Monday, April 30, 2012

PBAKL


Dah pergi PBAKL?
Apa tu?
Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Banyak pilihan.
Banyak aktiviti.
Banyak diskaun.
Banyak booth.
Banyak tawaran.
Banyak penerbitan.
Banyak versi.
Banyak suka.

Esok nak gi? Sebab cuti 1 Mei?
Naik LRT lebih mudah.
Tak perlu nak bawa kereta.
Tak perlu parking..
Senangkan.

Tapi jangan lupa.
Bawa uwang banyak2 ya.
Berapa cukup?
Terpulang kepada badget sendiri.


Sunday, April 29, 2012

Gold Black

Eh eh...siapa yg kecil molek kat tengah tu?
Diapit oleh jejaka handsome Malaya?
Berani kau Kepet?

Dimond Night di MIECC
21 April lalu...cukup meriah.
Dengan kehadiran warga Hai O dari seluruh Malaysia.
Gold black menjadi tema pilihan company kali ini,
bukan merah hitam lagi.
tetapi masih dikuasai merah hitam nampaknya.
Tahniah untuk CDM Rizal Ariffin.
Bekan budak kilang Sanyo di Seberang Jaya.
Dengan bangganya...naik ke pentas gemilang.
Penerima Anugerah Tabung Kereta.
Kita beli kereta, company bayar.
Banyak bagus punya insentif...siapa tak mau?
Semua orang mesti fight...
Snap snap snap...buat kenangan sepanjang hayat.
Tahniah untuk yang datang ke majlis gemilang ini.
Menyuntik semangat, memberi inspirasi, menjadi kenangan,
menyulam harapan bagi yg mahu dan berimpian untuk mengubah kehidupan.
Jangan tengok wajah je...tengok juga kasut mereka.
Yang mana satu mencuri pandangan anda?
Emmmm...tahniah ya bagi yg menutup aurat.
DDM Lan dan DSM Suriati.
Auranya semakin bersinar.
Kali ni membawa hampir 40 orang ke Malam Gala Diamond Night.
Tahniah bagi pasangan suami isteri ini.
bekerja keras, belajar tanpa henti dan berusaha dengan gigih...pasti dunia hidup
kita akan memberikan warna yang berbeza.
From nobody to somebody.
Tahniah Lan dan Su.
Saat indah diraikan di pentas kejayaan.
Bukan calang2 sampai ke tahap begini.
Tak kira siapapun anda, pekerjaan anda, pendidikan dan taraf sosial anda.
Taipan 181 mampu memberi harapan indah dan membina impian anda.
DDM Lan...hanya seorang pemandu JKR dulunya.
Tahniah Lan.
Bergaya sakan dengan tema gold black.
Berseri2 pasangan ini.
Bersama upline yg banyak membimbingnya CDM Hasmidar.
Gambar lagi, snap lagi.
Tahniah tahniah.
Bersama CDM Roshila dan DSM Halilah Subuh serta beberapa
yng lain.
Ada gayalah cikgu kepet ni.
Tahniah DDM Azlina.
Sedang fight ke pangkat CDM.
Insyaallah, pentas gemilang CDM sedang menantinya.
Hebat...tahniah.
AT181 sangat berbangga dgn usaha dan komitmen anda.
Teruskan usaha.
Macam aktor la pulak...Anugerah Artis Lelaki Popular.
Tahniah DDM Muhamad Syukri Suid.
Hero baro dari utara.
Tahniah DDM Shamsuddin.
Terus meniti tapak jaya bersama AT181 utara.
Setingkat demi setingkat tangga kemenangan telah didakinya.
Halangan dan cabaran tidak pernah dipedulikannya.
Usaha gigih memastikan langkah kemenangan untuk yg tak berhenti berusaha.
Bersama sebahagian pejuang Taipan utara.
Tahniah anak2 muda...macam anak2 aku je semuanya.

