Jam 7 pagi semalam kami dah keluar dari Kinrara. Alhamdulillah, jalan masih lengang. Jam 7.50 kami tiba di KLIA. Adib terus check in di kaunter M. Aisyah tak lengang dgn abang. Tak mau berpisah katanya. |
Dzul pun nampak sedih waktu Adib nak berangkat pergi. Yalah, anak lelaki sorang je, duk jauh pulak. Jumpanya hanya setahun sekali. Hati mana yg tak teringat. Hati mana yg tak rindu. |
Kami di ruang atas, Adib di ruang pemeriksaan imegresen. Baru turun eskulator. Dia juga tentu sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang. |
Masih memberikan senyumannya untuk kami. Memandang kami kali terakhir sebelum ke kaunter imegresen. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.