Thursday, September 8, 2011

Ayah Dan Ibuku

Ayah dan ibuku!
Terima kasih kerana telah melahirkan aku
Terima kasih kerana telah memberikan nama yg baik utkku
Terima kasih kerana telah mengaqiqahkan aku
Terima kasih kerana telah membelaiku sejak mula aku dilahirkan sehingga ke saat ini.
Ayah dan ibuku!
Berilah kasih sayangmu yg sejati.
Jgnlah pilih kasih dlm memberikan kasih sayangmu dgn anak2mu yg lain.
Jgnlah membezakan aku dgn abang, kakak atau adikku yg lain.
Jgnlah cuai dlm mendidikku.
Jgnlah leka dlm penjagaan anakmu.
Jgnlah mudah percaya pd org yg tak dikenali utk menjagaku.
Keselamatanku adalah tanggungjawab mu ayah dan ibuku.

Ayah dan ibuku!
Berilah aku didikan yg paling sempurna.
Lengkap diriku dgn keperluan hidup utk zamanku.
Berikan aku peluang untuk membuktikan kejayaanku.
Percayalah, aku mempunyai potensi besar yg mesti diasah dan digilap
bagi menyinarkannya.
Utk itu, berilah aku segala ruang utk aku menggilap potensi diriku.
Jgnlah merendah2kan aku. Jgnlah pula tidak percaya dan tidak yakin kepada anakmu ini.
Jgnlah memaksa aku menjadi seseorg yg tidak aku sukai.



Ayah dan ibuku!
Meskipun aku sgt lasak, nakal dan aktif, tetapi ketahuilah bahawa itu memang sifat
aku sebagai kanak2 yg sdg membesar.
oleh itu jgnlah aku dimarahi, ditengking, diherdik, dipukul, dirotan atau dibedal
kerana kenakalanku.
Beritahulah aku dgn baik dan penuh kasih sayang.
jika aku nakal sekalipun, jgnlah aku dihina atau diherdik sebagaimana
pernah berlaku kepada rakan2ku di sekolah.

Ayah dan ibuku!
Sediakanlah keperluan hidupku dgn sebaik2nya.
Sediakanlah kehidupan yg selesa utkku dan adik serta abangku.
Aku tahu, bahawa ayah dan ibu bekerja kuat untuk anak2mu.
Semua org mahukan  kehidupan yg selesa.
Aku mahukan kehidupan yg sempurna utk perkembangan dan pendidikanku.

Oleh itu, aku memahami bahawa aku akan sering ditinggalkan
ayah dan ibu keluar berniaga.
Aku takkan merengek bila engkau selalu keluar bekerja atau berniaga.
Aku takkan menangis jika sering engkau pulang lewat
kerana out station, meeting dan demo.
Aku faham bahawa engkau berdua sanggup berkorban segala2nya utk
kebahagiaan dan kejayaan kami semua.

Pergilah ayah dan ibu.
Pergilah bekerja.
Pergilah berniaga.
Pergilah membina businesmu.
Pergilah berjuang.
Jgn tewas ayahku.
Jgn mengalah ibuku.
Jgn putus asa ayahku.
Jgn kecewa ibuku, kiranya penghasilan hari ini tidak seperti yg ibu harapkan.
Maka teruskanlah berusaha.
Bukankah ibu selalu memberi semangat padaku, supaya aku terus bangkit tatkala aku sering jatuh ketika belajar bertatih dahulu?
Dgn semangat itulah, aku kini mampu berlari dgn laju sekali.
bila aku dewasa nanti, aku pasti akan mengikut semangat juangmu.
pasti...






Ayah dan ibuku!
Berilah didikan agama padaku.
jgn cuai ayahku.
Jgn leka ibuku.
Berikan aku asas akidah yg kukuh sebagai sandaran hidupku.
Al Quran wajib menjadi pegangan ku.
Solat itu tiang hidupku.
Ajarlah aku, sebatikan hidupku, suruhlah aku, terapkan dlm kehidupanku,
sehingga aku benar2 hidup bercahaya dgn Islam yg syumul.

Ayah dan ibuku!
Sewajarnya sediakan tabungan utk masa depanku.
Buatlah simpanan untuk hidup yg akan datang.
Aku tidak mengerti apa2 ayah.
Aku tidak memahami apa2 ibu.
Semuanya aku serahkan padamu.

Juga sediakan insuran utkku.
mana tahu...langit tidak selalunya cerah.
Suatu hari pasti akan tiba mendungnya.
malang tidak berbau ayahku.
Jika ada insurannya, hidup kita pasti lebih terjamin ibuku.
Ayah dan ibuku!
Berikan rezeki yg halal utkku.
Sediakan rezei yg berkat dan terjamin kebersihannya.
Aku tidak mahu membesar dgn rezeki yg haram ayahku.
Aku tidak mahu makan atau minum dgn rezeki yg syubahah wahai ibuku.
Oleh itu, jgnlah ayah dan ibu terlibat dgnnya walaupun sedikit.
Bekerjalah dgn ikhlas dan sabar.
Jgn menipu ayahku.
Jujurlah wahai ibuku.
Jgn mengkhianati dirimu ayahku.
Jgn melakukan kezaliman ibuku.
Kerana sesungguhnya itu bermakna engkau mengkhinati amanah terhadap zuriatmu ini.

