Saturday, October 1, 2011

Lebih Baik


Selamat malam.
Tidurlah dgn lena.
Rehatkan badan mu
Rehatkan minda mu
Mimpilah yg indah2 sepanjang tidur mu.

Salam bahagia.
Jam 11.48 mlm saat ini.
Aku baru je naik ke bilik tidur.
Kami baru tiba di rumah dari Kg Malaysia Tambahan Sg Besi.
Berjumpa pasangan suami isteri, Asmi Amiara dan Asfanjani.
Alhamdulillah, sebagaimana target aku, sebagaimana fikiran ku,
maka demikianlah yg terjadi.
Mereka terus tandatangan ahli RM50
dan terus bersetuju utk pengurusan modal business.

Sgt positif mereka berdua.
Banyak juga mereka bertanya.
Semuanya mampu ku jawab dgn baik.
Jawapanku memberikan keyakinan kepada pasangan ini.

As terus bersetuju utk menghadiri WAB Ahad nanti.
Mereka berdua juga bersetuju untuk hadir kelas pada Selasa malam di USJ 9.
ya nak berjaya kena ikut org berjaya.

Tahniah utk diri ku sendiri.
Hari ini aku dah ada tiga appointment.
Dua org baru dan seorg service DSM lama.
katanya nak buat semula.
Aku juga sempat berjumpa CDM Hasmidar, merancang beberapa strategi
untuk membantu mengembangkan network barunya di KL Selangor.
Kebetulan di Restoran Ubi Kayu, berjumpa pula CDM kartini, CDM Kamaruddin,
CDM Yan dan CDM Inda.

Sepanjang hari ini, dari pagi lagi aku dok call ramai prospek baru.
Ada yg positif, ada yg nak jumpa, ada yg menolak, ada yg kata sibuk, ada yg
kata tak minat, ada yg kata tak apalah, ada yg kata nanti dulu.
Ada yg tak jawab call, ada yg kata tengah meeting dan seribu satu jawapan lagi.
Yg penting, aku berusaha.

Aku juga dok tengok2 level sales bulan lepas.
Dok follow rakan kongsi yg hanya join ahli tetapi tak buat apa2.
Sempat menelefon 4 org.
Semuanya tak kenalpun aku.
Bermakna mereka tak pernah hadir meeting, (Kalau pernah hadir, selalunya mrka akan kenal aku)
malahan tak tahupun yg mereka sudah mendaftar masuk sebagai ahli syarikat ini.
Mereka tak tahu pun siapa upline mereka.
Bila aku sebut nama upline sebagaimana yg aku lihat dlm level sales pun, mereka tak kenalpun.
Mungkin hanya diletakkan sesuka hati uplinenya.

Daripada 4 org yg aku call tadi, dua org bersetuju utk jumpa aku.
Hanya nak bagi tiket WAB je.
Mereka mahulah berjumpa apabila aku kata nak bagi tiket free
utk program asas make up.
Cepat je nak jumpa.
OKlah tu. Boleh gak aku kenal mereka dan terangkan apa yg aku dapat
dan apa yg mereka boleh dapat dlm business ini.

Harapan aku, bulan ni lebih baik drpd bulan lepas.
Sales lebih baik.
Personal sales sales lebih baik.
PV BV pun lebih baik.
Network lebih baik.
Income lebih baik.
Bonus lebih baik.
Peserta yg hadir WAB lebih baik.
Org baru yg hadir meeting lebih baik.
Network aku lebih besar.
Yg dapat income besar lebih ramai.
Yg lepas tabung kereta pun lebih ramai.
Yg dapat berpakej2 pun lebih baik.

Selmat maju jaya.
Selamat berjuang utk bulan Oktober.
Hollang Belgium bagaimana?
Hendaknya melepasi target ku utk trip ini.
Go Go Go Holland.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.