Tuesday, October 25, 2011

Menghafaz

Selepas solat maghrib malam tadi.
Kami berjemaah di rumah je.
Selepas solat, tengok anak2 mengaji jap.
Mereka semua dah khatam tetapi aisyah minta tengokkan hafazannya.
Dia kena hafaz surah ar Rahman..wuh boleh tahan panjangnya.

Aku tengokkan bacaannya.
Banyak yg dia ingat, lancar kat mulut.
Cuma ada banyak gak ayat yg belum lancar bacaan ayatnya.
inilah yg bagusnya belajar di IISKD...aku memang sangat berpuas hati.
Program pengajiannya membuatkan anak2 meminati pengajian alQuran.
Tak perlu disuruh atau dipaksa.
Minat dan kecenderungan kepada AlQuran dipupuk dan ditanam kepada pelajar2nya.
Setiap hari mesti mengaji.
Setiap hari mesti menghafaz.
Mesti hari mesti semakin baik.
Setiap hari mesti semakin lancar.
Harap Aisyah menjadi anak yg soleh.
Irah dan Aisyah sangat beruntung berbanding aimi dan Adib.
Belajar di sekolah swasta yg serba kemudahannya.
menggunakan sistem OLevel dr Singapore.
Pagi2 aku hantar ke Palm spring Damansara.
Petang lak teksi datang ambik mereka untuk dibawa pulang.
Sekolah beraircond.
Satu kelas tak sampai 10 orang pelajarnya.
Serba selesa.

Bila aku tanya, nak tukar tak sekolah kat SK Bandar Kinrara?
"Tak nak tak nak"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.