh berkongsi dengan lebih ramai wanita di luar sana yang nak tahu tentang PB.
Alhamdulillah...hebat Elza.
Bonus pertama ditunjukkan pada Zuraida sejumlah RM4500.
Semua 10 set PB Elza dah habis.
Bulan ni group Elza dah berkembang.
Dia dah confirm SSM dan jika sempat akan terus pecut ke DSM bulan ini.
Masih ada masa, terus fight.

Dan Zuraida memang teruja.
Dia juga mahu cantik melentik.
Semua wanita mahu cantik dan sihat kan.
PB lah jawabnya.
Gunakan bersama garam buluh, maharani, serum, Laa Praise dan pelbagai barang berkualiti Hai O.
Anda pasti berpuas hati.

Insyaallah, malam besok Zuraida akan hadir di TTC USJ 9.
bersama2 SSM Elza Nadiah.
Tahniah Zuraida.
Tahniah juga untuk Elza.

10 PB Tunai

Wow...walaupun kurus, semua wanita perlukan PB.
Tengok Nadia ni...kurus je orangnya.
Lepas disarungkan PB, Terus nampak cantik kontur badannya.
Aku datang rumah Nadia Sabtu lalu bersama SM Molisa.
Cousin Sha ni.
Tinggal di Setia Alam Shah Alam.

Jatuh cinta dengan PB, Nadia terus join member.
Borangnya akan didaftarkan besok malam di TTC USJ 9.
Dah terus nak join business, nampak gaya macam cash untuk 10PB.
Wow...tahniah Nadia.
Tahniah SM Molisa Zawatun.
Masa yang tepat untuk Sha.
Tetapkan matlamat, lakarkan impian.
Tidak ada yang mustahil, segalanya mungkin.
Akademi ini akan membimbing semua warganya yang mahu suksess.
Ikut dan buat.

Ilmu, sistem, strategi dan mentor disediakan.
Bersedialah untuk dibimbing.
positif dan jangan dengan apa orang luar kata tentang business yang kita nak buat.
Mereka boleh bagi pendapat, tetapi mereka tidak dapat membantu kita menjana pendapatan.

Yang lain jika berinat nak tahu tentang akademi ini...
boleh sms atau call 016 2212181
Whatsaap 010 2219181

Velocity V16 Vrooooommmm

Syukur berjumpa lagi.
Khamis lalu 18 Okt, bertempat di TTC USJ 9, aku hadir perjumpaan khas bersama
CDM, DDM, DSM, SSM dan SM dari network CDM Jalilah, CDM Aidil dan CDM Syed Huzair.
Alhamdulillah, seramai j18 orang yg hadir.
Ramai tak ramai aku tak kisah, yang penting mreka mahu buat.
Mereka mahu berjaya. kami berbincang, merangka dan berbincang serta berkongsi
cara/strategi nak boom business dengan produk Bio Velocity.

Tahniah kepada yang hadir.
Mereka bersemangat.
Semangat mereka sehangat produk baru velocity.
BVSM
Bio Velocity Sleep Mate.
Bio Velocity Sales Manager.
V16=SM.

Dengan PB pun boleh juga.
Aku kongsikan juga bagaimana dengan PB, aku boleh close 10 PB.
Bagaimana dengan bayaran ansuran, customer boleh beli cash malahan masuk join jadi ahli
untuk menjana pendapatan.
Tak susah mana jika kita mempunyai skillsnya.
Nak dapat skill, kenalah buat.
Nak dapat skills yg mantap, kena hari2 buat.
Bila dah mantap, tunggulah business anda jadi, menjadi dan kian menjadi2.
Aku tunjukkan juga beberapa orang SM baru yang menghubungi aku melalui FB
kerana tarikan bayaran ansuran B, akhirnya join ATM.

Insyaallah, jika tiada aral melintang, 10 pakej PB bulan ni.
Harap2 semuanya akan menjadi kenyataan.
Hampir 5 or SM baru dah transfer kepada stokis, selebihnya masih dalam proses menguruskan dana dan dokumen.

Masa berlalu pantas.
Hujung minggu ni dah sibuk dengan raya haji.
lepas tu dah nak closing.
Inilah sebahagian yg hadir.
Ilmu sudah di dada.
Senjata sudah di tangan.
Tindakan diri sendiri akan menentukan hasilnya.
Aku akan support mereka habis2an.
Insyaaallah, jom kita buat bersama2.
Kita berjaya bersama2.


VGroup.
V16 Vrrrooooommmm

Menara Duta 2, Sri Hartamas.

Tengah hari JUmaat lepas.
Aku datang ke sini.
Condo Menara Duta 2, Sri Hartamas bersama SM Nurul dan SSM Noor Azizah.

