Monday, September 26, 2011

Kunjungan Raya Taipan Warrior

Japanese Cheese Cake
utk jamuan raya Taipan Warrior petang semalam jam 4 ptg.
Selepas beraya di rumah CDM Kartini, mereka berarak lak ke rumah aku.
Tak pernah mereka hadir beraya, ada kesempatan mereka dtg ke KL,
aku jemput sekali berkumjung ke rumah.

Diketuai CDM Fitri dan CDM Ayu.
Tahniah dah naik CDM kepada Ayu.
Turut serta DDM Din, DDM Shukri, DSM Idham, DSM Wawa, DSM Izham dll.
Turut bersama CDM Syed ada sekali bersama2 Salina dan Azza.
makan2 apa saja yg disukai.
Yg ringan2 jelah, tak adalah kambing bakar atau gerai char kuey teow.
Minum petang je...
Sempatlah aku goreng meehoon special, goreng keropok lekor, buat agar2 santan, puding
fruits coctail, hidangan murtabak diraja, puding pandan berlapis kek dan kek coklat serta japanese cheese cake serta tea o panas dan biskut2 kering.


Muda2nya geng Taipan Warrior ni.
Mereka sedang memburu impian
Mereka mampu mencipta kejayaan
Mereka sdg mengejar kemenangan dan kehebatan.

Setiap kanak2 yg hadir sering saja berguling dan bergolek2 atar carpet tebal ni.
Memang bulunya sgt lembut.
Arqan anak CDM Fitri pun sama.
Bergolek sepuasnya atas carpet yg dibeli di Sydney ni sewaktu melancong ke sana
tahun 2009 yg lalu.

Duduk bersila je sambil makan2.

Tuah keluar menunjukkan wajahnya...budak2 sukalah mengerumuninya.
Apa lagi melihatkan saiznya yg begitu besar.
wow besarnya Tuah, comelnya dia.

snap snap snap dulu sebelum bertolak pulang.
Muda2 sedang mencipta jaya.
Aku memeng teruja dgn geng utara.
Tahniah semua.
Follow je pemimpian anda yg sedia hebat itu.
Tahniah CDM Fitri.

Intan sekeluarga pun turut hadir.
ini rakan kongsi baru.
Insyaallah pasti berjaya jika kita terus berusaha.
Jgn mengalah malahan terus cuba dan cuba.
Kita cabar potensi diri kita.
TQ Intan kerana sudi hadir sekeluarga petang semalam.

Poooosing2 dulu bersama Ayu, Salina dan Wawa.
TQ sudi hadir ke rumah kami.
Jika turun KL, mehlah datang umah ya.
Pe2 hal, kenalah call dulu. Mana tau kot kami out station.


Adam ni...montel tul.makin bulat aku tengok badannya.
Aku geram je kat dia ni.
Juga bersama Arfan dan Arzan anak2 CDM Fitri dan Ayu.

snap snap snap lagi....utk kenangan sepanjang hayat.

DSM Wawa...seorang anggota PDRM di Taiping
yg sg mengejar dan memburu kejayaan bersama AT 181 utara.
Hebat tahniah2. Dimana ada upline disitulah ada Wawa.
bujang lagi dah hebat, dah kawin esok pasti lebih MELETUP BOOOMMMMM!!!! he he he...
Mesta Wawa senyum baca entry aku kali ni.
Tahniah Wawa.

Apa yg tengok tu Farah dan Firdaus?
Tengok lampu ke?
Mereka datang lewat sikit selepas yg lain pulang.
"makan makan jgn tak makan".

Ooooooo rupanya si Farah ni suka gak kat kucing.
Apa lagi didukong, dipeluk dibelai si Tuah ni.
"mak oooi, beratnya Tuah ni".
Rupanya Tuah lagi la suka bila org peluk belai dan garu dia.

Mesti snap dulu sebelum pergi.
Farah dan Firdaus terus bertolak pulang ke utara. esok kerja, mesti sampai Penang sebelum jam 1 pagi.
TQ sudi hadir ke rumah kami.
Dah enam tahun kami mendiami rumah ini di Bandar Kinrara.
Alhamdulillah, dah tiga buah rumah kami beli di sini.
Beli dan jual..

Berpindah ke Bandar Kinrara dr rumah lama di Croocodile River...huk hik hik
Nama Melayunya Bandar Sg Buaya Rawang Selangor.
Inilah hasil perniagaan tahun pertama.
Aku membelinya tahun 2004 dan berpindah tahun berikutnya.

Masa aku pindah  tahun 2005 dulu, sering aku berdoa supaya rumah baru ini
menjadi kesukaan utk dikunjungi tetamu.
Ya Allah, aku mohon agar rumah ini menjadi sebaik2 tempat masuk dan keluar bagi kami sekeluarga,
aku bemohon agar rumah ini menjadi sebaik2 syurga utk kami sekeluarga,
menjadi ruang utk kami berkasih sayang.
menjadi tempat kami beribadah kepadaMu
menjadi benteng drpd kesusahan dan bencana dalam hidup,
menjadi tempat mendidik akhlak anak2 dan keturunan kami,
menjadi kediaman yg disukai oleh seluruh keluarga.
menjadi ruang utk melimpahnya rezeki dan kebaikan kami kpd org lain.
juga rumah ini menjadi kesenangan hati bagi saudara mara dan
sahabat handai untuk berkunjung menziarahi kami sekeluarga.

Alhamdulillah, sebagaimana yg dihajati maka demikianlah yg terjadi.
Saban masa dan waktu, tak berhenti dikunjungi adik beradik, sedara mara,
sahabat handai dan rakan taulan.
Yg jauh yg dekat, yg ada hubungan mahupun sekadar kenalan.
datang berziarah seketika atau bermalam di sini.
Syukur alhamdulillah.
Setiap tetamu yg hadir itu membawa rahmat utk tuan rumah.
tetamu hadir membawa rezeki,
tetamu pulang membawa keluar dosa2.
Syukurlah.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.