Bercita2 tinggi, bertenaga kuat, berimpian besar dengan bimbingan yg disediakan.
Apa yg perlu ialah mengikut jejak upline dan mentor yg berjaya.
buat jangan berhenti.
Jangan sekali2 mengalah dengan cabaran.
jangan sekali2 menyerah dengan dugaan.
Itulah resam dalam perjuangan.
Yg tewas jangan dipedulikan.
Kita teruskan langkah menuju ke puncak kemenangan.
Bersama sebahagian network CDM Rizal dan DDM Lan.
Cantik2 semuanya.
Poket penuh lagi la bertambah serinya.
Mengambil peluang bergambar bersama bersama MR Teoh.
Bersama En Tan Kai Hee dan Penasihat Hai O.
Tahniah.
DSM Shukri dan DSM Amri.
Sedang berusaha melangkah jaya.
Sedang belajar menjadi pemimpin hebat untuk mengembangkan
network mereka di utara.
Wow tahniah DSM Zahari...hebat.
teruskan langkah2 hebat.
Jangan tunggu lagi.
DSM Shukri, dikenali juga sebagai Pak Tam.
Meraikan kejayaannya sebagai DSM.
Pengalaman dahulu tinggal kenangan...dulu sebagai pemandu lori.
Taipan telah memberi cahaya gemilang buat Paktam sekeluarga.
Jika Paktam boleh, anda juga pasti boleh.
Buat kenangan...bersama isteri yg banyak memberi dorongan
dan upline yg sentiasa memberi bimbingan serta sokongan.
PKL 181.
Tahniah Kay dan ELL.
Bersanding di MIECC nanti ya.
Merah hitam atai gold black?

Suami hebat isteri juga hebat.
Tahniah DSM Suriati Ismail.
Tahniah DSM Rizduan, DSM Su, DSM Ell, DSM Suriati dan DSM Kay.
Di pentas kejayaan mereka diraikan dengan penuh gemilang.
Bangganya...tahniah untuk yang terus berusaha.
Memberi inspirasi untuk orang baru yg hadir.
Kenangan indah pada malam berlian.
Jika orang boleh, kita juga pasti boleh.
Ayuh buktikan.
Tahniah SM Sarah dan suami.
Dapat PB percuma.
Hero dan heroin utara.
CDM Fitri dan CDM Ayu.
Tahniah...tahniah...tahniah.
Luar biasa.
Cun melecun.
Masih bergetah...he he he. sekali sekala melaram sakan.
DDM Kepet je lain daripada yg lain.
getahnya tak keluar sebab tak ada gaun... soweee Kepet.
Jangan marah cikgu

Bersama rakan kongsi CDM Kuyah.
Amboi amboi...ratu PB yg semakin hebat dengarnya.
CDM Jai dan CDM Yati bersama hero2 baru yg sedang digilapnya.

Samsung Galaxy Note

Mahu atau wajib beli?
Terpulang kepada diri sendiri.
Pelbagai guna.
Mudah dibawa.
Dunia tanpa sempadan.
Semuanya hanya di hujung jari.

Ini memang impian aku.
Nak ganti toshiba pc ku.

Dzul beli yang ini.
Itu itu, lebih RM2K.
Untuk business yang semakin berkembang.
Untuk memudahkan segala urusan.
Aisyah minta yang ni.
Ahh...anak2, maunya apa saja.
Maunya tak boleh ditangguh2.
Maunya tak boleh dihalang2.
Maunya macam beli barang mainan.
Maunya macam beli kacang.
Anak oooo anak.
Mula2 tak biasa.
Bila dah ada, seronok gak ya.
Bukan untuk business saja, untuk pelbagai guna.
Puas hati. Ganjaran diri.
Irah pun dapat. Hadiah untuknya.
Samsung Galaxy Young...RM500 je.

Aku Tak Mahu Jadi Bangau

Aku Tak Mahu Jadi Bangau!
Asyik menyalahkan orang!



Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul?
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang?
Lembu tak makan aku.

Lembu oh lembu
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan?
Perut aku sakit.

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit?
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah?
Kayu api basah.

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah?
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan.
Kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa?
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil?
Ular nak makan aku.

Ular oh ular.
Kenapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku.
Memang makanan aku.

Saturday, April 28, 2012

Banyak Belum Update

Banyak entry
yang aku belum sempat update.
Dinner di MIECC pada 21 April pun tak buat entry lagi.
kehadiran di Safira Club pada 25 April pun belum buat lagi.
Huh terbakar rentung rasanya dengan semangat Safira.

Oklaa...
Lepas ni nak bawa anak2 keluar jap.
Makan2 kat  Sunway Piramid.
Syahirah dan Aimi dah ada di sana.

Hilang Rinduku

Salam bahagia.
Huh...lama betul tak menulis.
Dah gian rasanya.
Toshibaku sakit.
Tak boleh jadi ya.
Laptop dah kira out of date.
Nak kena tengok tablet, ipad,  iphone, anroid...mana yg sesuai.

Hari ni dapat aku lepaskan rindu.
Minggu lepas jadual padat dengan pelbagai kelas ilmu yg ku hadiri.
Hari Sabtu lepas aku menghadiri kelas Raihan And Rahman
di Kelana Jaya.
Ya menarik, banyak ilmu baru yg aku perolehi.
Kemudian aku hadir  pula kelas dengan Tun Nurul Huda.
Hari Ahad aku hadir ESQ Parenting.
Dan tak dapat bersama hadir kelas di TTC USJ 9.