Berjumpa dengan Pn Norita.
Cantik kondonya.
Katanya semua hubby yang uruskan hiasan dalamannya.
Hubbynya juga suka memasak.
Wah untunglah Ita.

Alhamdulillah, terus fittingkan PB pada Ita.
Wow...mencacak terus badannya.
Pengalihan lemak terus berlaku.
Spontan...badannya cantik.
Kontur badan ketara berbeza.
Sangat mengiurkan...ha ha ha pecah berderai kami berempat dengan gelagat Ita.
Itu yang happy buat business ni.
Hari2 berjumpa2 wanita untuk memperbetulkan cara memakai longerie yg betul utk mereka.
Bukan mudah nak tukar, tetapi apabila mereka mencuba PB, pasti mereka berubah fikiran.
Cuma kadang2 mereka kurang berdisiplin utk memakainya.


Jika nak serius berjaya dan menjadi usahawan hebat PB,
kenalah ubah.
PB mesti sentiasa disalut kat badan.
Insyaallah, Ita join ATM.
Tahniah untuk SSM Noor Azizah dan bakal SSM Nurul Hasanah.

Ruang tamu di kondo ini.
Merah hitam,
Ringkas serba ekslusif.
Dining bersebelahan dapur....
Juga bertemakan merah hitam.
Suami Ita rajin memasak.
Aku turut merasai air tangannya.
Sedap sedap semuanya.
TQ TQ TQ.

Selagi Kita Mahu

SSM Nik Norfaizah.

Baru nak gerak. Setelah dua tahun berehat.
Dah mula menyusun strategi.
Dah mula melangkah.
Dah mula gi share tentang PB.
Dah mula datang BOP.

Baguslah.
Rugi yang berhenti.
Orang lain tak berhenti berusaha.
Orang lain tak berhenti melangkah.
Orang lain tak berhenti berkongsi.
Sebab itu mereka juga tak berhenti mencipta kejayaan.
Mereka juga tak berhenti menjana pendapatan.
Bukan dua tiga ratus.
Mereka dapat 4 angka setiap bulan.
Mereka dapat lima angka setiap bulan.
Mereka dapat enam angka setiap bulan.


Moga Nor tak berhenti kali ini.
Apa lagi hubbynya dah support habis2an.
Buat je jangan berhenti.
Orang tak mau, jangan pedulikan.
Selagi kita mau, kita tetap akan berjaya.
Teruslah berkongsi dengan sesiapa je.


Sunday, October 21, 2012

Jujur Nombor Satu.

Salam.
Huh baru berkesempatan nak menulis entry baru.
Tak sempat sehari dua ni.
Penuh penuh penuh.

Tiga hari lepas  aku datang berkongsi tentang PB di kondo ini.
Sri Mahligai Seksyen 9 Shah Alam.
Sebenarnya Gee ni dah join Hai O.
Dah expired pun.
Dah stop business, pangkat DSM.
Dengan nun group di ....dekat kuil terbesar di Malaysia.
Tersohor senusantara.

Gee inbox aku nak tukar PB.
Aku kata boleh je.
Gee minta nama penuh dan gambarnya tidak diuploadkan.
Aku terima amanah ini.

Aku tanya kenapa stop buat business?
"Ya kak, saya tahu boleh buat duit. Hidup saya berubah gak la, sempat sekali melancong ke Tokyo.
Sempat beli kereta Wish. merasa juga pendapatan RM9000 paling tinggi.
Memang seronok.
Saya berhenti sebab upline saya tak jujur.
Beberapa orang rakan kongsi saya, diletakkan dibawahnya direct.
Sayapun silap, tak belajar uruskan sendiri dari awal.
Semua saya percaya padanya 100 peratus.
Ingatkan dia jujur, sebab dari awal saya nampak OK.
Rupa2nya dia tipu saya kak.

Ada juga sekali saya tak dapat bonus, sebab duit yg saya suruh dia maintainkan, dia tak buat.
Barang pun saya tak dapat.
Tengok2 bonus tak masuk.
Bila saya tanya stokis, baru saya sedar, dia tak maintainkan untuk saya.
Bila saya tanyakan dia, dia boleh cakap "eh aku lupa la nak maintainkan untuk kau".
Saya minta bonus saya, haram dia tak bagi kak.
Tapi saya tau, dia pun dah stop buat business ni.
Itulah jadinya bila tipu downline sendiri.
Apa yg dia beri, dia dapat semula untuknya.

