PPK Kepala Batas
Isnin 18 Oktober
Jam 9 maalam
Perjumpaan dengan network CDM Hasmidar
Dah lama berniat nak berjumpa semua rakan kongsi di bawah CDM Hasmidar tapi baru kali ini berkesempatan. Aku jemput juga CDM Fitri tetapi dia tak dapat datang kerana ada demo.
Ramai juga yang hadir, hampir 50 orang dan kebanyakannya di bawah DDM Rizal. Namanya makin mewangi di Taipan Utara. Kelibat anak muda ini pasti akan kelihatan setiap hari Rabu jam 9 malam di Safira Club. Bermula setahun setengah yang lalu. Dulunya seorang pekerja kilang Sanyo di Seberang Jaya. Selama 13 tahun bekerja, gajinya cuma RM1335 dengan kenaikan tahunan sejumlah RM35 setahun.
Tetapi peluang yang diberikan melalui AT 181 digenggam erat. Hanya berbekalkan kemahuan untuk mengubah hidup, sekarang Rizal bukan lagi pekerja kilang. Gelaran "Aku budak kilang" telah ditinggalkan. Sudah memandu Toyota Wish, berpendapatan lima angka sudah dirasa, Tahun 2009, telah memiliki 2 buah rumah di Penang hasil perniagaan Hai O.
Kejayaan DDM Rizal sebagai "Budak Kilang" bersama AT 181 patut dijadikan contoh teladan oleh ramai anak2 muda di utara yang kebanyakannya bekerja kilang. Lihatlah gambar2 di dalam blog kali ini, hampir semuanya di bawah DDM Rizal kecuali lima enam orang di bawah DDM Baya.
Beliau begitu gigih dengan bermula dari bawah sebagai orang yang serba tak tahu. Dengan berbekalkan semangat yang meluap2 untuk mengubah kehidupan keluarga, DDM Rizal mendaki tangga demi tangga kejayaan. Sekarang sedang berusaha untuk melompat ke tangga CDM.
Suhaila yang juga isteri Rizal, yang sebelum ini merupakan pengusaha rempeyek secara kecil2an telah memberikan sepenuh sokongan kepada suaminya. dan kini turut sama bergelanggang di medan juang untuk menjayakan lebih ramai rakan kongsinya. Dia pun dah boleh buat closing sendiri. Tahniah Suhaila.
Aku budak kilang...DDM Rizal |
Suhaila..isteri DDM Rizal yang mula mengorak langkah berganding bahu bersama suaminya. Dulu buat rempeyek tapi sekarang tidak lagi. Sudah sepenuh masa bersama AT 181 |
Rancak...rancak...Walaupun pertama kali berjumpa mereka dlm perjumpaan kecil, namun semangat mahu belajar sungguh mengkagumkan |
CDM Dzul...tak banyak bercakap tetapi suka mendengar. Semua yang datang adalah dari networknya |
DDM Norbaya juga turun dari KL |
Jika fikirkan ragu2 fikiranmu tidak menentu |
"Aku pun budak kilang, tetapi aku juga mahu berjaya." Kebanyakannya dari High Tech Kulim |
DSM Azlan..pemandu lori JKR tetapi AT 181 sudah banyak mengubah dirinya. Sekarang sudah memandu Honda Civic PJM 7181. Tahniah Lan |
DSM Jeff..."Aku juga budak kilang" bersama networknya yang hampir semuanya budak kilang. "kami Boleh!!" |
Mereka bersemangat tetapi sangat kekurangan ilmu. Aku akan datang lagi jika mereka mahu. Yang penting mereka mahu berjaya |
Milik Pemandu lori JKR....DSM Lan |
Caldina Milik DSM Jeff...baru 5 bulan bersama AT 181. |
Tambah Wang, Tambah Kereta, Tambah Senang... Tak salah kan! |
Jarang2 dengar CDM Dzul bercakap... Boleh Tahan hebatnya.... |
DDM Norbaya sanggup turun padang dari KL dah 4 hari di Penang untuk menjayakan rakan kongsi |
Pelbagai soalan yang diajukan kepada ku sebaik sesi soal jawab dibuka. Banyak perkara asas yang mereka tidak tahu. Maklum semuanya masih baru. Selama 2 jam berkongsi ilmu, terasa begitu pantas masa berlalu. Mereka masih mengharap! "Tak cukuplah CDM, bila nak datang lagi buat kelas seperti ini?"
Akademi Taipan Utara mesti merangka program pengukuhan untuk mereka yang sudah join akademi ini. Business talk yang diadakan setiap Rabu tidak mencukupi. mereka sangat bersemangat untuk berjaya tetapi dengan pemantapan ilmu MLM, mereka pasti lebih berjaya. Apa pun tahniah kepada DDM Rizal dan DDM Baya yang sama2 menjayakan perjumpaan malam tadi.
Setelah minum, kami terus bertolak pulang ke KL. Berhenti solat di Gunung Semanggol, kami meneruskan perjalanan. Hebat....bersama Akademi Taipan semuanya jadi biasa. Benar sekali 'Alah bisa tegal biasa' Bertolak dari KL ke Utara jam 4.30 petang, sampai di Kepala Batas jam 8 malam. Sampai di sana bercakap hampir dua jam, kemudian terus bertolak pulang ke KL dan pada jam 6.45 pagi sampai di rumah. Selepas bersarapan dengan anak2, kami menghantar mereka ke sekolah di USJ 25.
terima kasih atas pengorbanan cdm faridah dan cdm dzul hadir untuk slot pengukuhan bersama taipan utara. semoga perjuangan ini berterusan......
ReplyDeleteSambil buat, cari ilmu, timba pengalaman dan harungi manis pahit suka duka sepanjang perjuangan ini. Tahniah Pak Lang..saya bangga dengan komitmen anda semua.
ReplyDeletedgn sokongan,,bantuan latihan ,bimbingan,,,itu lah yg menjadikan smua org bersemangat....terima kasih yg tak terhingga,,,,dari smua yg hadir (saya wakil),,,kpd cdm zul fauzilah dan cdm faridah,
ReplyDeleteTeruskan berusaha dengan gigih, sabarlah mencari kejayaan, jangan berputus asa dengan penolakan, nekad mendaki kemenangan, tunduk merendah diri walau di puncak...itu panduan menuju kejayaan yg lebih bermakna. Tahniah Lan
ReplyDeleteTAHNIAH DDM RIZAL DN PASANGAN! SERTA SEMUA NETWORK KALIAN. SAYA YG SUDAH BERGELAR CDM PUN TERUJA MEMBACA ARTIKEL INI. SAYA PUN MAHU TERUS BERJAYA DAN MENJAYAKAN YG MAHU BERJAYA! BG YG MASIH BERFIKIR2 DN RAGU2, BERTANYALAH PD DIRI SENDIRI "SIAPALAH DIRI INI TANPA SEBUAH KEMANISAN YG BERNAMA KEJAYAAN!"
ReplyDeleteTerus mngekalkn kjayaan sleps brada d puncak juga merupakn cabaran sengit. Semangat mesti lebih kental setelah kita berada di atas. Tahniah CDM, teruslah menimba ilmu, rapatlah dengan orang yang berjaya dan jangan berputus asa walaupun cabaran dan ujian silih berganti sepanjang perjuangan ini.
ReplyDelete