Tuesday, September 13, 2011

Taipan Thai Corner

Taipan Thai Corner
Terletak di Taman Bukit Puchong
Ini business keluarga
Milik En Zainal dan Pn Rohana.
Semua anaknya turut membantu.
Anak2 lelaki semua bersatu hati bekerja di kedai makan ini.
Anak perempuan turut membantu di sebelah malamnya.
Kiranya ini business keluarga mereka.

Pengalaman mereka luas.
Dah biasa dgn business kedai makan.
Business lain pun buat.
MLM pun join, masih berniaga dgn Taipan.
Pangkatnya DDM Rohana. Anak2pun join sama.
Networknya sudah berkembang ke Indonesia.
kerap ke sana untuk membantu rakan kongsinya.
Hebat pasangan ini.


Sotong tepung
Udang petai
Siakap tiga rasa
Ada kerang bakar, keropok lekor, stail al carte
dan macam2 menu di Taipan Thai Corner.


Dulunya terletak di Kelana Jaya, kemudian berpindah ke Damansara.
Sekarang di sini.
Lokasinya makin bagus, tepi jalan dan highway LDP menuju ke Putrajaya,
Kajang, KLIA, Serdang, Seri Kembangan, Dengkil.
Laluan utama. senang org nak singgah.
Tempat parkingpun lapang.

Servicepun bagus, cepat, sedap dan hargapun murah.
Tuannya memang mesra alam.
Peramah, baik dan banyak senyum...
Tukang layannya handsem2 bro...aku tak hingat pulak nama anak Pn Rohana ni.
Yg aku ingat Tini, Oyoo dan da da da...tak ingat looo.
lepas ni aku dpt harga dealer jika makan di Taipan Thai Corner.
apa sal pulak dpt harga dealer? Banyak cantik kau!!!
Hik hik hik...sebab aku promote kedai mereka dlm blog aku.
Rezeki murah.
Jika service bagus, makanan sedap, bersih lak...memang org akan datang.
Yg ni pada aku nombor satu jika pilih kedai makan.
Mahal sikit pun tak ape...jika murah lagilah bagus.
Banyak pula menu dan pilihannya.
Panas2...bestnya.

Warga Taipan selalu datang ke mari.
Tanyalah cdm Din, CDM Tini, CDM Che Mat, CDM Inda, CDM Shila,
CDM Yan, CDM Nizam...dll
Irah pilih maggi sup.
Dah jemu dgn segala lemang, rendang, ketupat, roti jala, nasi minyak, nasi daging
dan macam2 sepanjang musim raya ni.
nak makan yg sup panas2 lak.
Sedapnyer...nyum nyum nyum...

Aku makan masak ikan tomyam, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan nasi putih.
Simple je tapi emmmm sedapnya.Tak pernah cuba sebelum ni.
rasanya first time order ikan tomyam.

,

Telur dadar,
Nampak macam telur bodoh je.....tapi sedap jika kena caranya.
Itulah bezanya air tangan tukang masak dgn bukan tukang masak.
Jika nak buka business makanan, kena belajar betul2.
No satu mesti sedap.
No 2 mesti sedap.
No 3 mesti sedap.
No 4 barulah kebersihan, harga, service dll.
Ye ke mcm tu?
Itulah selera akulah.


Nasi goreng kampung utk Adib.
Adib ni pandai dan rajin masak.
Apa katanya...."Sedaplah mama nasi goreng ni".
Kerang bakar kat sebelah tupun dah licin...sedaplah tu.
Jika tak sedap selalunya tak habis.

Aisyah...layan hobi dulu sementara makanan siap order.
Dalam gelap tu pun..buku gak yg dipilihnya.
Percy Jackson...novel baru yg dibeli petang Ahad di Popular.
Irahpun melayan hobinya.
Dia belum jadi ulat buku mcm Aisyah. En suami sedang usahakan.
Sentiasa bawa dia ke kedai buku, banyakkan hadiah buku, beli pelbagai majalah yg sesuai untuknya dan tunjukkan contoh utknya.
Nampaknya minatnya semakin baik.
Setiap kali ke kedai buku, permintaan utk beli buku dan novel makin meningkat nampaknya.
Adib melayan FB...katanya sdg chit chat dgn Safwan di Cairo.
Adib akan berangkat ke Cairo pada 25 Sept nanti.

Novel baru Kasino...baru beli dah habis baca.
Aku habiskan Paradoks...kisah golongan elit politik yg serba mewah dan membawa seribu masalah sosial dlm rumahtangga.
Begitu rupanya sepak terajang dlm politik di kalangan ahli2 parlimen dan menteri2.
Ditulis oleh Affifuddin Omar...bekas Menteri Kewangan Malaysia.
Best baca...

Tutup buku....masa untuk menjamu perut.
Kerang dah habis dua kuali...he he he.
Kami makan dgn cukup berselera.
Semuanya licinnnn...datanglah jika nak rasa.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.