Aku kongsikan sekali lagi dengan Gee.
Kelebihannya jika diteruskan.
Aku kongsikan, dah 10 tahun dalam business ni.
Tak pernah berhenti.
Tak pernah mengalah.
Tak pernah kecewa dengan segala ujian dan cabaran.
Terus buat dan positif.
Aku kongsikan tentang akademi Taipan.
Aku kongsikan tentang cara akademi Taipan boleh membantu dan membimbingnya.

"Tengoklah kak, kalau ada rezeki saya lagi, nak gak buat semula.
Susah la jika hanya mengharap gaji je, tak ada duit lebih kak.
Dulu masa buat Hai O, kami sekeluarga mewah berbelanja.
agi duit kat mak ayah pun banyak.
Syukur sangat."

"Bila ingatkan upline saya, saya rasa serik.
Saya pun kesian dengan rakan kongsi yg saya ajak tu.
Semua hilang arah tujuan.
mereka pun stop macam saya kak".
Cerita Gee lagi.

PB yg Gee minta tukar, aku berikan.
Hanya girdle je.
Yg lain semua habis jual.
Girdle tu saiz besar 98 dan 106. Masih elok balutannya.
Umpama baru!!
Gee minta tukar 82.
Barangnya masih elok.
Aku tukarla, rezeki bertukar tangan.
Walaupun Gee tak berminat untuk join, sekurang2nya aku dan bantu service tukar girgle.
Mana tau, esok2 dia call aku mahu rejoint lagi sekali.
Apa lagi jika melihat dan menilai komitmenku.
Apapun nak buat,  jujur adalah nombor satu.
Jika tak jujur, usahkan 10 tahun macam aku, 10 bulan belum tentu anda boleh bertahan dlm
business ini.

Wednesday, October 3, 2012

Senyuman Mereka Pasti Berubah!!

Tahniah Hidayah.
Join ATM.
Kerja kat telekom Bangsar.
Selamat datang ke ATM.
Masih muda belia orangnya.
Baru 26 tahun jika tak silap.


Inilah peluang ketika muda untuk Hidayah.
Peluang untuk buat perubahan dalam hidup.
Barangkali juga perubahan untuk ibu bapanya.
Mana tahu ibu bapa belum naik haji.
Dengan duit ATM, boleh hantar mereka gi haji.
Boleh bantu bina rumah untuk keluarga jika mereka beluam ada rumah.
Boleh hantar upah haji, jika mereka dah meninggal tapi belum sempat tunaikan haji.

Jika mereka dah naik haji, boleh hantar duit lebih sikit kat mereka.
Tak adalah semput sangat.
Bagi RM100 dengan bagi RM500 sebulan tentulah berbeza.
Senyuman mereka juga pasti berubah.
Hati mereka pasti lebih berbunga indah.
Doa mereka untuk kita juga pasti berlainan dengan sebelumnya.

Jom kita buat sama2.
Upline bimbing, CDM bantu, ATM akan support sepenuhnya.
Tahniah Hidayah.
Selamat maju jaya.

Tuesday, October 2, 2012

Cukai

Salam.
Ke LHDN.
Urus cukai lagi.
Bayar cukai lagi.
Jangan tak bayar cukai.
Sakit nanti.

Takkan boleh lepas.
Dapat bonus setiap bulan.
Dah bertahun2 dapat bonus.
Mesti istihar cukai.
Tak boleh lari punya.
Semua rekod pendapatan ada pada LHDN.
Semua rekod beli kereta, kecil, besar atau mewah ada pada LHDN.
Semua rekod beli rumah, tanah dan ladang ada pada LHDN.
Semua rekod jual rumah, jual kereta, jual tanah dan ladang ada pada LHDN.
Jika tak istihar, kena penalty lagi.
Lagi banyak yg kena.

Baik urus cepat2 pasal cukai ni.
Lagi lama lagi banyak...nanti bertimbun2 jadinya.
Jika dah bertimbun2, duit dah habis pakai, lagi susah jadinya.
Pasport boleh disekat.
Kelulusan ke luar negara boleh disenaraihitamkan.
Nama di blacklistkan.
Jika nasib tak berapa baik, harta boleh disita atau dilelongkan.
Hati2 jika ada rakan kongsi bekerja di LHDN.
Mereka adalah ejen2 yg dibayar komisyen untuk mengintip pendapatan org kaya2 dlm MLM
khususnya Hai O.
Dah ada yg kena.
He he he....jumpa malam ni kat BOP USJ 9.


Monday, October 1, 2012

Sibuknya di TTC

CDM Hanim dan rakan kongsinya.
Bincang2.
Susun strategi.
Susun gerak kerja.
Perturunkan ilmu.
Bagi tips.
Bagi semangat.
DSM Nabihan, DSM Anna, DSM Naim dan Kak Ila...penuh khusyuk memberi tumpuan.


