Thursday, August 30, 2012

Semakin Ramai

Malam Anugerah
SM SSM
8 September 2012.
di Menara PGRM.

Jom orang KL
Jom orang Selangor
Jom orang Kedah
Jom orang Penang
Jom orang Perlis
Jom orang Perak
Jom orang Negeri Sembilan
Jom orang Melaka
Jom orang Johor
Jom orang Kelantan
Jom orang Trengganu
Jom orang Pahang
Jom orang Wilayah Putrajaya
Jom orang Labuan
Jom orang Sabah
Jom orang Sarawak
Jom orang Brunei
Jom orang Indonesia
Jom orang Nusantara


Datang ramai2.
Semakin ramai anda bawa prospek, semakin ramai lah yang akan bersemangat.
Semakin ramailah yang akan berniaga.
Semakin ramailah yang akan excited.
Semakin ramailah yang akan berusaha
Semakin ramailah yang akan buat.
Maka semakin besarlah network anda.
Semakin hebatlah group anda.
Semakin besarlah business anda.
Semakin banyaklah yg masyukkk
Semakin banyaklah bonus anda.
Semakin banyaklah yg dapat car fund.
Semakin ramailah yg boleh gi LOPA
Semakin ramailah yg layak ke UMRAH.
Semakin ramai lah yg akan naik CDM.
Semakin ramailah yg naik DDM
Semakin ramailah yang naik DSM.

Semua usaha di tangan kita.
Jadi jangan tangguh2 lagi.
Bawalah network anda seramai mungkin untuk hari anugerah ini.


Peluang Yang Dinanti.

Cerita tentang berniaga.
Sebab aku memang orang berniaga.

Semalam ada dua appointment.
Satu di USJ 9...kat restoran Muslim Al Munawarrah.
Port untuk orang2 Taipan.
Berjumpa CDM Hasmidar.

Lepas tu aku ke VIKL.
Dgn SSM Rohana.
Di sinilah tempatnya.
Di bengkel Kemahiran Hidup.
Dah banyak kali aku demo kat sini.
berkongsi dengan cikgu2 di VI.
Ada yg positif dan ada yang negatif.
Ada yg mahu, dah isi borang, isi borang bank untuk dana.
Kemudian dapat duit tak jadi pulak.
Macam tu lah.

Aku tak give up.
Buat apa nak give up.
Inilah tugas rutin aku.
Bantu rakan kongsi untuk berjaya.


Semalam datang lagi berdemo kat sini.
Jam dua petang sampai.
Dgn Nik...alhamdulillah sgt positif orangnya.
Dah lama bekerja, hidup tak berubah pun.
Mahu mencuba sesuatu yg baru, mana tahu boleh jadi rezeki untuk Nik dan anak2nya.
Dah lama Nik mencari peluang, tapi tak ada sesiapa yg datang berkongsi.
Alhamdulillah,bagai peluang jatuh ke riba.
Peluang yang dinanti.
Nik tak mahu tunggu lama.

Nik terus isi borang ahli.
Hari ni Nik siapkan dokumen.
Aku uruskan dgn BR.Tapi Nik kata dia mahu dgn BSN.
Insyaallah, Akademi taipan pasti akan membimbing Nik.
Akulah mentornya.
SSM Ana uplinenya.
harap positif berterusan.
jangan diracuni oleh anasir2 subersif.

Tuesday, August 28, 2012

Tahniah Aimi, Dana AEON Dah Lepas.

Tahniah Aimi.
Dah uruskan dana sendiri.
Alhamdulillah hari ni dah lepas satu dana dgn AEON Credit.
Semua dia buat sendiri.
Aku bagi tau je caranya.

Pagi2 tadi dia ambik Liza, bawa ke AEON Sunway Pyramid.
Alamak...kena gi RHB Bank la pulak sebab lupa Liza ambik bank statement.
Lalu berkejar ke Puchong Jaya untuk print out bank statement Liza.
Alhamdulillah, dapat.

