Ya Allah Ya TuhanKu
Di pagi nan hening ini
Aku menadah tangan memohon keampunanMu
Wahai Allah, sesungguhnya engkau mengetahui segala perbuatanku yang aku lakukan secara
rahsia dan perbuatanku secara terang2an.
Ya Allah, Engkau terimalah kealpaanku.
Dan Engkau maha mengetahui hajatku, maka kurniakanlah permintaanku.
Engkau maha mengetahui apa yang ada di dalam sanubariku, maka ampunilah dosaku.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepadamu iman yang kukuh di hatiku
dan keyakinan yang sebenar2nya sehingga aku mengetahui bahawa tidak
akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau tentukan untukku.
Engkaulaulah yang menolongku di dunia dan Engkaulah yang membantuku di akhirat.
Matikanlah aku di dalam Islam, di dalam iman dan sertakanlah aku bersama orang2 yang soleh.
Wahai Allah, janganlah Engkau tinggalkan pada aku di tempat yang mulia ini sebarang
dosapun melainkan Engkau mengampunkannya.
Jaanganlah Engkau biarkan kesedihan yang wujud di hati ini melainkan Engkau menghapuskannya.
Permudahkanlah urusan kami dan lapangkanlah dada kami.
terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan kami dengan amalan2 kebaikan.
Matikanlah kami di dalam iman, hidupkanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah kami bersama2
orang2 yang soleh.
Jauhilah kami dari mendapat kehinaan dan bala bencana. |
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.