Monday, October 8, 2012

Tukar Filter

Ahad lepas datang service Bio Aura rumah Nor.
Seorang lawyer di Bukit Mahkota Cheras.
Kami sampai agak lewat, dah hampir Maghrib. Jalan jem.

Sebelum tu kami dari Bukit Subang.
Kemudian singgah asar dulu.Baru bertolak ke Cheras.
Pertama kali sampai ke sana.

Dah siap tukar filter, kami tumpang solat maghrib dan minum.
Terima kasih Nor, tuan rumah.
Ramah dan baik.
Orang Tok Uban rupanya.
Selalu dok baca status Nor kat wall.
Kagum dengan kejayaannya sebagai lawyer.
Ada firma sendiri.
Bangga...apa lagi sama negeri.
Biasalah...semangat kekelantanan tetap ada di mana2 pun.
Jangan marah ya!!

Rumahnya cantik dan besar.
Ada 6 bilik...
Ya anaknya seramai 8 orang.
Wah!!! Kagum aku dengan wanita yg berkerjaya dan berjaya tetapi punya
anak yang ramai.
Tabik spring...





Nor hanya rakan fb.
Bagaimanapun banyak menggunakan produk2 Hai O sebelum ni.
PB dan garam buluh dah guna lama.
Baguslah.
Siap nak tambah PB lak lepas ni.

Bio aura pun dah guna lama.
Dah dua tahun dah guna.
Filter A, B, C tukar serentak.
Dah tamat sejak bulan September hari tu.
Filter A,B dan C kena tukar setiap tahun.
Sekali setahun.
Filter D dan E pula tiga tahun sekali.
Filter F selepas lima tahun, wajib diganti.
Semuanya demi memastikan standard kualiti air mencapai
piawai yang ditetapkan oleh SIRIM
dan selamat untuk digunakan.



Emmm....tak sanggup nak minum air jika tak guna sistem rawatan air.
Betapa kotornya.
Karat, lumpur, kelodak, pasir2 halus, lendir2, bakteria, lumut, partikal2 halus...
Mak ooiii...kalau tengok memang tak mau minum.
Tambahan lagi dengau bau busuk.

Bio aura mampu merawat air dan membekalkan air yang sihat dan bertenaga.
Nak service bio aura anda?
Nak tukar filter?
A,B,C,D,E dan F?
Jom call 016 2212181.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.