Kemudian Aimi berkejar pulak dgn Liza ke Sunway Pyramis lagi sekali.
Alhamdulillah sekejap je, selesai.
Tunggu duit masuk je.
Lepas tu boleh gi stokis ambik barang untuk Liza.
Esok pun ada appointment dgn prospek Liza.
Tahniah Aimi.
Tahniah juga untuk Liza.
Tetapkan matlamat untuk mengubah hidup.
Peluang terbaik.

Minggu depan Aimi dah registre kat UiTM Shah Alam. Mulai sibuk la dia.
Tapi katanya nak buat juga.
Slow slow pun tak kisah, seminggu sekali nak gak hadir BOP.
tiga atau empat kali mesti gak buat demo untuk seminggu.

Tahniah Aimi.
 Buat part time sambil belajar pun boleh.
Yang penting mahu.
Prospek banyak tu kat UiTM Shah Alam. yg bekerja yg belajar semua nak pakai PB.
Rugi jika tak ambik peluang.

G10 15...Buat Saja

PB
G5
G10
G15
Buat saja.
Gomo; saja.
Strategi sudah tahu.
Bukan rahsia lagi.
Ilmu sudah ada, bukan tak tahu.
Upline mentorpun ada.
Buat jangan berhenti.
Benda remeh temeh jangan fikir.
Kecuali nak berniaga besar.
Jom...gempur.

Ngap Ratausan Sekali Masuk

Dah lama tak masuk Pizza Hut..
Malam tadi merasa dgn anak2.
"Mama jom kita gi  Pizza Hut" kata Aisyah.
"Jom , eee bestnya McD" kata Irah.
"Jom" kata Dzul.
"OK nak nak" kata Aimi.
Asyik nasi empit, nasi dagang, nasi beriani dan rendang je.

Lepas solat maghrib terus ke IOI Puchong Jaya.
Mak ooiii ramainya orang.
Penuh IOI, macam nak shopping raya.
Lalu membelasah dua biji piza.
Dan macam2 yang lain.
Sedapnya...ngap ratusan gaknya.
Irah suka Pizza.
Aisyah suka McD
Aimi suka Starbucks
Dzul suka semua.
Aku suka menemankan mereka
Aisyah tetap Aisyah.
Lepas makan Pizza, nak makan Popular pula.
Pada hal malam sebelumnya dah ke Pupular.
Mana boleh?
Dia tetap juara.
Maka tiga buah buku Geronimo Stilton, The Amazing Voyage berjaya dimilikinya.
Melengkapkan koleksinya sedia ada.
Setiap satunya berharga RM39.90.
Aisyah OOOO Aisyah.
Buku tetap menjadi pilihan dan makanan mindanya.
Mengalahkan Pizza, McD, KFC, Nandos, Papa John, starbucks atau apa saja.

Monday, August 27, 2012

Saya Suka...

Sedapla starbucks ni.
Original coffee...

Berjumpa Di Nilai.

Salam, selamat hari raya.
Dijemput dtg ke rumah Ahad 26/8/12 di alamat
175 Jln Jati 13,
Desa Jati Acasia Park, Putra nilai.
Bermula jam 1 ptg.
kehadiran anda mengeratkan ukwah.
INA.

Ringkas mesej daripada CDM Norzarina Ismail.
Jadi semalam, selepas beraya di rumah CDM Roshila terus menuju ke Nilai.
kami singgah solat asar di Petronas Nilai.
Takut terlewat solatnya.

Waktu kami sampai,
CDM Pah pun ada selain DDM Nik Hasni.
Alhamdulillah, seronok berjumpa.
Dah lama tak bersua.
Tak lama selepas tu CDM Kartini sekeluarga pula sampai.
macam2 hidangan dihidangkan.
Ada nasi beriani, ada soto dan meehoon sup.
Emmm sedap boleh tahan.
Ada puding, ada kek buah dan ada kek kukus.
Semua sedap.
Aku rasa semua.


