Saturday, September 17, 2011

Jamuan Raya Untuk Keluarga

weeeeeeeeee....bestnya beraya lagi.
Kali ni aku buat utk adik beradik, anak saudara, sepupu sepapat dan saudara mara terdekat.
Yg jauh, bau2 bacang memang ramai kat KL ni. jika nak buat semua kenalah buat kat padang bola,
pasang canopy lima buah barulah cukup.

Hidangan special
laksam tersedap di dunia
nasi dagang terspecial di dunia.
Kek lapis banyak lapis di Malaysia.
Tart tersohor di Kinrara.
Nugget terlaris di Malaysia.
Adik aku tanya, buat sendiri ke?
Aku jawab..."Order sendiri dan gi ambik sendiri".
He he he...bagi2 rezeki, agihkan duit kita kepada peniaga laksam, peniaga nasi dagang, peniaga meehoon...
barulah semakin makmur ekonomi kita.


Mulai jam 10 pagi....
adik aku, adik en suami, ipar aku, ipar en suami,
anak saudara aku, anak saudara en suami, saudara mara aku, saudara mara en suami.
Meriah sangat. makanan lak semua sedap2 belaka.
Hari ni jangan diet, esok baru mula diet.
Makanlah apa saja, mesti sedap punya.

adik aku Hanisah, anak aku Irah, anak sedara aku Nina dan anak sedara aku Sarah.
Dah besar panjang dah budak2 ni.
Cepatnya mereka jadi remaja.

Adik en suami dan adik ipar aku...
Lepas makan bersembang, bermesra..
Satu cerita ke satu cerita, satu bab ke satu bab yg lain.
Tukang cerita, tukang sampuk, tukang dengar, tukang tengok, tukang tambah, tukang tokok,
tukang hangguk, tukang ketawa...semuanya memeriahkan suasana.
Tak sah pertemuan jika tidak bersembang.

Adik beradik en suami, adik ipar en suami, isteri en suami, anak sedara en suami dan anak2 en suami.
Hik hik hik....tengok lelaki idaman Malaya kat belakang tu...saiznya kecik sikit drpa Malik Noor.
Anak bujang aku, Adib  yg baru umur 17 tahun tu pun dah macam malik Noor saiznya.
En suami ada 5 beradik, semua jantan gagah perkasa.
Tapi dua org dah meninggal dunia. Tinggallah mereka tiga beradik...Ridzuan dak kawin anak sorang tak
tambah2, Saiful Azmi(baju berkotak petak) ni lak bujang terlajak lajak..dah umur 40 tahun.
Gajinya banyak, mukanya boleh tahan, orgnya baik sgt2,
tak ada perangai macam en suami gak gaya
auranya, (tp soree en suami aku lg hensem...kah kah kah).
Dah puas gak kmi tolong doa, tolong jampi, tolong suakan dgn wanita2 baik lagi menarik, tolong bagi air
penawar ustaz2 tersohor.
Tp apa nak dikato...jodoh di tangan Tuhan.
sampai laaa ni tak kawin2.
Boleh call aku jika anda ada ayat penawar ya???

APA DAH JADI, APA DAH JADI, SAMPAI SEKARANG TAK KAWIN LAGI...kata SM Salim



kebetulan lak....zan pun datang sekeluarga.
Weee rancak bisness sana sini. Nak beli apa?
Nak order apa?
handbag, brooch, wallet, kain, baju, kayu hoki, peralatan golf, ternak lambu kambing pun dia baham semua.
Orgnya cantik jelita, masih muda, tapi awas anaknya dah 3.

Aku sebelah tu pun tak kalah adik kakok wei..umur dah 45 tahun tapi macam 35 tahun je nampaknya.
Ha ha ha...masuk bakul pikul sendiri.
Nak tahu rahsianya?
Bawaklah sebakul durian, meh aku cite tips dan rahsianya.
he he he..perasan lak pn seri ni.

Yg tengah tu anak bujang aku,,,belum bujang terlajak ya.
baru umur 17 tahun.
baru akil baligh je.
25 Sept ni nanti  nak ke Cairo, dah habis cuti. dah hampir 3 tahun di sana.
Nak jadi imam muda, imam tua, semua boleh.


