Tuesday, September 27, 2011

Selamat Jalan

Kuwait Airways.
Mohd Adib...bersama2 empat orang rakannya berangkat jam 3.15 pagi tadi ke Kuwait.
Mereka akan transit selama 6 jam di Kuwait, barulah berlepas pula ke Cairo.
Dari USJ 9 malam tadi, kami terus ke KLIA.

Check in di kaunter J13.
En Syed  dan Pn Mai mengiringi anakny Husni.
Anak mak...Husni baru berusia 14 tahun. Perginya ketika berusia 11 tahun.
Dah tiga tahun berada di Cairo, Maktab Al Boo'uth Mesir bersama2 Adib.
Pn Mai bersama suaminya pernah mengambil cuti selama 4 bulan dan berada di Cairo bersama
melihat dan menemani Husni di Furqaan tahun 2008 lalu.
Maklum katanya..."anaknya dua orang je.Muda lagi lak tu".


Ahmad Mahzan15 tahun, Reza 15 tahun, Husni 14 tahun dan Mohd Adib 17 tahun.
mereka berempat bertolak pagi tadi ke sana.
Nampaknya anak bujang ku berbeza saiznya.
Iras wajah pun bukan macam 17 tahun.
Dia jadi pemimpin gak kat Furqaan.


Dgn abah pun nampaknya dia yg lebih tinggi, lebih besar dan lebih lebar badannya.
Tak nampak macam abah dgn anak...nampak matang tul anak bujang aku ni.

Semoga berjaya anak ku.
Sekejap je Adib hilang dari pandangan mata, aku dah mula merinduinya.
Tak tahan...pada hal dah hampir dua bulan bercuti sejak awal Ramadan lagi.
Adib budak baik, suka senyum, jika disuruh segera dia buat.
Tak pernah bagi alasan atau mengeluh walaupun dia penat.
Jika aku ajak temankan aku ke mana2, dia akan mengikut tanpa membantah.
Semuanya dia buat utk menyenangkan hati mamanya.
Aku senang jika Adib ada di rumah.



" Cepat abah, cepat mama...sebelum adib masuk ke dalam.
Nanti mama dload dlm fb ya".
Pemeriksaan masuk di gate penerbangan antarabangsa.
"Selamat jalan Adib".
Adib masih lagi tersenyum lebar walaupun hati ku sayu sekali berpisah dgnnya.
"OK mama, jgn sedih2 tau, mama doakan Adib ya.
doa mama sangat mustajab utk kejayaan Adib. Adib berjanji akan belajar dgn bersungguh2 dan tak akan menghampakan mama dan abah. Doakan Adib sentiasa sihat dan selamat ya".
Jelas sekali suara Adib di telingaku ketika kami berpelukan sebelum berpisah.
Selamat jalan anak ku.
Selamat maju jaya.
Selamat berjuang.
Mama doakan yg terbaik utk Adib.
Sehingga dia hilang dr pandangan selepas pemeriksaan imegresen, baru kami bergerak meninggalkan KLIA.
Jam 3 pagi, baru kami tiba di rumah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.