Sambil makan kita bergambar.
Buat kenangan.
Bukan senang nak kumpul semua.
Bukan senang nak beraya bersama2.
Sebelum balik, snap dulu dgn orang hebat Nilai
DDM Nik Hasni.
Insyaallah, katanya nak datang BOP lepas habis musim raya ni.
Nak pulun meniaga semula.
Nak kaya semula.
Nak gerak semula.
Dgn PB katanya.

Akademi Taipan tetap menjadi pilihannya.
Tiada yg lain selain Akademi Taipan.
Aku senyum je.
Kenapa tidak, tiada yg sehebatnya ATM.
Dari dulu sampai bila2.
Tanyalah sesiapa jua.
Tanyalaah orang2 yg dah gi buat benda lainpun.
Tanyalah CDM2 lainpun.
Hai O tetap yg terbaik.



Meriah Beraya

Beraya lagi.
Semalam di rumah CDM Roshila dan CDM Zafrey.
Sakan meriahnya.

Dengan hidangan special.
Ayam masak lemak cili api.
Telur goreng
Ulam2an, sambal belacan.
Tahu goreng cicah sambal kicap
Tembikai.
Macam2 kuih raya.

CDM Kuyah sekeluarga
CDM Jai sekeluarga
CDM Hasmidar sekeluarga
CDM Kartini sekeluarga
CDM Yan sekeluarga
Angie sekeluarga
Dan kami sekeluarga.
Riuh rendah sekali
Meriah sakan.
Anak2 dan mak anak2 sama2 naik meriahnya.


Aisyah, Amna, Sofia, Dania dan Iskandar.
Huhhhh...sama2 bising dengan papa2 dan mama2.
macam2 cerita.
Macam2 karenah.
macam2 gelagat.
Snap snap snap
Buat kenangan.
Sambil makan kuih raya.
Terima kasih tuan rumah.
Lain kali jemput lagi.
Banyak makan ya...bertambah2 sedapnya.
Ada yg tak tahan pedasnya...masak lemak cili api.
Pandai CDM Roshila masak.

Mok Kuyah pun ada, kalut sekali dgn cerita2 menarik majlis meminang anak lelaki sulungnya.
Dan cerita2 nak kendurinya nanti.
Macam2 cadangan, macam2 idea, macam2 cerita tentang majlis kawin.
Dah mula bersiap siaga nampaknya Kuyah nak dapat menantu.
Kiranya menantu sulung kepada ATM.
Wow...sakanlah 181 berarak ke Kerteh nanti.
Gganu lawan Gganu.
Makan lagi.
Tambah lagi.
Bawa keluar lagi.
Selera lagi.
Bergambar ramai2, buat kenangan.
Terima kasih tuan rumah.
Terima kasih kepada yg datang.
Alhamdulillah, rezeki tuan rumah berganda2 hendaknya.


Jiran Lama

Alhamdulilllahh.
Agaknya dah 10 tahun tak berjumpa.
Sabtu lalu, aku sekeluarga ke Taman Muhibbah Kajang.
Seronoknya berjumpa jiran lama yg baik hati.
kak ziela dan suami serta anak2nya.

Dulu kami tinggal berjiran.
Waktu tu masih jadi cikgu mengajar kat sek men seri Indah Seri Serdang.
4 tahun tinggal di sini.
Berjiran lak dgn Kak Ziela dan Abang Hilmi.
Kini, Kak Ziela pun dah bercucu dari anak sulung dan anak keduanya.
Aimi dan Wani.
Wani anak ke3 (bongsu) Kak Ziela.
Masa tu Aimi baru mula sekolah rendah,
Belajar di SK Convent Kajang.
sekelas dgn Wani, anak Kak Ziela dan abg Hilmi.
Lepas tu kami berpindah lak ke Rawang.
Terputus hubungan.

