Monday, October 17, 2011

Ruang Aku Paling Suka

Bilik tidur dan ruang bekerja.
Menjadi ruang paling suka utk aku dan en suami.
menjadi ruang juga utk aktiviti keluarga spti solat berjemaah dan mengaji serta bersembang.
Masa beli rumah ni dulu, saiznya kecil je.
Tapi bila senang sikit, aku besarkan saiznya 7 kaki ke depan dan 10 kaki ke tepi.
Sangat lapang.
Syukurlah dgn rezeki kurniaan Allah SWT.
Ini ruang aku paling suka.
Paling banyak aku menghabiskan masa di rumah.
menjadi tempat berehat, mengaji, membaca, menulis blog, melayari internet, membuka emeil,
bersembang dgn anak2 pun di sini, bercerita dgn en suami pun di sini gak.

kami jarang lepak di ruang tamu walauoun ada tiga ruang.
Lebih selesa di sini.
kebersihan dan tutur aturnya sangat aku titikberatkan supaya sentiasa kemas dan bersih.
Selalunya selepas pulang dr berniaga, tak kiralah meeting ke, demo ke, berjumpa prospek ke,
berjumpa upline ke, service dwline ke...maka ruang ini adalah ruang paling suka
utk kami lepak.

Kami sekeluarga tak menonton TV. Sejak dulu aku kontrol TV.
Alhamdulillah, anak2 lebih senang dididik dan diajar apabila kita kontrol TV.
Jadi anak2 memang tak suka TV.
Mereka lebih banyak membaca, menulis dan melayari internet.
Internet lak, aku bagi hanya 2 jam sorang pada hari Ahad je.
Itupun selepas mereka habis tiusyen dgn cikgu Hisyam yg dtg ke rumah.

Jadi bila aku di rumah, anak2 akan datang berkumpul sekali di ruang ni.
Bersembang, berbual, buat homework, baca buku dan majalah,
bertanya, bercerita dan lain2.

Di bawah lak, ruang solat dan bercermin.
Di depan katil.
Selalunya kami sempat berjemaah utk maghrib, isyak dan subuh sahaja jika hari bekerja.
Zohor dan asar di tempat kerja dan di sekolah masing2.
Juga tempat mengaji.
Sekali sekala, en suami buat tazkirah keluarga utk anak2 slpas solat isyak.
Kejap ja pun, lebih kurang 20 minit je.
Tajuk2 basic utk ingatan anak2 seperti tajuk adab makan di meja makan, menghormati ibu bapa,
akhlak dgn kawan2, memuliakan org tua, menghormati guru, pendidikan seks, bab2 aurat, menjaga adab sopan,
berjimat cermat, menghormati tetamu,bab kebersihan dan lain2 topik mudah.
Kami rujuk buku Ustaz Ismail Kamus.
bagus jugalah untuk menerapkan pendidikan kepada anak2.
Malahan bagus juga utk kami sendiri sebagai ibu bapa.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.