Sunday, September 4, 2011

Ahli Baru

Nik Danish Khalis
Ahli baru dlm keluarga bonda.
Cucunya yg ke 43.
Anak saudara aku kiranya.
Ibunya Nik Norfaizah adik bongsu ku.
Ayahnya Nik Arif Sufian, adik ipar yg juga sepupuku.
Mereka berkahwin sepupu sebelah ibu.

Dilahirkan 24 ogos lalu.
5 hari sebelum raya.
Sempatlah Nik Danish Khalis beraya.
Sempatlah dapat duit raya.

Tapi ibunya tak sempatlah beraya.
Pantangnya macam2.
Tak boleh makan mcm2 benda.
Tajamla, sejukla, anginla....
Tak boleh banyak berjalan.
Tak boleh keluar rumah.
Tak boleh lasak.
Tak boleh melanggar pantang.
Kena banyak berurut.
kena banyak bertungku.
Kena berbarut.
Kena ikut macam2 pesanan org tua.
Untuk sihatkan badan.

Baru lahir.
Siang tidur, malampun tidur.
Tukar napkin, perut kenyang tidurlah dia.
Tak banyak ragam.
Tak banyak karenah lagi.

Gambar...ketika baru tiba di rumah ma
pada malam raya.
Semua excited menunggu ahli baru keluarga ini.
nak tengok Nik Danish Khalis.
Mama tok pun sama, excited dgn cucu baru.
Disuapnya air zam zam, garam dan gula.
Dari situlah timbulnya pepatah Melayu "terlebih dahulu makan garam".

Tak lama lagi ma dpt cicit pulak kerana cucu sulungnya sedang menanti anak pertama.
Sempatlah bergelar moyang dlm usia 73 tahun
Insyaallah.

Kelahirannya memang dinanti oleh ayah dan ibunya.
Penyeri rumahtangga.
Bertambah bahagia.
Bertambah cahaya dan serinya.
Bertambah aman dan makmur.
Bertambah rezekinya.
Bertambah juga tanggungjawabnya.
Didiklah dgn sempurna.
Berilah kasih sayang sepenuhnya.
Berilah ilmu utk bekalan hidupnya.
Arif Sufian
Selamat menjadi bapa.
Nak panggil apa?
Ayah?
Abah?
Papa?
Bapa?
Abi?
Baba?
Daddy?
Dadaa?
Abuya?
Masa raya tahun lepas masih berseorangan.
Tahun ni terus raya bertiga?
Wah hebatnya adik aku ni.
Mak, umi, mama, ibu, mummy, mek, amma,
Rasailah hebatnya menjadi seorang ibu.
Belajarlah menjadi ibu yg terbaik.
Berusahalah utk menjadi yg terbaik demi
Nik Danish Khalis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.