Kami jarang berhubungan selepas itu.
Sekali sekala ada telefon untuk bertanya khabar.
Wani dah tamat diploma UiTM.
Aimi pun dah habis UiTM.
Wani dah kerja.
Aimi akan menyambung ke peringkat ijazah pula.

Perjalanan hidup.
Begitulah.
Begitu pantas masa beredar.
Anak2 semakin dewasa.
Kita semakin berusia.
Anak2 pula meningkat menjadi orang muda.
Ketika berjiran dgn Kak Ziela di Taman Muhibbah,
Irah baru dilahirkan 1998.
Kini Irah dah 14 tahun.
Kami tinggal di sana sekitar 1996 hingga 2000.

Kak Ziela memang jiran yg baik.
Waktu aku dalam pantang, dia juga yg tolong2 tengokkan Aimi dan Adib
yg juga masih kecil waktu itu.

Lepas sekolah, Aimi dan Wani sama2 buat homework di rumah mereka.
Makan minum pun di rumah Wani.
Gi sekolah pun, abag Hilmi yg hantarkan Aimi bersama Wani.
Emmm...dah semuanya jadi kenangan.

Ziarah Menziarahi

Tn Hj Abd Rased Omar.
Bapa saudara aku kat taman melawati.
Kami menziarahinya Jumaat lalu.
Satu2nya bapa saudara kat KL.
Adik bongsu aruah ayah.

Tiap2 tahun kami mesti datang.
Beraya sambil bawa anak2 mengenali kaum keluarga.
Datuk saudara dgn mereka.
Irah suka datang sini. Sebab ada banyak kucing.
Yed dan cik su suka kucing.
Irah tumpang sekejap main dgn kucing2 kat rumah pak saudara ni.
Aimi lak suka datang. Katanya ayah Yed sgt peramah.
Cik Su pun peramah orangnya.
Mudah mesra dgn anak2 saudara dan cucu saudara.
Macam2 cerita keluar.
Sambil makan sambil bercerita.
Aisyah suka datang rumah ayah Yed.
Katanya "Ooooo rumah yg bersih tu"
"Jom kita gi beraya".

Pada aku paling penting, anak2 kenal saudara mara mereka.
Menonton dan terperap depan TV, bukan amalan kami setiap kali musim raya.
Malahan kami tak tau apa pun tentang rancangan TV sepanjang musim raya.

Ziarah menziarahi, bersalaman2, bermaaf-maafan, beramah mesra dan kunjung mengunjung
adalah yg paling dituntut sepanjang musim perayaan.

Sunday, August 26, 2012

Silakan Datang!!!!

Open hose!
Rumah terbuka!
Opsss....datang je bila2 masa.
SENTIASA DIBUKA DAN TERBUKA!!!
Datang2 personal lebih special.
Banyak perkara boleh bercakap dan bersembang.

Rumah kami sentiasa terbuka.
Boleh datang pada bila2 masa.
Satu je syaratnya...
Syarat kena call/SMS/PM dulu.
016 2212181
Jemputlah datang.
Sahabat2 Taipan.
Sahabat2 lama bekas Taipan.
Sama ada yg masih dgn biz ini atau sudah beralih arah ke MLM lain.
Sahabat2 lama yg berkubu di stokis lain.
Dulu dgn NG.
Sahabat2 lama kat Bangi...gebuz atau tak gebuz.
Jangan segan jangan silu.
Aku tetap menghargai silaturrahim.
Biarlah berpanjangan sehingga bila2.

Anak2 didik waktu jadi cikgu dulu.
Sahabat2 di sekolah yg sama2 berjuang di sekolaha dulu.

Saudara mara.
Adikberadik pastinya.
Call je 016 2212181.