Ayah dan ibuku!
Aku dilahirkan bagaikan sehelai kain putih ayahku.
Aku dilahirkan secara fitrah ibuku.
Aku dilahirkan dgn sangat suci dan bersih.
maka coraklah aku, warnailah aku dgn cahaya rabbani.
Hidupkan aku dgn cahaya Ilahi.
Aku mohon wahai ayah, aku pinta wahai ibu.
Jgn sekali2 engkau berdua cuai dgn hakikat ini.

Ayah dan ibuku!
Aku mahu menjadi anak yg baik.
Aku mahu menjadi anak yg berbakti utkmu.
Aku mahu menjaga ayah dan ibu apabila aku dewasa nanti.

Aku mahu menjadi manusia yg berilmu.
Aku mahu menjadi rakyat yg berjasa.
Aku mahu menguasai segala ilmu yg ada.
Aku mahu menjadi umat yg memberi kebaikan dan manfaat kepada
keluarga, bangsa dan negaraku.

Oleh itu wahai ayah dan ibu..
Tanamkan sifat2 berani, yakin, percaya, jujur, amanah, rajin, ikhlas,
kental, gigih, bersemangat, kuat, jiwa yg tabah kepada ku.
Berilah latihan dan pendedahan kepadaku untuk menjadi manusia yg hebat.
Berilah segala peluang utk aku agar aku tidak mengalah dgn apa jua
ujian dan cabaran dlm hidup ini.



Ayah dan ibuku!
Andainya aku tersilap langkah
Tegurlah aku dgn sifat lemah lembutmu
Nasihatilah aku dgn kasih sayangmu
Bimbinglah aku dgn hikmah dan sabarmu.

Jgn sekali2 menghukumku tanpa usul periksamu.
Jgn sekali2 aku dibiarkan dlm kegelapan.
Jgn sedetikpun aku dibiarkan tanpa bimbingan.
Jgn pula kecewa andainya aku gagal memenuhi cita2 dan harapanmu.

Teruslah memberi harapan kepadaku.
Teruslah menggarap harapanmu.
Berilah semangat dan motivasi utkku.
Agar aku terus berusaha untuk membuktikan kejayaanku, setakat yg aku mampu.



Ayahku
Sayangilah ibu sampai bila2.
Setialah kepadanya sehingga ke hujung nyawa ibu.
Hargailah pengorbanan ibu yg telah melahirkanku.
Dan memberikan zuriat utkmu.
Aku tahu ibu sgt banyak berkorban utk kebahagiaan keluarga kita.

Ibuku
Taatlah kepada ayahku yg juga suamimu.
Hormati dan setialah kepadanya sampai bila2.
Syurga ku di bawah telapak kakimu wahai ibu.
Tetapi syurgamua terletak di bawah kaki ayahku yg juga suamimu.

Aku tahu, pangkatmu lebih tinggi drpa ayah.
Pendapatanmu lebih besar drpd ayah.
Pendidikanmu lebih tinggi drpd ayah.
Tetapi tidak ada nilai itu semua andainya ibu tidak mentaati ayah.
Tidak ada nilai itu semua andai ibu sombong dgn ayah.
Tidak ada nilai itu semua andai ibu tidak menghormati ayah.
Ayah dan ibuku!
Sentiasalah mendoakanku.
Jgn lupa bersolat hajat utk kejayaanku.
Sebutlah namaku dlm doamu.
Perbanyakkan munajat dan doamu utk kami semua.
Kerana kemuliaanmu.
Kerana tingginya darjatmu di sisiNya.
Kerana doamu adalah doa yg paling mustajab di sisiNya.


Ayah dan ibuku!
Marilah kita bina keluarga yg bahagia.
Marilah kita jadikan kehidupan kita "rumahku syurgaku".
Aku mahu ayah dan ibu yg berbahagia.
Aku mahu keluarga yg benar2 bahagia.
Dan aku mahu kebahagiaan yg bersinar sehingga ke hujungnya.

Ayah dan ibuku!
Sedarlah bahawa hidupku engkau yg mencorakkannya.
Bagaimana aku nanti juga engkau yg akan mewarnainya.

Apa yg akan terjadi padaku nanti adalah hasil dr apa yg ayah ibu lakukan pada hari ini.
Pencapaian ku nanti berdasarkan keputusan yg engkau berdua lakukan hari ini.
Kejayaanmu adalah juga sumber ilham untuk ku.
Kehebatanmu hari ini akan mengalir dlm darah juangku nanti.
Harapanku padamu berdua menggunung tinggi.
Harapanku padamu seluas lautan tidak bertepi.

Ayah dan ibuku!
Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati anakmu.
Terima kasih kerana bersedia mendengar harapanku padamu.
Terima kasih kerana memahami hasrat hatiku.
Terima kasih kerana sentiasa mendengar rintihan anakmu.
Terima kasih kerana sentiasa berusaha menjadi ayah dan ibu yg terbaik utkku.


Ayah dan ibuku!
Terima kasih atas segala2nya.
Tak terbalas akan jasa dan baktimu.
Tak terbalas akan segala pengorbananmu.
Tak terbalas akan segala susah senangmu.

Ayah dan ibuku!
Aku sgt menyayangimu.
Aku sgt mengasihimu.
Aku sgt menghargaimu.
Dan aku berjanji untuk mengotakan segala janjiku padamu.

Salam.
Peluk cium daripada anakmu
Untuk ayah dan ibuku!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.