Tengoklah semut berjalan.
Hanya pandang ke hadapan.
Tak pernah pandang ke belakang.
Terus ke depan.
Semut hanya serangga kecil.
tetapi semangat kesatuannya sangat tinggi.
Semut sentiasa sepakat dalam mencari rezeki.
Sisa makanan yang berat pun boleh dipikulnya untuk dinikmati bersama.
Tak pernah bergaduh atau cemburu antara satu sama lain.
Sentiasa sepakat.
Pakat rasa menjamah selera.
Sikit dibahagi sama sikit.
Banyak sama2 dirasa.
Tidak ada istilah berebut2 dalam mencari rezeki.
Tidak ada istilah kenyang sorang2 ketika makan.
Semut sangat rajin berusaha.
Tidak pernah berputus asa.
Hidupnya sentiasa berjalan dan bekerja untuk membina kehidupan.
Walaupun kecit, semut mampu membina sarangnya yang besar.
sebagai tempat perlindungannya sekeluarga.
Dibinanya sikit demi sedikit, lama2 menjadi bukit.
sehingga semut mampu membina istana untuk keluarganya.
Tidak ada istilah putus asa pada semut.
Kecewa dan mengalah jauh sekali.
Semut cukup sabar.
Semut juga mempunyai sifat berani yang luar biasa.
Dia sanggup masuk ke dalam bekas gula untuk mencari makanan kegemarannya
walaupun kemungkinan dia akan dibunuh memang ada.
Walaupaun ada istilah "Mati semut kerana gula"
tetapi hakikatnya semut tidak takut mati.
Sebab itu sampai hari ini semut tidak pernah mempedulikan kata2 lama itu.
Semut tetap mencari gula, mengerumuni gula, mengusung gula kerana itulah kesukaam hidup semut.
Mati itu negatif, jadi semut tidak mahu fikir negatif.
sebab itu semut tidak pernah ambil pusing dengan apa pun yang diperkatakan orang.
"Orang hanya boleh bagi pendapat, tetapi untuk hidup aku kena berusaha sendiri.".
Hidup semut bukan seperti ikan belaan atau kucing Parsi yang makannya dihidang, tidurnya ditatang dan kesihatannya dijaga oleh tuannya.
semut mesti berusaha sendiri.
menggunakan tulang dan keringatnya.
Jika tidak berusaha, mati kempunanlah semut.
Tidak pula semut cemburu dengan binatang lain yang lebih bertuah berbanding dirinya seperti
kucing Parsi atau anjing kesayangan tuannya.
Tak ada langsung niat di hati semut untuk cemburu kepada kebahagiaan orang lain.
Nak mengutuk, nak kata atau nak jampi bomoh kucing dan anjing.
Dia bahagia dengan ketentuan hidupnya sebagai semut.
Semut gembira dengan segala yang ada pada dirinya.
Dan semut menggunakan segala potensi dan kelebihannya untuk hidup senang mengikut caranya.
Semut hanya serangga kecil tetapi memberikan seribu pengajaran jika kita
rajin memerhati gelagat dan sifatnya.
Contohilah semut.
Kita tentulah lebih baik dan lebih hebat daripada semut malahan dari
segala makhluk yang lain sekalipun.
Kita umat yang terbaik.
Kita khalifah Allah.
Allah menciptakan manusia dengan seindah2 kejadian.
Salam, selamat berbahagian.
Renung dan fikirkan bersama2.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.