Sunyi

Rasa dah semakin sunyi rumah ni.
Adib dah pergi.
Jauh di Cairo.
Walaupun hampir setiap hari aku chat dengannya.
Dua minggu lagi examnya habis.
Adib cuti lagi.
Ikut hati, kami nak dia pulang lagi.
Tapi dia sibuk dgn pengajian AlQurannya.
belum tau lagi.
Tengok keadaan katanya.

Aimi lak 8 Sept ni akan  mulai sibuk dgn pengajian ijazahnya di UiTM Shah Alam.
Tinggal di hostel.
Jika ikut hati aku, nak je minta Aimi tinggal di rumah.
Berulang je lah dgn Myvi atau Viva.
Bukan jauh sangat.
Tapi Aimi kata jika duk rumah, susah nak fokus pada pengajian.
Banyak gangguan.


Tinggal Irah dan Aisyah je.
Esok dah mula sekolah.
mereka lak semakin membesar.
Ke manapun kami pergi dah tak berapa nak ikut dah.
Aisyah dengnan dunia bukunya.
Aisyah seharianpun dengan dunia dia.
Dunia buku.
Setiap masa dengan buku.
Dengan alam fantasinya sendiri.
dengan dunianya sendiri.
Dia takkan layan sesiapapun jika dia dah syok dengan bukunya.
Dia rela tak makan minum bila buku ada di tangannya.
Dia hilang masa sedarnya jika dia syok melayan alam fantasi bukunya.

Begini rasanya apabila anak2 semakin dewasa dan remaja.
Sunyi bertandang ke dalam diri.
Tapi syukurlah.
Aku menyibukkan diri dengan ATM.
Juga menyibukan diri dengan aktivitiku sendiri.
Rakan2 ATM, rakan kongsi, dwline dan warga Taipan di sana sini.
Juga kelas pengajian, rakan2 usrah, dan aktiviti2 lain.

Orang Kucing

Orang kucing
Geng kucing
Klik kucing
Suka kucing
Minat kucing
Sayang kucing
Inipun orang kucing
Rimas aku tengok.
Irah boleh peluk kucing, dukong kucing, mandikan kucing, uruskan segala hal kucing,
gi shopping barang2 kucing, gi klinik kucing, jumpa doktor kucing,beli baju kucing....
adush....betul2 orang kucing.

Ustaz kucing
Bomoh kucing
Doktor kucing
Misi kucing
Tidur dgn kucing
Makan dg kucing
Bersembang dgn kucing
Bercerita pasal kucing
Apapun jika pasal kucing, mereka suka.

Friday, August 24, 2012

Buat Homework

Pagi ni seharian temankan Aisyah buat homeworknya.
Tengok buku2nya.
Dah nak buka sekolah.
raya pun dah habis, tinggal pun untuk memenuhi jemputan open house je.
Demo pun belum ada.
Tetamupun tak ada hari ni.

Koleksi Jam

Banyaknya jam.
Sapa punya?

Ini sebahagian saja.
Sebahagiannya aku punya, sebahagian lagi Dzul punya.
Kami memang suka buat koleksi jam tangan.
Ada yang beli dan ada hadiah pemberian kawan2.
Dah lama tak pakai.
Ini semua kena tukar bateri.
Asyik tak sempat je.
Semalam bawa semua sekali kat kedai jam, tukar baterinya.
Satu bateri RM15.
Mak oiii...RM260 gak yg habis.



Meraikan Sahabat Lama

Dr Fadzillah dan En Rosli sekeluarga.
Dari Sungai Merab Bangi.
sahabat lama kami.

Terima kasih sudi datang berkunjung raya dua hari lepas.
Seronoknya dapat berjumpa.
Anak2nya seramai tiga orang pun dah hampir dewasa.
yg sulung sedang menuntut bidang kedoktoran di Mesir juga.
Dah besar Amir.
Tahniah...seronok tengok kawan2 dan keluarga yg bahagia dan berjaya.
Kami mula kenal di SMK Seri Indah Seri Serdang.
Waktu tu memang rapat. Dia seorang guru yang rajin dan komited.
Kemudian aku berpindah ke Rawang
Tika itulah kami terputus hubungan.
Tup tup aku dengar Dillah melanjutkan pengajian PhD ke UK.
langsung terputus.