Isnin pula aku gi jumpa Dr Tengku Asmadi.
Sebelum tu dengan Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah.
Banyak dapat ilmu dan motivasi baru.
Mencari sesuatu untuk diriku dan akan aku kongsikan
dengan anda semua.

Seronok...belajar dan terus belajar.
Meningkatkan kualiti diri.
Dalam usaha menjadi hamba yg diredai Allah SWT.
Juga menjadi usahawan, upline dan rakan kongsi  yg dikasihi Allah SWT.
Insyaallah, segala yg terbaik akan aku usahakan.
Unuk diriku, keluargaku dan orang2 di sekelilingku.

Thursday, April 19, 2012

Tangguh

Salam.
Kelas produk malam ni di USJ 9
ditangguhkan kepada Khamis minggu hadapan.
Kesulitan amat dikesali.
TQ

Tuesday, April 17, 2012

Saya Nak Buat Balik



Salam CDM Faridah.
Akak masih buat Hai O?
Bagusny akak ni.
Masih setia dgn Hai O.
Dah 10 tahun? Payah nak cari leader macam kak Faridah ni.
Hebatnya, macam mana boleh bertahan sedemikian lama?

Saya sangat kagum dgn semangat kak Faridah.
Blog dan website akak sentiasa update.
Sentiasa promot program2 taipan.
Sentiasa update tentang berita2 dan meeting taipan.
Saya tabik springlaa dgn Kak Faridah.

Saya join dulu tahun 2008.
Saya join sebab percaya pada upline saya.
Kami satu ofis.
Dia dah jadi CDM.

Tapi saya dah berhenti buat kak.
Sebab saya tengok dia pun berhenti.
Malahan dia pulak ajak saya buat benda lain.
Saya marahlaa, dulu kau kata percaya pada Hai O. Dulu kau kata Taipan terbaik.
Alih2 kau yg berhenti, kau buat benda lain dan kau promot lak kat aku.
Habis yg aku masuk dulu tu macam mana?
Yg janji nak bantu aku dan nak berjaya sama2 tu kau letak kat mana?
Yg janji kau dulu tu kau buang kat mana?
Yg kau kata Hai O terbaik tu kat mana?

Aku tengok Hai O ada lagi.
Taipan pun ada  lagi.
Setiap minggu ada meeting.
Setiap minggu ada BOP.
Kau jangan temberang dgn aku.
Hari2 aku baca blog CDM Faridah, DM Kamarudin.
Ada je berita2 semasa tentang Taipan.

Muka kau je yg aku tak nampak.
Kau mana sms aku pasal meeting lagi.
Kau mana ada ajak aku pasal seminar ke, dinner ke?
Kau mana ada ajak gi USJ?
Sekarang kau ajak aku buat benda lain?
Kau ingat aku nak percaya?
Hei kawan...hutang aku tak habis lagi tau...
Hutang kau dah habis ke?

Orang lain sibuk buat duit, kau pulak yg bagi racun kat aku macam2.
Tak gunalah kau ni.
Memang aku nak marah tau.


Kak, saya nak buat balik macam mana kak?
Saya masih percaya pada Taipan dan Hai O.
Saya nak ubah hidup, hutang banyak, duit tak cukup, anak dah bertambah tapi hidup
macam tu gak.
Saya tak mau dah dgn upline dan CDM saya yg lama.
Biarlah mereka, saya tak peduli.
Mereka tak berhak marahkan saya.
Saya berhak nak pilih CDM mana yg saya suka.
Jika dulu saya tak ada pilihan.
Tp sekarang saya berhak 100 peratus nak membuat pilihan baru.
Saya nak masuk semula sebab dah expired sejak Jan 2010.
Saya nak join bawah kak Faridah boleh?
Bermula kosong pun tak apa.

Demikian, panjang lebar si A bercerita dalam hp waktu dia call  aku petang Ahad lalu.
Emmmm...CDM2, apa cerita?
Entahlah ya...banyak pula jumpa kes macam ni.
Mereka masih bersemangat.
Tp upline entah ke mana.
CDM pun dah lari ke mana2.
Buat benda lain..
Waallahuaklam.


Teamwork


Bekerjasama
Teamwork
Satu pasukan


Bekerja bersama2 untuk kejayaan bersama.
Bertindak bersama2 untuk keberhasilan yg dinikmati bersama.