CDM Norhimah, Syima dan rakan kongsi baru.
Wah...jom kita fight ke Korea.
Semnagt baru, trip baru, produk baru.
Hot hit market.
Jom gempur.
Sediakan dengan ilmu.
Asah senjata diri.
Tingkatkan daya usaha.
Pertajamkan skils.
Perkukuhkan dengan doa.
Pasti berjaya.
Demo demo demo.
CDM Roshila, DSM Faizal, SM Salwa dengan orang baru.
Berkongsi peluang, berkongsi rahsia untuk berjaya dengan prospect baru.
Wah close lagi.
RHB lagi.
Tahniah tahniah tahniah.
Sibuknya kat kaunter stokis.
Nak punch sale.
Nak ambik barang.
Nak daftar ahli.
Nak tukar barang.
Nak bagi salinan buku bank untuk masuk bonus.
Nak beli filter untuk service  pelanggan sedia ada.
Nak maintain.
Nak bagi slip bank bukti pembayaran.
Wuuuu...sibuk urus niaga.
Inilah business, ada urus niaga.
Ada pembeli dan penjual.
Ada produk.
Ada company.
DSM Fuza Adli, DSM Mathadir, dan SM Elza Nadiah.
Tunggu giliran ya.
Tahniah juga untuk Elza, dah boleh fitting sendiri PB.
Dah boleh juga convince sendiri.
Dah boleh gi stokis sendiri.
Tahniah, dah mula membina jaya dengan mengembangkan networknya.

DSM Adli...BBplus bukan hanya untuk wanita.
Ia juga untuk lelaki.
Minum lah BBplus.
Dah minum promotelah pada kawan2.
Senang nak jual.
Senang nak promotr.
Senang nak kembangkan network.
Fuza,,,PB bukan hanya untuk wanita gemuk dan gedempol.
Yg kurus juga perlukan PB.
Untuk kesihatan dan kecantikan.
Tentu lebih sihat dan meyakinkan selepas menggunakan PB>
Tahniah Fuza.

Hit Hot

Bersama CDM Hasmidar, CDM Kartini, CDM Hanim dan CDM Haryati.
CDM2 lain belum sampai lagi.

Ini pagi semalam kat TTC USJ 9.
BOP BOP BOP.
Semangat, terus terbakar dan membakar.
LOPA dah habis.
Korea pula hadir untuk sesiapa yang terus berusaha.
Jom buat jangan berhenti.

Produk baru pun dah ada.
BB Plus sampai tak menang tangan.
Bio Velocity pulak lebih hit lagi.
Hit dan hot.
Jom bangkit...
Hemm....siapa berhenti dialah yang paling rugi.

Pasti lebih hangat.

Thursday, September 27, 2012

Bekas Anak Didik

Bersama Sharifaj Syahirah.
Seorang guru.
Dulu anak murid aku masa kat SMK Seri Indah Serdang.
Kini dah bekerja, dah berjaya.Tak lama lagi akan menyambung pengajian peringkat PhD lak.
Wah tahniah...bangga aku tengok.

Bersama Elza Nadiah, sekolah yg sama/
Kami berjumpa Isnin lalu di Taman Tasik Seri Serdang.
Wah syukurlah...mereka dah jadi warga ATM.

Tahniah juga untuk bakal SSM Elza.
Dah mula convince sendiri.
Sebab2 kena buat Hai O.
Sebab2 kena ikut akademi Taipan.Ada ilmu, sistem, strategi dan mentor untuk berjaya.

Elza join Hai O kali kedua.
Dulu dengan group lain.Kini ikut bekas cikgu pulak.
CDM Kartini pun mengajar gak mereka ni dulu.
Aku ajar BM, cikgu Tini mengajar subjek Bio.


Alhamdulillah, Elza nampak sangat yakin, mungkin kerana pengalaman yg lama.
Dia sangat bersemangat.
Saerah juga sama.
Mereka akan pasti dijayakan.
Mereka pasti akan dibimbing untuk naik CDM.
Kehidupan mereka pasti akan berubah.


Friday, September 21, 2012

26 Soalan.


A tanya aku....
LOPA  tu apa?

B tanya aku...
G15 tu apa?

C tanya aku...
ATM tu sama ke dengan ATM yang tut?

D tanya aku...
Pakej tu apa benda?

E tanya aku...
Macam mana u buat sampai boleh dapat macam ni?

F tanya aku...
Betul ke ATM ni?

G tanya aku...
Berapa lama company ni boleh bertahan?

H tanya aku...
Sampai bila saya nak aktif?

I tanya aku...
Syarikat ni halal ke haram?

J tanya aku...
Halal ke produk2nya?

