Ramai rakan kongsi yang hilang |
Waktu pagi begini, memang orang sangat ramai. Nak pula hari bekerja. Aku memerhatikan orang sekeliling. Dzul sibuk menatap akhbar harian. Setiap orang membawa wajah yang serius. Ada yang melihat jam tangan, ada yang memandang kosong, ada yang termenung, ada yang bersembang dengan kawan, ada yang membaca akhbar, ada yang merokok, ada yang memandang ke arah landasan LRT menanti kedatangan kren untuk membawa ke destinasi dan pelbagai watak manusia.
Aku mendekati seorang wanita dan berdiri di sebelahnya sementara menunggu LRT sampai. Wanita muda itu dengan pakaian formal berbaju kurung dengan hiasan dan penampilannya yang simple. Usianya dalam awal 30an. Dia berseorangan. Aku melemparkan senyuman kepadanya. Dia membalas senyumanku. Aku memberanikan diri bertanya
" Nak ke tempat kerja dik"?
" Ya kak, akak bekerja di KL ke"? Tanyanya pula
" Oh tidak, kami ada urusan lain. Adik bekerja di KL tu kat mana? Adik ni sapa nama?"Tanya ku lagi.
Dia menjawab, " Saya Jamilah, Pejabat saya di kawasan belakang Masjid India, Jalan Bonus Kak, biasa ke sana"?
Saya menjawab "Ooo Masjid India, dah lama di sana? Pejabat apa"?
"Saya bekerja dengan sebuah firma guaman, bukan peguam kak, kerani je, dah lapan tahun bekerja di situ"? Akak tak kerja ke hari ni? Atau bercuti?
" Tak kerja dah, dah lama berhenti". Jawabku sambil memandang tepat ke wajahnya.
"Habis akak buat apa sekarang? Macam mana cari duit? Atau akak buka business? Tentu lumayan kan!!. Saya ni tak ada kawan, nak cakap pun tak pandai, takut nak buat benda2 tu semua. Itulah, saya pun dah bosan sangat bekerja di situ. Tapi tak tahu apa nak buat yang lain". Dia bercerita tanpa diminta.
Saya cuba memancingnya. "Ya ada buat business kecil2an. Dulu kamipun bekerja juga. Tapi dah lama hidup pun macam tu, kami buat keputusan berhenti kerja. Kenapa Jamilah bekerja"?
"Nak cari duit la kak, duit tu nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak sekolahkan anak, nak bayar hutang yang tak pernah habis2, nak bagi pada mak ayah kat kampung lagi, nak bayar segala bil. huh! letih kak bila fikir semua tu?
" Cukup ke gaji? seronok gi kerja?" Saya bertanya Jamilah lagi.
"Ya Allah manalah cukup kak, setakat makan gaji tak adalah nak ada yang lebih. saki baki pun tak ada. Hutang pun banyak. Ini pun lagi nak keluar sorang lagi, tiga orang tak lama lagi," sambil memegang perutnya. "Yang dah ada dua orang." Jamilah bercerita tanpa saya pinta.
Mengandung rupanya, tak nampak pun gaya mengandung. Mungkin orangnya kecil molek, tambahan berbaju kurung pula. Detik hati saya.
" Tapi apa nak buat kak, terpaksalah juga. Pergi bekerja pun dah terpaksa, bukan suka pun. Dah malas sangat sebenarnya, hari2 mengadap benda yang sama je. Gaji naikpun bukan banyak, tapi terpaksa ikut Boss kata. Dah nak masuk 9 tahun di sana. Anak2 pun asyik bertukar pengasuh je apa lagi jika dapat baby sorang lagi ni. Suami suruh saya berhenti je. Katanya kita makanlah apa yang ada".
"Terfikir juga nak sambung belajar untuk tukar kerja, bolehlah naik gaji sikit tapi banyaklah haluan nak difikirkan. Nak tak nak, terpaksalah saya teruskan dengan apa yang ada".