Tetapi alhamdulillah, tahun 2011, aku berjumpa Dillah kembali.
Sekarang bertugas di UPM.
Pernah sekali menziarahi banglownya yang sangat cantik di Sungai Merab.
Emmm memang terpesona.
Aku sediakan spegetti, nasi empit kuah kacang dan fruits coctail
untuk dihidang pada Dillah sekeluarga.
Sambil makan sambil bersembang.
Berkongsi cerita, berkongsi pengalaman dan berkongsi bahagia.


Insyaallah, semoga hubungan dan silaturrahim ini berpanjangan.
Semoga Dr Dillah terus sihat dan suksess dalam kerjayanya.
Dan selamat maju jaya kepada anak2nya.
Insyaallah, nanti bolehla aku lak berkunjung ke teratak cantiknya.
Suka tengok.

CDM Kartini juga kenal Dr Fadzillah.
Kami sama2 berkenalan di SMK Seri Indah.



Pesanan2 Anakanda Mohd Adib

Mohd Adib Dzulfauzilah.
Pulang  ke KL bersendirian dan perginya juga bersendirian
Dah selamat berangkat pulang ke Cairo pagi semalam.
Pulangnya kali ini terlalu singkat.
Hanya 13 hari cuma, sekadar untuk menyambut raya puasa bersama keluarga.
Malahan tak sempat pun pulang ke Kelantan.
Memang kesuntukan masa.
Tahun 2011, Adib pulang hampir dua bulan.

Tambahan pula dia sibuk dengan persediaan untuk peperiksaannya 24 Ogos ini.
Esoklah, kesian Adib.
Balik pun hanya kerana aku minta dia balik.
Balik pun hati terkenangkan exam.
Tak apalah, sekurang2nya terlerai juga rindu kami pada Adib.
Adib dapat extra sehari untuk terus bersama kami. Rezeki gak la.
Dia bermati2an memaklumkan penerbangan pulangnya pada pagi raya ke3.
Aku ingat hari Selasala.

Rupa2nya tarikh sebenar ialah 22 Ogos. Rabulah, tu.
Ohhh raya ke4, bukan raya ke3.
Nasib baik dapat extra raya satu hari lagi.
Jam 7 pagi semalam kami dah keluar dari Kinrara.
Alhamdulillah, jalan masih lengang.
Jam 7.50 kami tiba di KLIA.
Adib terus check in di kaunter M.

Aisyah tak lengang dgn abang.
Tak mau berpisah katanya.

Aimi, Irah dan Aisyah juga sedih, terlalu singkat masa bersama Adib.
Belum puas bercerita, belum puas bersembang2, belum puas makan bersama2,
 belum puas solat berjemaah yang abang imamkan, belum puas ngaji bersama2,
belum puas berhari raya bersama2
tetapi abang dah nak pergi.
Emmmm semua sedih.

Hari ni, semua moyot kat meja makan, tempat duduk abang kosong.
"Selalunya abang dok kat kerusi tu sewaktu makan sekeluarga."
Kata Irah.
Baru sehari Adib pergi, kerinduan sudah menyesak ke dada.
Teringat kat anak lelaki.
Tak tahan, bergenang air mata kalau dilayan perasaan ini.

Adib anak yg baik, cakapnya lemah lembut, dia sentiasa tersenyum.
Tak pernah mengeluh atau merungut, walau dalam keadaan sukar.
Jika dimarahi pun dia masih senyum.
Aku dan Dzul serta adik2 suka kalau dia ada.
Apapun yg aku minta tolong, pasti dia akan melaksanakannya dengan amat patuh.
Rajin pula ke dapur.
Pandai memasak. Ringan tulang.
Mengajipun sedap, jadi imampun boleh tahan.