K tanya aku...
Ini skim cepat kaya ke?

L tanya aku...
Kalau i tak buat, boleh dapat bonus ke?

M tanya aku,
Saya nak bagi modal je, tapi u boleh masukkan orang bawah i
sampai i naik cdm, boleh?

N tanya aku...
Jika saya tak hidup dalam business ni, apa jadi dengan business ni?

O tanya aku...
Jika semua rakan kongsi tak hidup,
saya masih hidup ke?

P tanya aku...
Apa jadi kalau company tutup, saya boleh dapat balik modal saya ke?

Q tanya aku...
Kat mana nak cari orang yang 4 tu?

R tanya aku...
Betul ke Hai O ada jual najis arak?

S tanya aku...
Berapa ramai yang berjaya, berapa ramai yang gagal?

T tanya aku...
kenapa ramai yang mati?

U tanya aku...
Jika saya tak dapat cari orang, macam mana pulak?

V tanya aku...
Boleh ke Hai O bertahan lama?

W tanya aku...
Ada ke orang nak masuk ni?

X tanya aku...
Jika tak mahu datang meeting, OK ke?

Y tanya aku...
Boleh ke orang bawah potong orang atas?

Z tanya aku...
OK semua bagus. ATM terbaik.
Saya memang nak buat sangat2.tapi saya nak tanya orang lain dulu?

Thursday, September 20, 2012

Tak Ke Mana? Tersadai?

Sambil bersarapan di Kenari Cafe Bandar Kinrara.
teringat lak dua hari lepas ketika berjumpa seorang prospek ni.


Katanya...
"Adik saya dah join kak, buat PB tiga tahun lalu dengan group  mana saya tak tau,
tetapi tak ke manapun.
Akhirnya tersadai macam tu je.
Padan muka, saya dah cakap jangan buat.
Benda ni sekejap je hangatnya, lepas tu semua mampus termasuk uplinenya sekali mampus"

Amboi marah betul dia.
Dalam hati aku...
Betul ke tak ke mana?
Betul ke tersadai macam tu je?
Betul ke upline mampus?

Dia yang tak ke mana.
Orang lain tak berhenti, sampai ke seluruh dunia.
Jika berhenti, memanglah tak ke mana.
Aku ni, dah 10 tahun tak pernah berhenti, dah 28 destinasi sampai ke seluruh alam.
Apalak tak ke mana.
Bukan aku je, sesiapa saja yang tak berhenti akan
sampai ke merata dunia dengan business ni.

Tersadai?
Kenapa pilih nak tersadai?
Kenapa pilih nak berhenti?
Kenapa pilih nak koma?
Kenapa pilih nak mampus?
Kenapa ikut upline yang tersadai?
Kenapa pilih upline yang mampus.

Carilah upline yang masih ada jika upline direct kita mampus.
Carilah CDM yang tak berhenti buat walaupun upline dan tersadai.
Banyak yang macam tu dalam business ni.

CDM yang masih berniaga boleh jaga direct semua rakan kongsi yg masih nak berniaga.
Walaupun semua uplinenya mampus.
Cari balik CDM upline yg masih aktif.
Tanya stokis tempat ambik barang.
Siapa CDM yang boleh rujuk.
Minta no telefon CDM uplinenya.
Cari dan jumpalah mereka.
Bukannya meratap sayu kerana upline direct mampus.
Lebih malang jika kita ikut mampus.
Lepas tu menyalahkan upline, menyalahkan CDM, menyalahkan stokis, menyalahkan company.
Buat surat, jaja cerita negatif, jumpa company,
buat apa macam tu.

Hai O boleh ubah hidup.
Tapi sebelum Hai O ubah hidup kita, kita kena ubah dulu cara pemikiran kita.
Ubah dulu sikap kita.
Ubah dulu pandangan kita.
Tukar negatif kepada positif.
Berguru, buat tak berhenti, berusaha bersungguh2, fokus betul2,
banyakkan bertindak kurangkan menyalahkan orang lain.
bertanggungjawab pada kejayaan dan kegagalan sendiri.
Bukannya menuding kepada orang lain.

Jika ada yang senasib macam kes di atas, meh call saya.
Kita sembang niaga.
Dah 10 tahun saya dalam MLM ni.
tak pernah nak berhenti.
Terus buat dan terus berusaha membina kejayaan yang lebih hebat.
016 2212181.



Wednesday, September 19, 2012

Demo Cancel, Apa Nak Buat?

Salam.
Hari ni punya appointment semua tak jadi.
Satu di Damansara Damai.
Satu lagi di Hulu Langat Batu 9.
Dua2 cancel.

