Salam CDM Faridah.
Akak masih buat Hai O?
Bagusny akak ni.
Masih setia dgn Hai O.
Dah 10 tahun? Payah nak cari leader macam kak Faridah ni.
Hebatnya, macam mana boleh bertahan sedemikian lama?
Saya sangat kagum dgn semangat kak Faridah.
Blog dan website akak sentiasa update.
Sentiasa promot program2 taipan.
Sentiasa update tentang berita2 dan meeting taipan.
Saya tabik springlaa dgn Kak Faridah.
Saya join dulu tahun 2008.
Saya join sebab percaya pada upline saya.
Kami satu ofis.
Dia dah jadi CDM.
Tapi saya dah berhenti buat kak.
Sebab saya tengok dia pun berhenti.
Malahan dia pulak ajak saya buat benda lain.
Saya marahlaa, dulu kau kata percaya pada Hai O. Dulu kau kata Taipan terbaik.
Alih2 kau yg berhenti, kau buat benda lain dan kau promot lak kat aku.
Habis yg aku masuk dulu tu macam mana?
Yg janji nak bantu aku dan nak berjaya sama2 tu kau letak kat mana?
Yg janji kau dulu tu kau buang kat mana?
Yg kau kata Hai O terbaik tu kat mana?
Aku tengok Hai O ada lagi.
Taipan pun ada lagi.
Setiap minggu ada meeting.
Setiap minggu ada BOP.
Kau jangan temberang dgn aku.
Hari2 aku baca blog CDM Faridah, DM Kamarudin.
Ada je berita2 semasa tentang Taipan.
Muka kau je yg aku tak nampak.
Kau mana sms aku pasal meeting lagi.
Kau mana ada ajak aku pasal seminar ke, dinner ke?
Kau mana ada ajak gi USJ?
Sekarang kau ajak aku buat benda lain?
Kau ingat aku nak percaya?
Hei kawan...hutang aku tak habis lagi tau...
Hutang kau dah habis ke?
Orang lain sibuk buat duit, kau pulak yg bagi racun kat aku macam2.
Tak gunalah kau ni.
Memang aku nak marah tau.
Kak, saya nak buat balik macam mana kak?
Saya masih percaya pada Taipan dan Hai O.
Saya nak ubah hidup, hutang banyak, duit tak cukup, anak dah bertambah tapi hidup
macam tu gak.
Saya tak mau dah dgn upline dan CDM saya yg lama.
Biarlah mereka, saya tak peduli.
Mereka tak berhak marahkan saya.
Saya berhak nak pilih CDM mana yg saya suka.
Jika dulu saya tak ada pilihan.
Tp sekarang saya berhak 100 peratus nak membuat pilihan baru.
Saya nak masuk semula sebab dah expired sejak Jan 2010.
Saya nak join bawah kak Faridah boleh?
Bermula kosong pun tak apa.
Demikian, panjang lebar si A bercerita dalam hp waktu dia call aku petang Ahad lalu.
Emmmm...CDM2, apa cerita?
Entahlah ya...banyak pula jumpa kes macam ni.
Mereka masih bersemangat.
Tp upline entah ke mana.
CDM pun dah lari ke mana2.
Buat benda lain..
Waallahuaklam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.