Saturday, August 18, 2012

Sayu Dan Hiba Beraya Di KL

Salam.
Ramadan bakal berlalu pergi.
Syawal bakal menjelma.
Di saat2 begini, terasa sedih juga kerana tak dapat beraya bersama bonda, bonda mertua, adik beradik,
dan sanak saudara di kampung ku di Tanah Merah Kelantan.

Kali pertama beraya di sini.
kali pertama beraya di negeri orang.
Walaupun aku sudah berkeluarga, tetapi tetap terasa sedih.
Kemeriahan di kampung pasti berbeza.
Sayu dan hiba sekali.

Tak apalah, semoga Allah menggantikan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.
Insyaallah,plannya seminggu lepas raya nanti nak pulang ke sana.
Masih Syawal lagi.

Apapun aku tetap bersyukur.
Masih berkesempatan beraya bersama suami dan anak2 di rumah kami di Kinrara.

Keadaan memaksa.
Adib akan berangkat pulang ke Cairo, pada jam 8 pagi raya ke3.
Kami banyak memerlukan masa untuknya.
Mempersiapkan keperluannya.
Juga memikirkan dia sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan akhirnya pada 24 Ogos nanti di Cairo.
Fikiran dan hatinya pun banyak bertumpa kepada peperiksaan.
Adib lebih terasa, kerana tak sempat pun pulang ke Kelantan
untuk berjumpa mama tok dan Wan serta bapa/mak saudaranya.


Kebetulan pulak Merc WST 181 kena overhall.
Semalam Millenium siapkan, tapi bukan sepenuhnya.
Hanya untuk kegunaan sekitar raya dua tiga hari sahaja.
Nak bergerak jauh, tidak digalakkan.
Sekitar KL bolehlah.
Lepas raya kena hantar balik ke Millenium untuk sudahkan sepenuhnya.


Kepada bonda Hjh Nik Kalthum,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon ampun maaf dari anakanda.
Kali pertama beraya tanpa bonda, sayu hati kian terasa.
Tak dapat pula menziarahi kubur aruah ayahanda.
Dari jauh doa dipanjatkan.
Semoga aruah ayahanda sejahtera di sana.

Kepada abang2, adik2, anak saudara dan kaum keluarga di Kelantan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada  kami sekeluarga.
Maaf tak dapat bersama meraikan hari bahagia.
Insyaallah, ada ruang dan kesempatan, kita akan berjumpa lagi.

Kepada semua warga ATM di mana jua anda berada,
Juga kepada semua sahabat handai, anak2 didik sewaktu bergelar guru dahulu, kenalan baru dan lama,
jiran tetangga yg mengenali kami....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

Mana yg ada di KL, silalah ke rumah kami pada raya pertama.
Sampai jam 1 tengahri saja, sebab lepas tu nak bertolak ke Kuala Pilah.
untuk menziarahi kaum keluarga Dzul di sana.
(Aruah ayahnya berasal di sana).
Jika nak datang atau tak jumpa rumah, boleh call dulu 016 2212181.
Macam2 menu ada semuanya hasil air tangan CDM Faridah.
Wow...nasi beriayani, nasi dagang, spagetti, satay special, puding, rendang, pulut dan sebagainya.
Jommmm...jangan segan2 ya.
Duit raya semestinya!!!!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.