Makannya sentiasa berselera sejak dari kecil.
Pulang kali ini, macam2 aku masakkan untuk dia penuhi hajat dan seleranya.
Kat sana mana jumpa makanan Malaysia sangat.
Kalau ada pun tak sedap, katanya
Badannya memang sangat bersemangat.
Dari dulu. Barangkali ikut aruah pakciknya, adik lelaki Dzul bernama Dzulkifli, dah meninggal dunia
6 tahun lalu ketika berusia 40 tahun.

Dzul pun nampak sedih waktu Adib nak berangkat pergi.
Yalah, anak lelaki sorang je, duk jauh pulak.
Jumpanya hanya setahun sekali.
Hati mana yg tak teringat.
Hati mana yg tak rindu.
Adib banyak meninggalkan pesanan untuk mama, abah, kak Aimi dan adik2nya.
Macam2 yang dipesannya.
Alhamdulillah, semua pesanan yg baik-baik.

Pesanannya pada Kak Aimi...
"Kejayaan kakak dgn cemerlang untuk diploma serta dapat
menyambung degree memberi semangat pada Adib.
Tahniah kak,  Adib akan berusaha jadi macam kakak juga.
Kakak belajar rajin2 tau, Adib juga sentiasa ingat pesan kakak pada Adib."

Untuk Irah..sentiasa jaga aurat, simpanlah kecantikan Irah hanya untuk suami, bukan untuk orang lain"
Rajin tolong mama tau"


Paling banyak dia sebut pada aku...
"Mama mesti banyakkan doa untuk anak2 mama."
"Kejayaan anak2 mama banyak sangat bergantung kepada doa mama",
kerana Allah memilih dan menjadikan ibu sebegitu istimewa lantaran pengorbanannya,
maka doa ibu tidak akan ditolak.
Doa ibu akan pasti dimakbulkan.
"Jangan sekali2 lupa doakan Adib, kakak, irah dan Aisyah."
"Adib juga sentiasa doakan mama dan abah".

Pesanan itu begitu tersemat di fikiranku.
Ya pasti mama doakan Adib dan anak2 mama yg lain.
Semoga berjaya dunia dan akhirat anakku.
Adib masuk jam 9.20 pagi selepas kami bersarapan di McD.
Berat rasa hati, tetapi aku tiada pilihan.
Demi perjuangannya yg masih panjang.

Penerbangannya dgn Qatar Airline menuju ke Doha mengambil masa 9 jam(kalau tak silap)
Kemudia Adib akan transit di Doha selama 4 jam
sebelum ke Cairo dgn Egipt Air yang mengambil masa 4 jam pula.


Kami di ruang atas, Adib di ruang pemeriksaan imegresen.
Baru turun eskulator.
Dia juga tentu sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang.
Masih memberikan senyumannya untuk kami.
Memandang kami kali terakhir sebelum ke kaunter imegresen.
Selamat jalan Adib.
Selamat maju jaya.
Jaga akhlak sentiasa.
Belajar rajin2 tentunya.
Habiskn pengajian dengan jaya dan cemerlang.
Jadilah ustaz dan ilmuan sebagaimana yg diimpikannya.

Hari ni kami sekeluarga ternanti2 berita daripada Adib.
Alhamdulillah, sebelum entry ini aku siapkan,
Aku mendapat mesej melalui inbox...

"Salam mama...Adib alhamdulillah dah slmt smpi kat Cairo.
Mama dah sihat drpd dmam?
Skjp btul masa berlalu.
Rindu msh lg x hilang.
Abah sihat juga?

Mama tlg doakan Adib supaya dpt jwb priksa yer...keadaan dsana ok?
Mama jge diri baik2 yer.
Salam peluk cium rindu drpd anakanda di sini untuk smua.
Mintak maaf banyak kalau Adib bnyk buat salah dgn
mama dan abah, k.Aimi, Irah dan Aisyah... :-) :-
D