Nor Aimi, anak sulungku.
Umur 20 tahun.
Masih belajar kat UITM Melaka.
Tinggal lagi satu semester.
Sekarang sedang bercuti.
Habis diploma nanti, nak sambung buat degree.
Merayu2 kat aku nak gi belajar kat Jepun, minat benar dgn negara matahari terbit tu.
resultnya memang tinggilaa. setiap semester dapat hampir 4 flat.
Setiap semester dapat anugerah dekan.Belajarnya tekun.
Pada hal masa sekolah rendah tak adalah pandai sangat.
Pencapaiannya sederhana.
UPSR pun dapat 3A je.
PMR pun dapat 5A je.
Katanya dia akan uruskan sendiri untuk memohon tempatnya di Jepun..
Aku kata paling jauh pun aku bagi kat Singapore je jika nak gi oversea.
Tapi nak gi gak.
Entahlaa...yg penting habiskan diplomanya dulu dlm Business Study.
Tak pernah bercita2 nak makan gaji.
Akupun dah sematkan awal2 dalam pemikiran Aimi, habis belajar nanti Aimi mesti
berniaga jika mahu hidup yg selesa.
Makan gaji hanya untuk mencari pengalaman.
Mulakan dari bawah.
Alhamdulillah tersemat dalam kepalanya.
Nak berniaga, nak buka business sendiri.
Nak cari duit banyak2. Nak kaya, nak banyak saving.
Nak jadi boss kepada diri sendiri.
Tak mahu ikut telunjuk orang.
dia memang sangat teruja dgn usahawan2 wanita atau lelaki Melayu yg berniaga
dan membina jenama produknya sendiri.
Antara selalu Aimi sebutkan nak jadi seperti mereka ialah
Dato' Sani yg popular dgn bas Sani Ekspress.
Dr Rozmey dgn produk kesihatannya.
En Kamaruzzaman dgn Al Jabbarnya.
Dato' Maznah hamid dgn Securiforcenya.
Dato' Haniza dgn minyaknya.
Tg Rozaidar dgn 1901nya.
Dato' Azlina dgn DCLnya.
CDM Faridah dgn AT181nya...he he he.
untuk merealisasikan impiannya, Aimi dah memulakan langkah.
Dia dah mula menyimpan modal.
Duitnya cermat, berbeza dgn Adib anak bujangku kat Cairo tu.
Setiap kali bercuti, dia bekerja untuk mengutip pengalaman.
Buat part time kat kedai2.
Cuti Semester lepas dia kerja kar Restoran Nasi Ulam.
Aimi dah nampak selok belok berniaga kedai makan.
macam mana nak beli bahan mentahnya, nak uruskan pekerjanya,
nak sedap resepinya, nak jaga customernya, nak uruskan kewangannya, nak jaga
identiti kedainya dan macam2.
Walaupun hanya sebulan lebih, Aimi dah dapat banyak gambaran tentang business
kedai makan.
Cuti ni lak, Aimi buat part time kat Seven E kat Bandar Kinrara ni.
Rajin aku tengok anak gadis aku ni. Sangat komited.Tak adalak segan macam org lain.
Kerja ikut shif.
Gajinya murah je, tetapi pengalamanlah yg paling mahal.
Sejam hanya RM4.50 sahaja.
Jika buat OT, dapat lebih sikit.
Tapi yg bagusnya, Aimi mendapat pengalaman.
Bagaimana nak kira stok.
Bagaimana nak susun barang.
Bagaimana jika berhadapan dgn rompakan.
Bagaimana jika ada kecurian.
Apa nak buat jika berlaku kebakaran.
Bagaimana uruskan kauter duit.
Bagaimana nak kira barang ketika stok sampai.
Apa perlu buat jika stok habis.
Berapa jualan sehari.
Berapa untung sehari.
Apa produk paling laris.
Pendeknya Aimi dapat tahu selok belok perniagaan runcit berkonsepkan
kedai 24 jam.
selepas habis diplomanya nanti, Aimi akan bercuti selama 6 bulan sebelum dapat
meneruskan pengajiannya.
Katanya nak cari kerja kat petrol pam lak.
Baguslah, nanti boleh buka petrol pam.
Sebagai ibu, aku mendoakan kejayaannya.
Muda2 ni cari pengalaman banyak2.
Lepas tu berusahalah yg terbaik untuk kejayaan seterusnya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.