Salam.
sapa nak ke PWTC?
Japlagi nak keluar.
Dengan anak2 sekali.
Dengarnya semalam orang terlalu ramai.
Irah dan Aisyah tak kesekolah hari ini, semata2 nak ke Pesta Buku PWTC.
Bawa anak2 bersarapan dulu, lepas tu terus ke sana.
Aku sediakan budget untuk anak2 berdua tu RM300 seorang untuk memdapatkan apa saja buku
kegemaran mereka.
itulah gunanya banyak duit.
Nak mencari ilmu pun kena ada duit.
Nak makin hebat kena tambah ilmu.
Semuanya duit duit duit.
Aku ingat dulu semasa aku jadi cikgu.
Anak minta nak beli pensel warna pun aku suruh tunggu cukup bulan.
Anak nak beli buku aktiviti pun aku suruh tunggu cukup bulan.
Pada hal aku ni cikgu.
Anak minta beli buku cerita pun aku suruh tunggu cukup bulan.
Anak nak makan KFC atau McD pun aku cakap tunggu bulan.
Anak nak berjalan makan angin pun tunggu cukup bulan.
Ke mana? Setakat pusing2 KL je.
Aimi dan Adib merasa peritnya sebagai anak pemakan gaji yang serba tak selesa.
Syukurlah, sejak berniaga ini, kehidupan terlalu banyak bezanya.
Nak kata kaya tu tidaklah.
Tetapi cukup selesa.
serba ada.
Anak2 aku bagi tau je, memang hasrat mereka akan dapat.
Ya lah, buat pun untuk anak2.
Inilah kehidupan.
Siapa pandai ambik peluang dapatlah.
Siapa yang nampak peluang rezekilah.
Siapa yang dah dapat peluang, kemudian rebut peluang,kemudian berjaya, kemudian ambil keputusan untuk berenti kira dah tak ada rezeki lagi.
Aku teringat kata2 Tn Hj Hanim di melaka hari tu,
"Jangan kerana sedikit cabaran, terus meludah ke tempat kita mencari rezeki".
" Jangan sekali menjadi seperti lompat sikatak lompat,
setialah kepada syarikat"
Inilah yang banyak terjadi kepada rakan2 niaga ku sejak dulu sampai sekarang,
sedangkan di sinilah kita pernah berjaya, pernah menjadi orang hebat,
pernah mencipta kejayaan, kita pernah dijulang, kita pernah dinobatkan sebagai manusia yang hebat.
Jom...kita setia kepada Hai O.
Fokus kepada yang satu.
Bina kekuatan baru.
Bina semangat baru.
Buka buku baru.
yang berlalu tetap berlalu.
Yang berlalu menjadi pengajaran, bukannya menjadi bayang hitam
yang terus menerkam semangat juang kita.
Syarikat tak gawat, kita yang gawat.
Syarikat masih kekal bertahan, tetapi bagaimana dengan ketahanan kita?
Syarikat masih teguh, bagaimana dengan keteguhan kita?
Syarikat masih kuat, adakah kita juga masih kuat?
Syarikat tetap mantap, adakah kita semantap syarikat?
Sebenarnya kita yang tak tahan.
Selamat maju jaya.
Berjumpa anda pada hari selasa malam besok di TTC USJ 9.
Aku dah nak keluar, anak2 dah siap.
Dzul pun dah siap.
Aku siapakan business card.
mana tahu duduk belek buku, jumpa prospek dan stranger.
Macam dulu aku jumpa DDM Nurul Huda kat gerai jualan buku di Wisma Tani.
Aku bagi dia business card, kemudian ambil no telefon Nurul, kemudian aku gi jumpa dia.
Akhirnya dia menjadi rakan kongsiku yang sangat hebat. |
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.