Monday, August 27, 2012

Jiran Lama

Alhamdulilllahh.
Agaknya dah 10 tahun tak berjumpa.
Sabtu lalu, aku sekeluarga ke Taman Muhibbah Kajang.
Seronoknya berjumpa jiran lama yg baik hati.
kak ziela dan suami serta anak2nya.

Dulu kami tinggal berjiran.
Waktu tu masih jadi cikgu mengajar kat sek men seri Indah Seri Serdang.
4 tahun tinggal di sini.
Berjiran lak dgn Kak Ziela dan Abang Hilmi.
Kini, Kak Ziela pun dah bercucu dari anak sulung dan anak keduanya.
Aimi dan Wani.
Wani anak ke3 (bongsu) Kak Ziela.
Masa tu Aimi baru mula sekolah rendah,
Belajar di SK Convent Kajang.
sekelas dgn Wani, anak Kak Ziela dan abg Hilmi.
Lepas tu kami berpindah lak ke Rawang.
Terputus hubungan.

Kami jarang berhubungan selepas itu.
Sekali sekala ada telefon untuk bertanya khabar.
Wani dah tamat diploma UiTM.
Aimi pun dah habis UiTM.
Wani dah kerja.
Aimi akan menyambung ke peringkat ijazah pula.

Perjalanan hidup.
Begitulah.
Begitu pantas masa beredar.
Anak2 semakin dewasa.
Kita semakin berusia.
Anak2 pula meningkat menjadi orang muda.
Ketika berjiran dgn Kak Ziela di Taman Muhibbah,
Irah baru dilahirkan 1998.
Kini Irah dah 14 tahun.
Kami tinggal di sana sekitar 1996 hingga 2000.

Kak Ziela memang jiran yg baik.
Waktu aku dalam pantang, dia juga yg tolong2 tengokkan Aimi dan Adib
yg juga masih kecil waktu itu.

Lepas sekolah, Aimi dan Wani sama2 buat homework di rumah mereka.
Makan minum pun di rumah Wani.
Gi sekolah pun, abag Hilmi yg hantarkan Aimi bersama Wani.
Emmm...dah semuanya jadi kenangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.