Wednesday, October 19, 2011

Nasi Ulam

Restoran Nasi Ulam
Dimiliki usahawan muda Nik Lokman dan isterinya Nor.
Berasal dari Kelantan Darul Naim.
Masih muda lagi. Nik baru awal 30an dan Nor baru 27 tahun.
Terletak berhampiran Giant Bandar Kinrara.
Mereka juga mempunyai pelbagai business lain.

Tengah hari ni sepatutnya ada demo di USJ 6, tapi sampai sudah tak jadi laa pulak.
Biasalah tu.
Jadi atau tak jadi dah kalih rasanya. Sekejap jadi, lepas tu tak jadi, kemudian jadi balik.
Kita yg kena bersedia.
Biasanya jika appointment cancel, maka aku buat plan b
untuk mengisi masa yg ada.
tetapi hari ni tak sempat sebab dalam jam 3.30 petang nak bertolak ke utara.


En suami ajak aku makan Nasi Ulam.
Jom...
Antara restoran pilihan aku utk makan tengah hari.
Restorannya bersih, makanannya sedap dan harganya berpatutan.
Tuannya Nik dan Nor juga peramah.
Selalu senyum, menyapa pelanggan yg datang ke kedai makan mereka.

Lauk pauknya sedap.
Banyak pilihan. Semuanya...nyum nyum nyum menyelerakan.
Syukur, masih ada rezeki untuk tengah hari ini.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.