Thursday, October 25, 2012

Merindui Adib di Cairo


Senyuman manis anak bujang.
Esok hari raya haji.
Rindu pada Adib menggamit tiba2.
Alangkah bahagianya jika Adib ada bersama.
Sedih...hati seorang mama.
Hari raya aidilfitri yang lalu.
Adib pulang hanya dua minggu sahaja.
Terpaksa berangkat semula ke Cairo pada raya ke3 kerana kesibukan dengan peperiksaan.
Jika dia ada, ringan tulang dia ke dapur membantu aku.
Macam2 yang dibuatnya.
Anak yg baik.
Lebih rajin daripada kakak dan adik2 perempuannya.
Masak pun pandai.
Apa je dimasaknya sedap.
Syahdu...waktu bersalaman dan bermaafan di pagi raya aidil fitri yang lalu.
Memohon ampun daripada mama dan abah.
Alahai...menangis dibuatnya mengenangkan rintih rayu pilu anak bujangnya.
Segalanya masih terngiang2 di telinga aku.
Adib sangat rapat dengan kakak dan adik2nya.
Wataknya baik, abang yg penyayang.
Sangat memahami, mudah bertolakansur, sentiasa mengalah.
Suka membantu dan suka senyum, Adib sentiasa disenangi.
dib yang sentiasa dirindui.

Selamat hari raya aidil adha Adib.
Rindu selalu.

Masak apa esok?
Rendang? Ketupat? Nasi dagang?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.