Aku memancingnya lagi, "Alangkah seronoknya jika kita tak payah bersusah payah begini. Alangkah bagusnya jika kita dilahirkan sebagai orang kaya ya Jamilah".
Wajahnya yang agak serius nampak sedikit ceria dan berbunga bila ku sebut menjadi orang kaya. Dia menyampuk "syoknya kak kalau banyak duit kan! Apa yang terlintas di hati boleh dibeli".
Ketika itu juga LRT Ke KL sampai. Tak sempat nak mengambil nombor telefonnya, sekejap itu juga Jamilah hilang di celah2 orang ramai masuk ke dalam kren LRT. Pertemuan ringkas itu habis di situ. Tetapi fikiranku masih tak berhenti berfikir. Pemandangan biasa yang setiap hari akan anda lihat di mana2 stesen pengangkutan awam sama ada di stesen bas, kereta api atau komuter dan LRT. kebanyakannya nak ke tempat kerja. Apa yang aku perhatikan sebentar tadi ialah:
* Mereka yang bekerja makan gaji melakukaan perkara yang sama selama
bertahun2.
* Mereka bekerja dalam keadaan yang tidak seronok dan membosankan.
* Kehidupan mereka tidak berubah walaupun sudah lama bekerja
* Mereka bekerja untuk menyara hidup walaupun terpaksa melakukan perkara yang tidak mereka sukai.
* Kehidupan diteruskan kerana tiada pilihan
* Perniagaan tiada dalam benak fikiran mereka, mereka dikuasai perasaan takut dan lebih memikirkan kekurangan diri sendiri.
* Jika nak berubah, mereka hanya fikir mesti sambung belajar untuk naik
gaji.
* Gaji yang diterima hanya untuk bayar hutang kereta, rumah, makan dan
8 Tahun lalu letika masih baru bermula bersama Angie |
* Mereka masih mempunyai impian untuk menjadi kaya tetapi tak tahu
bagaimana caranya dan apa nak buat selain bekerja makan gaji.
Inilah peluang warga AT 181 untuk berkongsi dengan mereka. Hanya orang seperti kita yang pergi dan masuk segenap tempat berjumpa downline. Kita jugalah yang masuk ke kampung2 dan ceruk rantau berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan dengan sesiapa saja.Kitalah juga yang naik ke gedung2 tinggi berjumpa prospek. Kitalah yang naik bangunan2 tinggi menyebarkan peluang hebat memperkenalkan AT 181 di mata orang lain. Hanya orang seperti kita yang sanggup melakukan perkara yang orang biasa tak sanggup melakukannya.
Dan itulah jawapannya mengapa hidup kita berbeza dengan kehidupan Jamilah. Mengapa pendapatan kita berlebihan berbanding pendapatan Jamilah. Kita seronok buat perniagaan ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan perkara baru. Bimbingan untuk berjaya diberi percuma oleh mentor2 hebat.
Kita tak perlu bersesak naik LRT untuk ke tempat kerja. Tak perlu ikut cakap Boss. Kita adalah Boss kepada diri sendiri. Kita rajin dapat banyak, jika malas kita melepas. Kita tak stress macam Jamilah, kita gi meeting pun happy boleh menyanyi lagi. Ada peluang untuk bertambah senang dan boleh mempunyai banyak duit. Jika berbicara semuanya cerita yang 'success'. Kawan2 dalam AT 181 semuanya positif. Paling seronok boleh berjalan ke seluruh dunia termasuk mengerjakan umrah. Ini semua tidak berlaku dalam kehidupan Jamilah.
Hidup biasa boleh berubah menjadi luar biasa. Dulu susah sekarang senang. Tapi ingat kawan2, tak ada senang datang dengan senang. Buatlah bersungguh2 jika mahu berjaya. Jangan bersikap sambil lewa. Belajarlah menjadi lebih baik dan bergurulah dengan mentor2 hebat dalam AT 181. Salam untuk anda pagi ini. Adakah anda di stesen LRT seperti Jamilah? Boleh hubungi saya 016 2212181.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.