Monday, September 12, 2011

Oasis Dah Siap!

Oasis dah siap!
Setahun setengah yg lalu, syarikat  Perumahan Bandar Kinrara Berhad
menghubungi kami dan menawarkan jualan lot2 yg baru dilancarkannya.
Semuanya semiD dan unit banglow.
Namanya Oasis di Bandar Kinrara 6.
Tak banyak, hanya 12 unit sahaja dan adaa 3 unit sahaja yg kosong ketika itu.

Aku lalu ke pejabatnya.
Berjumpa dgn Salwa.Lalu menunjukkan pelannya.

"Ambiklah pn, Pelaburan paling baik ni"
Dah siap nanti, pasti harganya melambung tinggi".
"Hanya ada 3 unit sahaja yg kosong, yg lain semua dah habis".

Aku melihat 3 unit yg kosong.
Satu unit banglow dan 2 unit semiD.
nak tahu harganya?

'Yg banglow ni luas tanahnya pn, lebih 8000 kaki, ada  kolam renang.
Harganya RM2.6 juta.
Yg semiD lak, yg lot A berharga RM1.3 juta dan lot B ni RM1.6 juta".
Keluasan tanahnya berbeza".
Dah siap pun.
Aku hampir2 membeli unit semiD ni.
Tetapi waktu itu baru siap beli kondominium di Selayang, loanpun dlm proses.
Pada masa yg sama juga baru selesai beli kondominium Permai di Kota Bharu.
Jadi kami fikir, biar loan kondo tu lepas dulu baru kita uruskan semiD Oasis ni.
Dua minggu kemudian, apabila selesai urusan tersebut, kami dtg lagi sekali
untuk bertanyakan Oasis, hajat di hati memang nak beli tetapi kata Salwa,
"dah habis pn, yg ada hanya lot banglow tu je RM2.6 juta.

Oasis dipandang dr signboard besar.
Wah...kawasan mewah ni.Terletak berhampiran kawasan perumahan baru
Hening, Melodi dan Kinrara Golf Club.
Semua dah siap, mungkin tunggu CF je.
Kami pusing2 petang semalam selepas balik beraya rumah kawan di Puncak Jalil.

Aku dan en suami masuk ke salah sebuah unit semiD yg siap.
Gatenya terbuka tetapi pintunya tertutup.
3 tingkat, kawasannya sgt luas.
Boleh buat banglow kedua di atas lot yg sama.
cantik pemandangannya.
Selesa...5 bilik tidur, 4 bilik air, dua dapur, dua ruang tamu dan dining.

Reka bentuk dalamannya berbeza antara setiap unit.
Kami masuk ke tiga unit...dua semiD dan satu unit banglow yg tak berkunci.
Kebetulan masih ada pekerja, kami minta untuk menjenguk.
"Kalau kita beli dulu, dah nak boleh pindah sini agaknya ya."
Kata en suami.
"Cepatnya masa, dah siap rupanya rumah ni. tambah aku pula.
"Bestkan pindah rumah baru".
Kata Aisyah pula. "Kita nak pindah sini ke mama?".


Pandangan sisi banglow 3 tingkat.
Tanahnya berbukit menyebabkan ada tangga di bahagian luar rumah untuk turun ke kawasan tanah lapang.
Luas betul...boleh buat unit banglow yg kedua.
"Boleh buat BBQ kat sini, kenduri kendara, buat swimming pool atau buat teratak atau kolam ikan kan". Kata en suami lagi.
Ruang keluarga di tingkat dua...lapang dan selesa.
Luasnya.
Banyak aktiviti boleh buat di sini...ruang bacaan, tempat solat, ruang menonton, ruang kerja,
bilik mesyuarat, bilik utk bisness talk pun boleh.
"ah bagusnya jika kita beli unit ni dulu". kata en suami

Luasnya tanah di belakang unit semiD ni, patutlah harganya sampai RM1.6 juta.
Kira murah tu....
Buat main golf boleh, buat padang bola boleh, buat court badmintan boleh, nak buat swimming pool boleh, nak buat dewan futsal pun boleh.
kalau ada duit, semua pun boleh beli.

Semasa berlalu pulang, aku lihat suatu bunner...
semiD untuk dijual...aku terus call bertanyakan harganya...
Kata Richard..."semiD Oasis punya harga RM1.8 juta, paling mulah pun itu punya harga,
can nego laa. u punya budjet belapa?"
Tanya Richard lagi.

Waa...aku call Salwa lagi sekli, yg paling murah berapa harga?
"Paling murah semiD yg Oasis punya RM1.1 juta Pn, nape?
Rumah tu dah siap Pn, dah dapat CF pun, dah berlipatganda laa mereka jual".

Wah untungnya jika banyak duit.
beli rumah dan jual rumah buat pelaburan, buat aset.

Waaa...tak boleh jadi.
Aku balik ke rumah, tengok rumah ni dah kecik.
Hati berbunga indah...impian baru mesti dicapai.
banglow atau semiD baru.
Masih banyak peluang untuk terus kaya....
Jom bekerja kuat bersama2 AT 181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.