Wednesday, November 30, 2011

Ikut Semut

Berat sama dipikul
Ringan Sama dijinjing

Pohon Kurma


Jadilah seperti pohon kurma
Tinggi cita2nya, kebal dari penyakit, tahan tanpa air,
dan bila dilemparkan dgn batu,
ia membalas dgn buah kurmanya yg sgt manis.

Ya....!

Bersama Pakar Motivasi Tn Hj Hanim


Ya....dengan senyumanmu yg meyakinkan, yg mengirimkan rasa senang hatimu
dan mengutuskan kasih sayang bagi orang lain.

Ya....dgn tutur kata baik mu yg dapat menjalinkan persahabatan yg sgt dituntut
dlm bersilaturrahim dan menghapuskan semua rasa dengkin dan iri hati.

Ya.... dgn sedekah dan sumbangan ikhlas mu yg membahagiankan si miskin,
menyenangkan org fakir dan mengenyangkan perut yg lapar.

Ya....dengan kesediaanmu duduk membaca AlQuran sambil memrenungi dan mengamalkannya
sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya....dgn banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa
dan suka memperbaharui taubat.

Ya...dgn rasa keyakinan mu dan cerahnya masa depan mu
bahawa sinar terang hidup mu pasti akan membahagiakan
akan adanya cahaya di sebalik kegelapan.

Ya...dgn bertemankan sahabat2 yg baik dari kalangan mereka yg
mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama dan
menghormati norma2 etika tamadun manusia.

Ya....dgn berbuat baik kepada orang tua mu, menyambung persaudaraan,
menghormati tetangga dan menyantuni anak2 yatim.

Ya....untuk membaca sesuatu yg bermanfaat dgn membaca buku2 yg menarik dan
berfaedah, buku yg menyenangkan dan memberi faedah.

Tuesday, November 29, 2011

Tajam


Tajamkan minda dgn membaca.
Tajamkan pengamatan dgn ilmu

Vietnam...Senang Tapi Bukan Mudah


VIETNAM VIETNAM VIETNAM
Trip paling mudah
Sedang berjalan
Hanya perlukan 3 pakej sahaja.
Dan personal hanya 900BV sahaja untuk org lama.
Nov, Dis dan Januari
Boleh fight dua tiket sorang.


Vietnam...trip paling senang.
Trip paling mudah.
Trip paling simple.
Senang tetapi bukan mudah.
Senang nak dapat tetapi tak mungkin dapat jika dok saja.
Senang nak dapat tapi tak mungkin dapat jika tak usaha.
Senang nak dapat tapi tak mungkin dapat jika tak buat apa2.
Senang nak dapat tapi tak mungkin dapat jika tak bertindak.
Senang nak dapat tapi tak mungkin dapat jika hanya tengok je.
Senang nak dapat tapi tak mungkin dapat jika berpeluk saja.

Jom kita fight sama2.
Anda nak? Berjalan makan angin percuma?
Boleh call ya, saya tunjuk je.
016 2212181

Datang Secara Tiba2



Bacalah.
Perhatikanlah.
Nilaikanlah.
Berfikirlah.
Rebutlah jika anda mahu.
Kerana mungkin inilah ruang rezeki anda.
Bertindaklah. Beusahalah.
Jangan putus asa.
Kerana Allah tidak pernah menghampakan usaha gigih kita.

Salam perjuangan.
Jumpa anda di Business Preview malam ni di USJ 9.

Call me
CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
016 2212181

Monday, November 28, 2011

Tak Close

Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Jam 9.30 pagi tadi aku dah keluar. Ni baru je sampai rumah.
Dua appontment hari ni.
Mula2 aku ke Bandar Tasik Selatan berjumpa Lia.
Tapi tak close, rupanya dia dah pernah join...tak ingat siapa upline dan CDMnya.
Lia join tahun 2007 lagi, tapi setakat SSM, dia berhenti.
Malas katanya.
Lepas kerja nak duk rehat je, sebab balikpun dah senja.
Anak2 sedikit terabai jika selalu keluar malam buat bisnes ni. Kata Lia lagi.
Ke situ pulak.
Tapi gaji dah santak, dah paras hidung, hampir tak bernyawa.
Siap tanya aku lagi..." ada tak yg senang nak dapat duit"? Tak yah keluar rumah katanya.
Aku kata.."Kalau ada, aku yg buat dulu".

Aku tanya Lia..."Cubalah buat bis  internet, kata tak yah keluar rumah jika buat bis tu".
Lia jawab..."alaa kak, kawan2 saya ramai yg buat bis internet ni kak, jual tudung la, jual baju la, jual jam la, jual handbag la. jual kerongsang la, jual buku la,
tapi semua sekerat jalan, semua hangat2 tahi ayam je. Semua dah tutup internet".

"Buatlah apa2 pun kalau hangat2 tahi ayam, tak mungkin berjaya."
Cetus hati aku. Kesimpulannya yg aku dapat, Lia gagal dlm bis Hai O pun
kerana dia hangat2 tahi ayam gak.

