Saturday, September 10, 2011

Hulurkan Tangan Kita


"Bestnya jadi macam Kak faridah"
"Macam mana nak jadi mcm CDM Faridah?"
"Saya nak jadi sehebat CDM Faridah".
"Seronoknya kalau saya jadi Kak Faridah".
"Hebatnya CDM Faridah, macam mana nak jadi begitu?"

Itulah antara kata2 yg sering aku dengar.
Terutamanya setiap kali aku selesai bagi talk, bagi slot motivasi, bagi ceramah dan lain2.

Senang je.
Jika nak jadi macam CDM Faridah, ikutlah apa yg CDM Faridah buat.
Akupun ikut org hebat buat.
Akupun ikut org berjaya buat.
Akupun follow aoa yg dibuat oleh pemenang.
Akupun berlatih mengikut juara.
Akupun ikut CDM Kartini.
Ikut2an je.

Maka jika anda ingin menjadi seperti kami...
Hulurkan tangan untuk dibimbing
Hulurkan tangan untuk dipimpin.
Hulurkan tangan anda utk dibawa bersama kami.
Bersedialah utk dibantu
Bersedialah untuk berubah
Bersedialah utk mencipta kejayaan.
Bersedialah utk mengikut org2 yg berjaya.

Persiapkan diri kita.
Persiapkan fikiran kita.
Persiapkan mental kita.
Persiapkan masa kita.
Persiapkan komitmen kita.
Persiapkan pengorbanan kita.

Kerana tanpa itu semua, bermakna kita tidak bersedia utk dijayakan.
Ada org yg mahu berjaya, tetapi tidak mahu berkorban.
Ada org mahu berjaya, tetapi tidak mahu berjumpa apabila diajak berbincang.
Ada org yg mahu berjaya, tetapi sering memberikan alasan.
Ada org mahu hebat, tetapi sering saja berfikiran negatif.
Ada org mahu berjaya, tetapi masih bersikap bertangguh dan menunggu.
Ada org mahu berjaya, tetapi tidak sanggup utk memberikan komitmen.
Ada org mahu berjaya, tetapi tidak mahu mencari ilmu.
Ada org mahu berjaya, tetapi masih tidak bertindak.
Malahan langsung tidak mahu berbuat apa2, mana mungkin kita akan berjaya.

Ruginya kita.
Bersiap sedialah utk dibimbing dan dipimpin sepenuh.
Buatlah tindakan seperti yg dimaklumkn. Ikutlah apa yg pemimpin buat.
Belajarlah apa yg org berjaya telah lakukan.
Berikan masa utk kita berubah dan berjaya.
Rapatkan diri dgn mentor anda.
Sentiasa berdamping dgn mereka.
Carilah ilmu, datanglah kelas dan sesi pertemuan bagi mencipta agenda kemenangan kita.
Angkat telefon apabila leader anda membuat panggilan kepada anda.
Jawablah sms jika anda menerima sms pemimpin anda.

Selamat Maju Jaya
Selamat Berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.