Bukan itu sahaja...
Kita juga gembira dgn kejayaan rakan dlm kumpulan kita.
Kita sangat berbangga dgn usaha dan kejayaan mereka.
Kita tidak iri hati dgn kecemerlangan mereka.
Kita tidak cemburu dgn kelebihan dan kesenangan mereka.

Kita sebut nama mereka dlm doa kita selepas solat.
Kita juga berdoa untuk kejayaan semua sahabat yg ada dalam kumpulan kita.
Kita juga membantu orang lain bergembira dgn kita.
Kita juga berbesar hati berkongsi ilmu dgn
semua yg ada dlm kumpulan kita.
Kita ringan tulang untuk meringankan bebanan mereka sekadar yg kita mampu.
Kita tidak berkira dgn mereka.

Kita sedih jika mereka sedih.
Kita turut merasa susah jika mereka susah.
Kita berduka cita jika mereka berduka cita.

Hati kita rapat dgn hati mereka.
Kita rasa akrab dalam bersilaturrahim dgn mereka.
Kita ikhlas bersahabat dgn mereka.
Kita bersedia memohon maaf dan mereka juga bersedia memaafkan kesalahan antara kita.
Kita tidak akan menyimpan dendam sesama sendiri.

Kita tidak akan melakukan perkara2 yg boleh merosakkan perhubungan dgn mereka.
Kita tidak akan memburukkan atau mengeji sesama sendiri.
Kita juga tidak akan "manis di depan menikam di belakang"
Apa sahaja yg kita buat akan mengambil kira kepentingan bersama.

Itulah antara ciri2 teamwork..
Jika kesemuanya mampu kita terapkan dlm kumpulan kita, oohhh alangkah
indahnya.
Allah pasti memberikan kejayaan yg lebih besar maknanya untuk kumpulan kita.
Kerana Allah tidak akan pandang dan tidak akan bantu
kumpulan yg tidak bersatu hati.
Allah tidak akan menolong kumpulan yg berpecah belah.

Semoga Allah memberikan yg terbaik untuk kumpalan ini.
Semoga Allah mengikat kita dgn ikatan yg suci dan ikhlas
dalam bersilaturrahim kepadaMU semata2.
Amin

5 Perkara Jangan Berhenti

Jangan Berhenti 5 Perkara

Jangan berhenti mencari ilmu
Jangan berhenti mengambil semangat
Jangan berhenti bertindak
Jangan berhenti daripada kumpulan.
Jangan berhenti berdoa.

Friday, April 13, 2012

Selamat Bercuti Ke Holland

Wajah2 ceria di KLIA malam tadi.
Jam 9 malam mereka berkumpul di sana.
Semua orengeee.
Aku pun menumpang sekaki.
Cerianya..semua happy mood nak holiday ke Holland.
Bersama orangSabah. CDM Maidah, DDM Habsah dan yg lain.
Inilah ganjaran atas usaha diri ssendiri.
Tahniah semua yg layak.
Beruntung buat Hai O.
Serata dunia boleh sampai.
Ini destinasi ke 10 utk CDM Maidah sejak bersama business ini 3 tahun yg lalu.
Hebatkan...
DDM Habsah Magit dan rakan kongsi barunya.
Tahniah CDM Maidah.
Baru dua minggu kembali drpd percutian ke Vietnam.
Hari ni terbang lagi ke Holland dan Belgium.
Tahniah DSM Wawa.
Kali ke berapa...bawa abang bawa husbeng baru best..
Bersama CDM Rizal...hanya seorang bekas budak kilang.
Kini pemimpin dan usahawan hebat AT181.
CDM Jai sekeluarga.
Juma..isteri CDM Wan Iskandar yg turut serta.
Masih sempat bincang2 tentang business sebelum bertolak ke Holland.
Bincang lagi.
Macam mana nak nak lagi boooom.
Harap balik Holland nanti lebih letupss.
Kasi panas.
Kasi gegar.
Cantik oren ni...terang sangat.
Dari jauh dah nampak terangnya.
Scedule perjalanan 6 hari di Holland Belgium.
Selalunya layanan VVIP...first class.
Makanan, hotel, makanan, layanan dan macam2 lagi....
Best
Tahniah semua...inilah ganjaran utk yg berusaha.
Jadual perjalanan yg padat.
Pasti menyeronokkan.
Mereka dijangka pulang ke Malaysia padia jam 6.30 pagi
pada 18 April nanti.

Anak2 tinggal...mama dgn abah je yg pergi kali ni.
Bye bye Taipan.
Bye bye Malaysia.
Jumpa lagi.