Tapi business tetap jalan.
Jika dah appointment cancel, apa nak buat?
Balik tidur ke?
Lepak2 kat Starbucks ke?
Atau buka FB je memanjang?

Macam2 cara boleh buat.
Boleh gi tabur flyers kat mana2 shopping mall atau kompleks2 kerajaan.
Mana tahu boleh dapat prospek yang berpotensi.
Boleh juga follow up prospek yang dah kita demokan
sehari lepas, dua hari lepas atau seminggu lepas
atau sebulan lepas.
Yang dah demo setahun lepas pun kena follow up lagi.
Jangan lak dia masuk dengan orang lain, padahal kita yang membuka jalan
untuknya dulu.

Boleh juga kita follow up dokumen atau dana kat bank.
Lihat level sales pun boleh.
Tengok2 jika ada downline kita yg masih nak aktif atau masih
boleh digerakkan.
Mungkin mereka koma sebentar kerana masalah atau situasi semasa.
Mungkin mereka dah bersedia untuk aktif kembali.

Atau kita gi service rakan kongsi yang aktif.
Tunjukkan produk baru.
Tunjukkan insentif baru.
Tunjukkan program2 baru taipan atau majlis2 baru company.
Atau boleh juga kita gi jumpa upline atau mentor,
duduk berguru atau berbincang dengan mentor kita yang dah berjaya.
Ingat..mentor anda tidak semestinya upline direct anda.
Tak semestinya CDM direct anda.
Rujuklah kepada yang lebih senior.
Yang dah berjaya.
Yang masih kekal bertahan.

Macam2 boleh buat.
Inilah yang selalu aku sebutkan,
"Tak habis kerja kita di dalam ATM selagi kita berusaha".

Jangan Mendesak

Sharing.
Tentang peluang yang kita ada bersama akademi taipan.
Orang tak mau atau orang tak mau, itu tak perlu fikir.
Yang penting kita berkongsilah dengan sesiapa je.

Dua tiga hari lepas, aku dibawa berjumpa dengan Fazli dan isterinya Ain.
Masih muda belia.
Bekerja dengan Simply Siti.
Gajinya boleh tahan, lebih RM8000.
Beliau masih mencari2 pendapatan tambahan.

Beliau pernah terlibat dengan macam2 MLM termasuk lamberger.
Buat sekerat jalan, dah slow katanya.
Tapi dah dapat balik modalnya.
"Kiranya berbaloi la, saya join company tu". Kata Fazli.
Bila aku tanya
"kenapa berhenti buat lamberger?"
Katanya...:Entahlah, upline slow saya pun slow, saya dengarlak kata main skim"
"Saya pun tak faham kak, yang upline saya tu pun dah stop, buat benda lain lak"

Kan bagusnya kita kongsikan ATM.
Orang senior masih ada.
orang lama masih buat lagi.
Otai2 dalam ATM masih aktif berniaga.

Ada yang dah 12 tahun, ada yg dah 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun atau 6 tahun, tetapi
mereka masih konsisten membina kejayaan bersama akademi ini.
Tanyalah CDM2 lama seperti CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Dzul, CDM Kuyah, CDM Yan
atau CDM Siti Rozana Rozar.
Mereka terus buat dan gigih berusaha.
Tak ada istilah berhenti.
Tak ada istilah give up.
Tak ada istilah tak boleh buat.
Tak ada kata dah habis orang.
Tak ada istilah barang tak leh nak jual.
Tak ada istilah, market dah tepu.
Tak ada istilah game over.
Kerana ini bukan money game tetapi benar2 merupakan suatu perniagaan.
Ada urus jual beli.
Ada produk.
Ada modal.
Ada company, ada penjual dan ada pembeli atau pelanggan.


Fazli tetap positif.
Respondnya bagus.
Kawan2nya pun ada yang join business ni.
Katanya nak datang tengok BOP kat Taipan dulu.
Apapun tahniah untuk Fazli dan isteri
kerana memberi peluang untuk diri sendiri.

Mungkin hari ini, Fazli menggelengkan kepalanya kepada akademi Taipan.
Tetapi mungkin pula esok hatinya terbuka untuk bersama akademi ini.
Tugas kita berkongsi saja.
Jangan mendesak atau memaksa.
Tetapi follow up lah.
Bukan mendesak sehingga prospek benci tetapi pujuklah
sehingga prospek jatuh hati.

Monday, September 17, 2012

Tetamu Dari Pasir Puteh

Tetamu dari Pasir Puteh
CDM Fazlan dan sepupunya Azhar.
Datang bertamu di rumah kami Khamis lalu.
Terima kasih Lan.

Biasalah orang berniaga.
Jiwanya jiwa berniaga.
Hatinya orang berniaga.
Fikirannya fikiran orang berniaga.
Cakapnya cakap orang berniaga.


