Monday, October 3, 2011

Mesti Lebih Baik

Salam pelayan blog sekelian.
Habis kisah utk hari ini 3 Okt 2011.
Seribu satu cerita.

Aku pun sama.
Hari ini mencatatkan seribu makna utk hari esok.
Apa yg aku buat hari ini akan memberi hasil utk esok.
Usahaku hari ini akan memberikan  kejayaan utk hari esok.
Tindakanku hari ini akan memberikan  jawapan utk hari esok.
Apa yg aku nikmati hari ini adalah kerana usaha dan tindakan yg aku lakukan
pada masa lampau.

Aku tidak mahu esok2 ku seperti hari ini.
Aku tidak mahu minggu depan sama dgn minggu ini.
Aku tidak mahu bulan depan sama dgn bulan ini.
Aku tidak mahu tahun depan sama dgn tahun ini.

Tentu aku mahu segalanya lebih baik drpd hari ini, minggu ini, bulan ini dan
tahun ini.
Jika demikian, aku kena berusaha.
Aku kena bertindak.
Usahaku mesti lebih baik drpd hari semalam.
Usaha ku mesti lebih baik drpd minggu lepas, bulan lepas dan tahun lepas.

Berikan aku kekuatan semangat, kerajinan, usaha yg tak pernah jemu, jauhi aku
drpd sifat malas dan berasa cukup dgn usaha ku sebelum ini.
Aku mesti lebih rajin dan lebih gigih menghadapi  gelombang besar
dlm business ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.