Salam. Huh baru berkesempatan nak menulis entry baru. Tak sempat sehari dua ni. Penuh penuh penuh.
Tiga hari lepas aku datang berkongsi tentang PB di kondo ini. Sri Mahligai Seksyen 9 Shah Alam. Sebenarnya Gee ni dah join Hai O. Dah expired pun. Dah stop business, pangkat DSM. Dengan nun group di ....dekat kuil terbesar di Malaysia. Tersohor senusantara.
Gee inbox aku nak tukar PB. Aku kata boleh je. Gee minta nama penuh dan gambarnya tidak diuploadkan. Aku terima amanah ini.
Aku tanya kenapa stop buat business? "Ya kak, saya tahu boleh buat duit. Hidup saya berubah gak la, sempat sekali melancong ke Tokyo. Sempat beli kereta Wish. merasa juga pendapatan RM9000 paling tinggi. Memang seronok. Saya berhenti sebab upline saya tak jujur. Beberapa orang rakan kongsi saya, diletakkan dibawahnya direct. Sayapun silap, tak belajar uruskan sendiri dari awal. Semua saya percaya padanya 100 peratus. Ingatkan dia jujur, sebab dari awal saya nampak OK. Rupa2nya dia tipu saya kak.
Ada juga sekali saya tak dapat bonus, sebab duit yg saya suruh dia maintainkan, dia tak buat. Barang pun saya tak dapat. Tengok2 bonus tak masuk. Bila saya tanya stokis, baru saya sedar, dia tak maintainkan untuk saya. Bila saya tanyakan dia, dia boleh cakap "eh aku lupa la nak maintainkan untuk kau". Saya minta bonus saya, haram dia tak bagi kak. Tapi saya tau, dia pun dah stop buat business ni. Itulah jadinya bila tipu downline sendiri. Apa yg dia beri, dia dapat semula untuknya.
Aku kongsikan sekali lagi dengan Gee. Kelebihannya jika diteruskan. Aku kongsikan, dah 10 tahun dalam business ni. Tak pernah berhenti. Tak pernah mengalah. Tak pernah kecewa dengan segala ujian dan cabaran. Terus buat dan positif. Aku kongsikan tentang akademi Taipan. Aku kongsikan tentang cara akademi Taipan boleh membantu dan membimbingnya.
"Tengoklah kak, kalau ada rezeki saya lagi, nak gak buat semula. Susah la jika hanya mengharap gaji je, tak ada duit lebih kak. Dulu masa buat Hai O, kami sekeluarga mewah berbelanja. agi duit kat mak ayah pun banyak. Syukur sangat."
"Bila ingatkan upline saya, saya rasa serik. Saya pun kesian dengan rakan kongsi yg saya ajak tu. Semua hilang arah tujuan. mereka pun stop macam saya kak". Cerita Gee lagi.
PB yg Gee minta tukar, aku berikan. Hanya girdle je. Yg lain semua habis jual. Girdle tu saiz besar 98 dan 106. Masih elok balutannya. Umpama baru!! Gee minta tukar 82. Barangnya masih elok. Aku tukarla, rezeki bertukar tangan. Walaupun Gee tak berminat untuk join, sekurang2nya aku dan bantu service tukar girgle. Mana tau, esok2 dia call aku mahu rejoint lagi sekali. Apa lagi jika melihat dan menilai komitmenku. Apapun nak buat, jujur adalah nombor satu. Jika tak jujur, usahkan 10 tahun macam aku, 10 bulan belum tentu anda boleh bertahan dlm business ini. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.