Berasal dari Pasir Puteh Kelantan.
Memilik kedai elektrik dan kedai motorsikal di sana.
Dari perniagaan keluarga.

Dengan ATM sejak tahun 2008.
Dah jadi CDM.
Tapi biasalah, business ada cabarannya.
Ada turun naiknya.
Ada jatuh bangunnya.
Kini bersedia untuk bangkit kembali.
Kerana katanya, berniaga dengan ATM nyata berbeza berbanding yang lain.
Dari segi strategi, hasil pendapatan, ganjaran wang, trip pelancongan mewah, pergaulan,
rakan2 yang positif, mentor yang hebat dan produk yang terbaik.
Satu perniagaan yang mudah, simple dan bukti yang cukup banyak.

CDM Fazlan datang ke KL kerana menghadiri mesyuarat agung Perdasama
(Persatuan Pedagang dan Usahawan Malaysia).
Dia orang kuat Perdasama Kelantan.
Tahniah...meluaskan jaringannya melalui Perdasama.

Pelbagaikan cabang perniagaan.
Perluaskan pergaulan dan hubungan.
Sambil melihat2 baru yang boleh dimanfaatkan.
Mana tahu, Perdasama membuka peluang dan kesempatan baru untuknya.

Wawasannya tinggi.
Impiannya menggunung.
Cita2 dan harapannya seluas lautan.
Matlamatnya jelas.
Mahu menjadi jutawan seawal mungkin sebelum usia 35 tahun.
Pasti boleh jika berniaga.
ATM tetap diperjuangkannya.
Semangat aku rasa jika duduk bersembang dengan anak muda ini.
Tahniah Lan.
Selamat maju jaya.

Saturday, September 15, 2012

BOP ATM

BOP BOP BOP
ATM ATM ATM
Tak pernah menghampakan.
Tumpuan warga Taipan setiap Selasa dan Ahad.
Apa lagi pada Bonus Night.


Bisa menggegarkan semangat
Bisa memanaskan yang sejuk.
Bisa menghidupkan yang mati.
Bisa membangunkan yang tidur.
Bisa mengejutkan yang lena.
Bisa menggerakkan yang kaku.
Bisa menggetarkan hati.

BOP BOP BOP
ATM ATM ATM
Setiap selasa dan Ahad

Yang datang tidak dipaksa
Yang naik kerana rela
Yang menyanyi kerana kemahuan
Yang bertepuk tangan kerana semangat keghairahan
Yang menyanyi kerana kesepakatan
Yang bersorak kerana menyokong.

Inilah suasana BOP ATM.
Sentiasa hangat dan menghangatkan.
Sentiasa panas dan memanaskan.
BOP BOP BOP
ATM ATM ATM

Datang untuk berjaya
Datang untuk bertahan
Datang untuk mencari semangat
Datang untuk memberi semangat
Datang untuk memberi perkongsian
Datang untuk mendengar perkongsian.
BOP BOP BOP
ATM ATM ATM

Ada yang lelaki ada yang wanita
Ada yang muda ada yang senior
Ada yang baru SM ada juga yang lama CDM
Ada orang SM ada yang dah CDM
Ada yang baru nak mula ada yang dah lama bermula
Ada yang baru nak cuba, ada yang dah berubah hidupnya.
Ada yang sedang berusaha, ada yyang dah kaya raya.
Ada yang baru nak melangkah, ada yang CDM pangkatnya.
BOP BOP BOP
ATM ATM ATM

Tempat berjumpa rakan kongsi
Tempat berjumpa dengan upline
Tempat berjump sideline
Tempat berjumpadown line.

BOP BOP BOP
ATM ATM ATM

Bila datang hilang stress
Bila datang naik seronok
Bila datang rasa bersemangat
Bila datang rasa terbakar
Bila datang, rasa nampak hala tujunya.
Bila datang rasa berkobar2.
Bila datang rasa macam berkobar2.
Sebab tu kena datang.

Friday, September 14, 2012

Apa Kata Mereka

Salam kejayaan.
Lihatlah, apa kata mereka tentang ATM dan apa yang mereka perolehi
pada Bonus Night selasa lalu.
Mari kita ikut mereka.

SSM Siti Hazirawati.
Seronok sangat buat business dengan ATM ni.
Tak sangka, hanya asalnya nak pakai PB, boleh turut serta join secara tidak sengaja.
Lebih mengujakan dalam masa tiga bulan saja secara part time,
saya dapat menyimpan sejumlah lebih RM10 000.
Syukur alhamdulillah.
Terima kasih kepada mentor saya CDM Roshila.
SSM Johari(jika tak silap)
Seronok juga bersama ATM ni.
Dalam masa dua bulan, saving saya dah bertambah sejumlah RM14 000.
Saya akan terus berusaha.
Terima kasih kepada ATM dan semua mentor di sini.

