Wednesday, September 21, 2011

Tahniah Untuk Semua

Salam bahagia.
Alhamdulillah, malam tadi business talk di TTC 2 lebih meriah, makin ramai.
Mulanya tak ramai, kami mulakan dulu mana yg ada tp makin lama makin penuh dewan TTC 2.
Lebih kurang 60 orang gak yg hadir.
Yalah, mungkin Syawalpun dah berada di penghujungnya.
Rayapun dan makin ke penamatnya.
Wang pun dah banyak habis.
Poketpun makin kosong.
Makin kering kontang...heh heh heh
Berniaga kena rancak semula.
Cari duit lebih utk penuhkan poket.


CDM Kept Jai, DDM Azlina Kepet pun hadir.
Tak ramai lagi, baru je mula majlis.
Nyannyian Go Go Go Holland kembali kedengaran.
Rasa macam lama tak nyanyi semangat begini.
Tahniah yg hadir.
Tahniah yg bawa org baru.


Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dlm pemikiran.
Berfikir boleh melakukan.
Fikirkan boleh.
Go Go Go Holland.



Jadi semua kena fikir boleh.
Semuanya bergantung kepada kita.
Semangat akan kita perolehi apabila kita hadir meeting selalu.
Ia nyawa business kita.
Nadi MLM.
Penggerak tenaga jiwa kita.
Jgn meremehkan kepentingan meeting.
Jgn pandang sebelah mata kepentingan menghadiri kelas.

DSM Nabihan atau Yan.
Menjadi MC malam tadi.
Wah...wajah dan wawancara dgn pensyarah muda ini keluar dlm majalah NONA yg terbaru.
kena beli ya.
Aku dah tengok. Jeles yuuu.
Makin yakin penampilannya.
Makin petah dan bijak berbicara.
Makin mantap aura sendalokanya.
Tahniah Yan.
Demikianlah AT 181 menggilap bintang2nya.
Jika anda ikut, pasti akan bersinar.


"Dari kaca menjadi permata, diangkat dijulang untuk mencipta kejayaan bersama2".

Kata2 aluan daripada CDM Julianah Munaf atau Yan.
Terus bersama2 berusaha untuk menjayakan rakan kongsinya dan meletakkan diri
sebagai pemimpin hebat akademi ini.
jatuh bangun dlm perniagaan ditangani dgn hikmah dan sabar, ujian yg datang silih berganti
menjadikan Yan pemimpin hebat yg kian disegani.
Tahniah utk CDM Yan.


Dari seorang tentera, mulanya hanya mencuba2, kemudian jatuh cinta
kepada AT 181, Langsung memberikan komitmen dan pengorbananya sehingga
dari seorang Kepten, akhirnya bertukar kerjaya menjadi usahawan dan mentor CDM bersama2 AT 181.
Tahniah kepada CDM Kept Jai dan isteri CDM Haryati.
Waaaa...malam tadi Jai buat ice breaking...cayalah.
Tabik spriiiiiinggg utk CDM Kepten Jai.


SM Norhasleney dari Putrajaya.
Aku terkedu mendengar dia sharing.
Ramai org macam dia tapi mlm tadi aku dengar sendiri pengakuan SM Norhasleney.katanya....

"Saya dulu anti MLM. Saya pembangkang paling kuat terhadap apa jua MLM.
Pada saya semua MLM ni nak menipu kelentong org je.
Saya juga pengikut dan penyokong setia semua blogger yg blognya anti MLM.
Tetapi saya silap besar.
Jika saya nak berjaya, saya mesti ikut org berjaya.
Jika saya mahu positif, saya kena rapat dgn org pasitif.
Terimakasihlah kepada DDM Azhar yg membuka mata dan hati
saya utk membetulkan semula
sikap dan pandangan saya terhadap MLM sehingga saya kini turut
serta bersama MLM ini.
Bimbinglah saya utk sama2 berjaya dlm akademi ini".

Tahniah SM Norhasleney.

Terharupun ada.
Sebenarnya ramai org seperti ini. Mungkin termasuk diri kita sendiri.
Kita mudah terpengaruh dgn perkara negatif.
Kita suka melihat yg buruk.
Kita menilai dr sisi hitam.
Kita melihat selapis.
Kita hanya melihat yg tersurat.
Yg tersirat kita buat ndak je.
kita mudah terpengaruh kepada yg gagal.
Kita terperangkap dgn kisah2 penipuan, kisah2 buruk, kegagalan, cerita2 rekaan dan
gossip yg tidak membina ke arah kemajuan dan kejayaan bangsa.

Masyarakat kita bukan masyarakat yg memberi sokongan kepada kejayaan bangsa sendiri.
Sebab itu kita suka melihat org gagal.
Kita suka melihat org jatuh terduduk.
kita bertepuk tangan melihat org bangkrap.
Kita juga cemburu melihat kejayaan org lain.
Kita jeles melihat org lain lebih dr kita.
Kita tidak mahu org lain lebih maju dr kita.
Kita mahu biarlah org lain sama level dgn kita.
Atau biar org lain kurang dr kita.



