Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka CDM Kartini

Kepada semua rakan2
Sek Keb Pasir puteh
Sek Men Kamil
MRSM Kuantan
Bac Pendidikan Biologi UPM
Sek Men Taman Dato Harun
Sek Men Seri Indah
Sek Men Puchonh Jaya B
Rakan2 Akademi Taipan
Rakan2 yg mengenali kami
Semua sekali dijemput hadir ke majlis jamuan hari raya pada 25 Sept 2011
beralamat padang permainan kanak2 Bukit Kinrara Puchong dari jam 12 tgh hgga 4.30 ptg.
Terima kasih


Itu bunyinya jemputan oleh CDM Kartini dlm fbnya.

Maka berduyun2lah hadirnya rakan taulan yg mengenali mereka suami isteri.
Macam rumah terbuka YB gamaknya ramai org yg hadir.

Alhamdulillah berkongsi rezeki.
Cuaca pun baik terang benderang.
3 buah canapy putih hijau menyambut kedatangan tetamu dgn pelbagai juadah
dan hidangan.

Gerai nasi lemak.
Dah nak licin tu.
Macam2 gerai ada..gerai satay, gerai laksa,  gerai mee kari, gerai nasi lemak,
gerai kambing bakar, gerai char kuey teow, gerai air dan lain2.
Beratur panjang...gerai satay rasanya awal lagi dah licin.

Gerai char kuey teow....pun licin.

Tiga buah canopy putih hijau penuh
Kawasan bawah pokok pun penuh
Meriahnya sambutan raya di rumah pemimpin hebat Taipan ini.

Menu special...kambing bakar
3 ekor kambing bakar pun licin.
Semua dapat merasa, yg lambat sikit tak merasalah kot.

wooooo sedapnya kambing bakar.
Tak cukup 3 ekor...hik hik hik
Tetamu berbaris panjang menunggugiliran merasakan menu special kambing bakar.

Salina, Suriah dan Ku Marziani bersama pinggan kosong menanti kambing bakar.

Yati dan Yan isteri CDM Che Mat turut hadir.

Angie, Kenny, ibu serta anak2 juga ada bersama di majlis hari raya.
Dijemput pasti hadir.
Tak pernah tak hadir.
TQ Angie suami isteri.

CDM Hanum, Yan, Hadi dan Aine sempat bergambar di celah keriuhan tetamu
menjamu selera dan bersembang mesra.

CDM Muhammad Razali bersama Din.

Waaa org jauh pun nampaknya tak mau ketinggalan, 4 buah kereta geng Taipan Warrior dr Penang
turut sama memeriahkan jamuan raya rumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin.

CDM Syed, Salina, Suriah dan Ku Ani.

CDM Nurie bersama suami dan anak2 turut serta.

Tuan rumah suami isteri...
seronok, gembira dan puas hati melayani tetamu yg memenuhi undangan
jamuan raya mereka berdua.
TQ tuan riumah
TQ atas layanan
TQ atas undangan
TQ atas hidangan special
TQ kerana berkongsi rezeki.
TQ TQ TQ.


Sebelum makan tetamu bersembang2.
Sambil makan bersembang2.
Sudah makan terus bersembang2
Kemudian makan lagi.


Ada yg sering berjumpa
Ada yg lama tak dengar khabar berita
Ada yg begitu lama tak berjumpa
Ada yg tiga empat bulan tak dengar khabar berita.
Di rumah CDM Kartini semalam, mereka berjumpa, berpelukan, berbual bertanya khabar duka dan gembira,
mengucap selamat hari raya yg masih bersisa dan bersalam bermaaf2an.

Seronok, gembira dan puas hati.
Utk tuan rumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin,
sekali lagi ucapan ribuan terima kasih.

Terima kasih daun keladi, tahun depan boleh buat lagi.
Insyaallah berlipat gandalah rezeki.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.