SM Lan.
Saya sebenarnya tak suka dengan MLM.
Tapi saya join selepas berjaya diyakinkan tentang ATM.
Tak sangka, bulan pertama saya memperolehi RM6500.
Banyak tu.
Saya tak pernah pegang wang banyak sejumlah itu.
Terima kasih ATM.

Inilah peluang yang terbaik untuk anda.
Bersama ATM, anda disediakan dengan 5 item untuk menjadi usahawan terbilang.
1. Ilmu
2. Sistem
3. Strategi
4. Mentor
5. Modal

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
016 2212181.
Mentor kejayaan anda.

Monday, September 10, 2012

Penuh

Salam.
Maaf tak sempat nak update blog ni.
Jadual padat.

Sabtu pagi2 ke UiTM Shah Alam,
Urusan pendaftaran Aimi.
Jam 7 pagi aku dah keluar.
Lama gak, jam 11.30 pagi baru selesai.
Lepas tu bersarapan di Restoran Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam.

Balik rumah, terus bersiap ke PGRM
untuk hari Anugerah SM SSM.
Habis, jam 7 petang baru tiba di rumah.

Selepas itu meraikan tetamu2 daripada utara.
Ramai gak, anak2 muda yang datang ke PGRM.
Mandi, solat dan makan di rumah ni.
Mulanya nak bermalam di sini, tetapi perancangan Allah jua yg terjadi.
mereka bergerak pulang selepas sembang niga.
Satu group bertolak jam 1 pagi.
Itu group DSM Paktam.

Group Lan pula sambung sembang sampai jam 2 pagi.
Selepas tu mereka pula bertolak.
Hasrat nak ke TTC untuk BOP dan beraya sambil makan
kambing bakar di majlis jamuan raya CDM Kartini dan CDM Kamarudin
tidak kesampaian.

Tak apa.
Ilmu dan ada.
Mentor dan strategi dan tahu.
Bertindaklah untuk berjaya.
jangan mengalah dengan cabaran.
Inilah liku2 cabaran yg akan ditempuhi, jika mahu berjaya.
Allah tidak memberikan kejayaan bagai bola datang bergolek.
Allah tidak memberikan kemenangan bagai kertas melayang2.
semuanya perlu diusahakan.
Cabaran dan ujian datang sekadar untuk memantapkan daya juang kita.
Teruskan.
ATM tetap bersama anda semua.
Saya bersama anda.
masih ada CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Hasmidar, CDM  Fitri,
CDM Ayu, DDM Lan dan semua pemimpin yg lain.
Teruslah. Mari bersama2 kita berjaya.


Semoga mereka selamat sampai ke destinasi impian mereka.
Tidak berhenti di pertengahan jalan.
yg hilang tetap akan hilang.
Itu pilihan sendiri.

Banyak gambar nak update.
Banyak lagi cerita nak kongsi.
Tapi keterbatasan waktu nampaknya.
Tak sempat...ngeh ngeh ngeh atau alasan je??


Pagi2 ni dah keluar jam 7 pagi.
Terus ke Sunway damansara hantar sekolah Irah dan Aisyah.
Kemudian terus ke Maju Tower untuk demo membantu rakan kongsi baru.
Wow...mantap.
LOPA masih ada.

Lepas tu aku ke HQ.
Jam 2 ni ada demo lagi.
malam pun ada.
Nak jumpa prospek ramai2, kongsikan tentang ATM.
Hantar barang, cerita peluang dan berkongsi lagi.
Jumpa anda lagi.

Ooooppp sebelum terlupa.
BONUS NIGHT
malam besok ya...tema kita PURPLE.

Tuesday, September 4, 2012

Menjadi Idola


Menjadi idola orang  bukanlah matlamat kita di dalam ATM.
Bagaimanapun jika anda sudah mencipta kejayaan,
anda akan menjadi idola orang lain.
Dan apabila anda telah menjadi idola,
apa saja yang anda buat,
apa saja yang anda cakap,
apa saja yang anda kata dan sebut,
maka anda akan diikuti.
Anda juga akan diperhati.
Anda juga akan diperkata.

Apabila anda telah menjadi idola,
maka tunaikanlah pengharapan orang yang menjadikan anda sebagai idola mereka.
Penuhilah impian mereka yang menjadikan anda idola mereka.
Jangan rosakkan nama baik anda sebagai idola mereka.
Kerana sebenarnya ia merosakkan laluan kita menuju kejayaan.