Monday, August 13, 2012

Membeli Kelengkapan Untuk Adib

Salam Ramadan.
Hari ni dah 24 Ramadan.
Besok 25 Ramadan.
Fokus kini kepada LailatulQadar.
Semoga dipertemukan dgn kelebihan beribadah untuk selama 83 tahun.

Semalam, pagi2kami dah keluar ke Shah Alam.
Semuanya untuk membeli kelengkapan anak bujang kami, Mohd Adib.
Mula2 ke Seksyen 18, Kedai Optik Vision 2020
untuk buat spect baru Adib.
Powernya bertambah, silaunya juga bertambah.
Banyak naiknya.
Kena buat spect baru.
Dah cuba, dah pilih,dah setuju...alih2 dia kata seminggu lepas raya baru boleh siap
sebab power dan silau Adib tinggi.
Dia kena ambik masa lama.
Sedangkan raya ke 3 Adib dah nak berangkat ke Cairo.

Keluarga rabun.
Semua anak2 aku pakai spect.
Kami pun pakai spect.
Adik beradik aku 11 orang semua pakai spect.
Anak2 sedara 43 orang tak termasuk yg belum bersekolah, semua berspect.
Entah apa kenanya, semua berkaca mata.
Zat apa yg tak cukup ya.
Kedua2 kedai optik yang kami singgah, tak boleh siapkan spect Adib sebelum raya.
Semua kena siapkan kepas raya.
Emmm...cam ne tu? Mana nak gi kedai lain?

Adib juga dah berspect sejak darjah 6.
Ami lak darjah 5.
Irah darjah 3 dah mula berspect. Aisyah darjah tiga berspect.
Aku lak masa darjah dua dah menggunakan spect.
Kemudian kami singgah ke PKNS Shah Alam, niatnya nak mencari sampin Adib.
Mak oooiii. ramainya manusia.
Semua kedai penuh dengan manusia.

Adib beli sampin, kain pelikat dua tiga helai, songkok, baju Melayu, butang baju Melayu.
Boleh tahan harganya...tak ada yang murah nampaknya.
Butik Asas di PKNS, selalu menjadi pilihan kami untuk baju Melayu.
Jahitannya sangat bagus, harganya berpatutan.
Memang berbaloi.
PKNS sentiasa menjadi pilihan untuk bershopping menjelang musim perayaan
terutamanya pakaian Melayu.
Pelbagai pilihan.
Ramainya manusia.
Nak jalanpun susah.
Masa semakin suntuk untuk melengkapkan persiapan raya.
Tetapi selagi tak raya, selagi itulah manusia bershopping.
Kami ala kadar sahaja.
Shopping pun banyak untuk anak2 sahaja.
Lagu 2raya memenuhi ruang PKNS.
Memang mood raya.
Meriah dan membahang, terkenang kampung halaman.
desan nan permai melambai2.
ketupat, rendang dan nasi dagang, menggamit rindu anak perantau.


Kami singgah pula ke SACC Mall.
Sama gak, semua kedai penuh.
Ruang legar pun penuh, ada persembahan kanak2.
Entah sekolah mana, aku sempat ambik gambar.
Ibu bapa memenuhi ruang ini bersama anak2 mereka.
Tiga tempat.
Kedai spect, PKNS dan SACC Mall.
Jam 4 petang baru selesai, itupun semua untuk kelengkapan Adib ke Cairo nanti.
Banyak lagi keperluan dia, maklum pulang setahun sekali.
Baju, t shirt, seluar, tuala, buku2, jubah, alat tulis, keperluan peribadi, bekalan makanan dan lain2.
Harga barang2 semua mahal, tak ada yg murah.
semalam saja, kami habis lebih RM2500.
Nasib baik aku buat business.

Hari ni kena gi beli lagi.
Masa semakin suntuk.
Semuanya perlu disegerakan sebelum Adib bertolak pulang ke Cairo raya ke 3 nanti.
Bimbang pula kedai banyak tutup jika dibeli selepas raya nanti.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.