Friday, October 22, 2010

Samakah cara kita bekerja dengan jutawan ini?

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary                                                                             

          Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, orang ke tujuh terkaya di Malaysia dan ke 32 di Asia Tenggara. Kekayaan beliau ialah RM1,425 juta. Beliau mula berniaga ketika berusia 19 tahun sebagai penjual lembu dan kerbau di Kedah.
          Beliau memiliki saham di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Bernas, DRB-Hicom, Bank Muamalat dan syarikat besar yang lain. Kereta rasminya ialah Proton Perdana, kereta buatan Malaysia.

         Selain kekayaan, beliau dikenali kerana menubuhkan Yayasan al-Bukhary untuk memberi sumbangan sosial kepada masyarakat. Antara sumbangan yang lain ialah menubuhkan institusi pengajian untuk 3000 orang pelajar, menaja kelas tiusyen, membina Muzium Kesenian Islam dan menghantar jemaah haji Malaysia yang tidak mampu yang tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Mekah.

          Cara beliau bekerja sangat berbeza, seolah2 tidak ada hari esok. Ketika ditanya, kenapa orang Melayu tidak maju, beliau berkata "Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa dan agama. Tetapi ia berkait dengan sikap dan cara berfikir. Gigih, tekun dan tidak berputus asa merupakan kunci kejayaan. Tetapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir."

          Kejayaan pada Tan Sri Mokhtar al-Bukhary juga berbeza. Kata beliau, "Saya gembira jika dapat membantu, saya mahu orang lain juga merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya sendiri, apa yang saya dapat saya mesti beri kepada orang lain untuk turut sama merasainya. Jangan beri kurang, lebih tak apa. Itu yang membuat saya seronok."

          Kekayaan adalah impian semua orang. Sedikit pun tidak salah jika kita menjadi kaya raya sekalipun. Kekayaan yang sebenarnya bukanlah dari segi harta benda tetapi dari segi jiwa. Kekayaan jiwa akan membawa kebahagian.

"Golongan yang kaya sebenarnya bukanlah mereka yang kaya harta sebaliknya mereka yang kaya jiwa".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.