Kerana itu jugalah bomoh, pawang, tukang2 tilik, sihir, jampi mentera begitu berleluasa dlm masyrakat kita bertujuan utk merosakkan kejayaan org lain.
Banyak kedai makan ditutup kerana jampi bomoh org.
Banyak rumah tangga hancur kerana perbuatan jahat seumpama ini.
Banyak org tak boleh naik pangkat kerana disihir kawan sendiri.
Bnyak contoh2 lain yg terjadi dlm masyarakat kita.
Sapa yang khianat begitu?
Bangsa sendiri, sahabat sendiri, keluarga sendiri, jiran sendiri dan bla bla bla.

Kerana itu jugalah begitu banyak blog2 yg begitu tidak bertanggungjawab menghentam dan memburukkan
MLM sehingga berjaya mempengaruhi masyarakat utk membenci MLM.

Jika nak berjaya, bergurulah dgn org yg berjaya.
Jika nak dapat 8A, bertanyalah kepada pelajar yg mendapat 20A.
Jika nak berjaya dlm MLM, bergurulah dgn juara2 MLM.
Jika nak positif, bersahabatlah dgn org yg positif.
Jika nak baca blog, bacalah blog CDM Faridah AT 181.
Angkat bakul pikul sendiri?? eh ceh ceh ceh...
Apa salahnya, bukan dapat pingatpun.
Aku tulis pun berkongsi pengalaman je.
FOC lagi.
Perkongsian kisah suka duka aku jatuh bangun dlm business MLM.

SSM Danny Eku dari Putrajaya.
Asalnya org Sabah.
Sebelum ini juga sgt negatif kepada MLM kerana sering melihat pakciknya yg gagal dlm MLM.
tp untungnya SSM Danny kerana berjumpa dgn upline yg betul dlm Hai O.
Sekali lagi tahniah utk DDM Azhar kerana berjaya mengubah persepsi hitam Danny terhadap MLM kepada
sisi yg murni dan dalamnya falsafah indah yg tersirat di sebalik industri MLM.
Belajarlah, bergurulah, carilah ilmu agar kita berdiri di atas landasan keilmuan yg sentiasa bercahaya.
Ilmulah yg boleh menangkis segala gelapnya hati dan fikiran kita.

Cari ilmu, berusaha, bertindak, kekalkan semangat dan terus berdoa.
Bersama AT 181, tidak ada satu sebab pun yg boleh menyebabkan kita gagal kecuali diri kita sendiri.

DDM Azlina atau dikenali sebagai Kepet.
Tak taulak macam mana dia suka dgn gelaran tu.
Aku suka dengar perkongsian Kepet.

" Saya dulu kaki lepak kat kedai2 mamak, buang masa dgn kawan2.
Tak ada langsung matlamat hidup. Kadang2 sampai dua atau
tiga pagi baru balik rumah.
Tetapi kehidupan saya berubah selepas bersama AT 181.Saya ada
matlamat dan impian yg jelas utk dicapai.
Sekarang kalau kat kedai mamak pun, kerana saya berjumpa
prospek, berjumpa rakan kongsi
atau berjumpa upline dan mentor saya.
Syukur alhamdulillah, saya boleh beli Honda Accord baru dgn slip buat business ini hanya selepas 8 bulan saja saya join.
Saya dah pernah merasa pendapatan 5 angka sebulan.
saya nak buat saving banyak2 dgn duit business ini di samping membantu
rakan2 lain utk sama2 berjaya bersama AT 181."


DDM Azhar Hassan.
Tahniah, malam tadi dia menjadi juara kerana membawa seramai 7 orang rakan kongsi barunya.
Buat Hai O boleh kawin tanpa pinjaman bank atau hutang.
Lepas kawin, cadangnya nak honeymoon kat Langkawi je, tetapi dia mampu honeymoon dua tiket ke Paris bersama isterinya.
Dgn business ini juga dia dah memliki kereta Honda Accord baru.
Dah juga memilik rumah sendiri menggunakan slip income business ini.
Sekarang sedang fight ke Holland pulak. Wowww
Hebat...tak boleh jadi.
Aku kena tiru DDM Azhar. Sentiasa bawa org baru.

Penutup bicara...
CDM Kartini mengambil tempat. Katanya...
*WAB sedang hebat berjalan, ambillah peluang utk mengembangkan network dan business anda
dgn program hebat ini.
* Mulai Ahad 2 Okt nanti, Pragram Gagah Perkasa (PGP) utk lelaki2 akan
diadakan di TTC 2 mulai jam 10 pagi hingga 1 tengahri.
* Program WAB utk perempuan dan PGP akan berjalan serentak pada setiap Ahad.
* 25 Sept Ahad depan, diprsilakan semua warga AT 181 untuk menghadiri jamuan rumah terbuka
di rumahnya di Taman Bukit Kinrara.

Tahniah kepada semua yg hadir.
Tahniah yg bertugas, pasang laptop, jadi MC, buat ice breaking, sharing dan closing malam tadi.
Tahniah kepada semua org baru.
Welcome to AT 181.
Tahniah kepada CDM dan org lama yg sentiasa hadir utk memberikan
sokongan padu kepada
Akademi taipan 181.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.