Sedondong sepetak sewarna serasi sejiwa tiga beradik ni.
Anak2 Zan...teringat lak aku masik kecik2 dulu, ma aku selalu buat baju serupa warna dan coraknya
dgn adik2 perempuan aku tiga beradik tapi tak adalah pulak sehati sejiwa sefikiran.
Semua lain2.
Aku suka bisness, dua org tak suka.
Aku banyak mulut, pok pek pok pek, dua lagi tu pendiam orgnya.
Aku peramah mesra alam, dua lagi mesra dgn partner masing2 je.
Aku suka riuh rendah, buat makan2, yg dua lagi tu makan2 dgn anak beranak dia org je..
Soweee le, kalau mereka pun terbaca entry ni. Ini bukan rahsia macam Siti tu, asyik nak berahsia je.


ini anak2 sedara aku yg bijak pandai, baik2, berhemah dan berbudi bahasa semuanya.
Syafiq...sedang belajar bawa kapal terbang, Hazim baru tingkatan satu, Farah sdng ambik profesional akauntan...apa ntah akupun tak faham dan Hasni seorang arkitek.
Baru je kawin Hasni ni dgn Nik Mohd Samhan arkitek gak.
sapa2 nak buat rekabentuk plan rumah, bolehlah minta mereka buatkan.

Ini abang sulong aku...namanya Nik Azman dan isterinya Kak Long aku panggil.
Anaknya lima. dah ada menantu dan tak lama lagi dapat cucu.
Tak lama lagi dapat datok.
seronok betul anak2 aku dapat berjumpa bermain dan bermesra dgn sepupu sepapat mereka.
kena buat selalu majlis2 macam ni, baru mereka rapat.
Jika tak buat, masing2 sibuk memanjang.


Aimi pun ada gak semalam, baru tiba drpd Melaka.
Balik utk majlis ini sahaja.
Lepas maghrib, terus balik ke ITM.
Katanya nak study, next week nak final exam.

Ni adik aku...paling rapat kami bertiga.
Tapi selera dan rasa tak sama
Hasni dan Hanisah.
Hasni org besar JAKIM...berniaga tak minat walaupun Nabi Muhammad yg juga usahawan terbaik di dunia
itu idola kita semua termasuk dia.
Fardu kifayah katanya.
Pandai laa adik aku sorang ni.

Yg sorang lagi Hanisah...ni pun org besar gak kat PPD Petaling Utama.
Dia watak sgt berbeza dgn aku walaupun lahir ibu dan ayah yg serupa.
Dia ni sentiasa bahagia dlm diam.
Senyumannya penuh makna. 1001 macam maksud tersirat yuuu.
Buat kerja senyap2, tak bagi tau sesiapa.
Macam anai2, tiba2 je runtuh dinding.
Hanisah ni sebenarnya dah ada 7 orag CDM di bawahnya, semua aku yg jaga.
Tapi itulah, bukan rezeki dia.
Puaslah aku bagi tau, tapi naj buat cam ne org tak mau, so akulah yg kaut semua pencen tu.


De Laila, Qaisara dan Aisyah.

Bapa saudara aku..Hj Rased dan isterinya Hjh Fatimah.
Hj Rased atau Yed adik kepada arwah ayahku.
tinggal di Taman Melawati KL.
juga anak menantu mereka.
Shairul dan Ita Azlina serta Anniara dan Hisyam Dani.
Setahun sekali pasti berjumpa, kami sgt rapat walaupun jarang berjumpa.

Kak Ita sekeluarga pun turut hadir.
Syukur alhamdulillah.
Selamat hari raya kak Ita dan en Zul.
Rumah kami tak jauh, selalu berjumpa
tapi jarang berkunjung ke rumah kecuali buat makan2 macam ni baru datang berkunjung.

Haaa ni lak sepupu sepapat aku...
Nik Nor Amani dan anak2nya.
Nik Mahyuddin dan keluarganya
Nik Aiman dan isterinya.

Kalau tak buat majlis macam ni, memang tak berjumpa.
So kena buat selalu baru rapat dan mesra.
Aku mahu anak2 aku kenal dan tahu siapa saudara mara mereka.

Riuh rendah bila Tuah keluar. Kata mereka...
" Ya Allah besarnya kucing ni, tak pernah tengok sebesar ni"
" Dari mana dapat ni?"
"Macam mana jaga Tuah ni?"
" Tuah mandi berapa kali sehari?"
" Apa dia makan macam ni punya besar?"

Anak dara aku..Nor Aimi
Anak bujang ku..Mohd Adib
Kakak dan Adib, mereka sgt rapat. berduet jekalu ada kat rumah. Macam berkasih2an.
ada org tanya aku,
"lelaki yg besar tu boy friend Aimi ke? Saya tengok dia berdua makan McD kat Giant hari tu"?
"Adik beradik la" jawab aku.


Abang kedua ku
Hj Azmi dan isteri Kak chawa serta anak2nya
Dr Fatimah Syahidah, Amirah Syakirah , Deena, Imanee Izatie, Amir Ali Redza dan Hana Wahiedah.
Mereka dtg lebih awal, tak sempat berjumpa dgn yg lain.

Seronok berjumpa sanak saudara.
Gembira menjamu keluarga.
Riang dapat beramah mesra.
Bersilaturrahim bertambah tautan hati.
Insyaallah berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.