Walaupun Lia tak mahu join, tapi katanya...
"kak, loan saya tu uruslah kak, tolong la, saya perlu duit ni"

Alamak, aku ni bukanlah ejen loan.
Aku ni bukan cari duit dgn buat loan.
Aku buat bisness, aku buat sales, aku mahu cari bisnes partner, aku mahu jayakan rakan kongsi.
Aku mahu train leader baru.
Aku mahu cungkil CDM kaki baru.

Awal2 aku mohon maaf, aku tak dapat menolongnya.
Jika dia mahu, dia boleh uruskan sendiri.


Lepas berjumpa Lia, aku ke Precint 8 Putrajaya.
Berjumpa Ridwan, seoarng kakitangan kerajaan di LHDN tapi hari ni cuti Maal Hijrah.
Ridwan tinggal di Putrajaya.
Alamak, ini punya kes lagi dahsyat...nyawa2 ikan.
Gaji kasar banyak RM3900 tapi sayang, gaji bersih RM420.
Dah mempunyai loan melebihi RM300 000. Mak oooi...kesian aku tengok.
Dalam kepalanya tak ada ruang untuk bisnes, kecuali nak cari duit utk makan je.
Kereta dah lama tersadai kat bank... tak bayar. Segala bil semasa tertunggak berbulan2.
Aku kongsikan tentang bisnes, langsung tak masuk ke hati.
Isterinya bekerja sebagai pegawai di Jakim, tapi gaji bersih isteripun tinggal RM1700 sahaja.
Itu je lah yg nak diharapkan.
Hidup pun dgn belas ehsan isteri.
Tak close hari ni.

Selepas selesai berjumpa Ridwan, aku berehat dan makan.
Kemudian temankan Aisyah ke MPH lagi. Bawa Aisyah cari buku lagi.
beli lagi 7 buah buku. Buat teman dan makanannya untuk dua hari je.
lepas tu buku lagi.

Jam 2 petang, selesai solat zohor, aku menghala ke kuater polis di Kajang.
Mencari prospek...he he he.
Aku pun masih buat kerja macam SM baru.
Rasa macam nak fight untuk CDM.
Cari prospek, senyum , hulur name card, ambik no telefon, bagi browsure, bagi flyers dll.
Berkongsi peluang sebenarnya.

Aku pun nak fight dua tiket ke Vietnam.
En suami pun nak gak dua tiket ke Vietnam.
Insyaallah, jika aku kata boleh pasti ia akan jadi.


VIETNAM
VIETNAM
VIETNAM







Kenangan

Kenangan...Bersama CDM Kartini dan DDM Kak Pah semasa
Program Roadshow Switzerland di Alor Star Mac 2010.

Indah...kali ketiga ke Beijing Mac 2010

Kenangan bersama CDM Maidah Malin
Ulang Tahun Hai O ke 18.

Bersama CDM Roshila, CDM Hanim dan CDM Hanum
Program Roadshow di Seri Malaysia Kuantan
Julai 2010.

Diamond Night Julai 2007.


Meraikan CDM Hj Hirzan Bazli pada Malam Ulang Tahun Hai ke ke 18.

Tak dilupakan...
Kenangan di Paris Nov 2008.

Bersama DDM Rozita, DSM Wawa semasa
Program Roadshow Utara April 2011.


Safira Club Julai 2011.

Taklimat Bio Zone Food Februari 2010
di Wawasan Hai O.

Malam Anugerah SM SSM di Melaka 2010.

Mac 2010.
Diamond Night
Dan Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang di MIECC Mines.

Utara April 2011.
Sydney Februari 2009.


Merasai kemanisan ibadah umrah Ogos 2007.

Majlis Berbuka Puasa Hai O
September 2010

Bersama Arwah DDM Kunaini
New Dimension Seminar
30 April 2011.

Indahnya Amalan Doa

Hadiahkan Untuk Diri Sendiri.
RM35.00 sahaja.
Panduan lengkap untuk kesejahteraan hidup kita.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seoarang yg lemah
serta tidak berdaya maju menjadi
seorang yg bermotivasi tinggi dan bekerja keras.
Malah sebahagian daripada kejayaan yg dicapai
oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan mereka
kepada doa yg mereka panjatkan kepada tuhan mereka
walaupun pada hakikatnya
Allah SWT jua yg menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

Marilah kita gunakan doa sebagai senjata kita yg paling besar
untuk mencapai kesejahteraan dan kejayaan hidup
kita di dunia mahupun di akhirat.

Salam bahagia.

Belajar...Cari Ilmu Tambah Mutu

CDM Jai
CDM Dzul belajar dgn CDM Jai
Tambah ilmu, duduk berguru dgn yg tahu
Supaya kita juga berilmu

Bertanya berguru buat dan ikut
Baru pandai.
Buang rasa malu, buang rasa ego, buang rasa serba tahu, buang rasa serba pandai

Jika sesat bertanya
Jika tak tau bertanya
Jika tak pasti bertanya
Jika belum pandai, belajar sampai pandai
Sampai betul2 mahir
Dan kemudian praktiskan.
Tak guna ada ilmu jika tak praktik.

CDM Jai dan CDM Dzul adalah sideline
Tapi inilah semangat sepasukan
Sama2 bekerjasama untuk kejayaan bersama.
Akademi Taipan dibina untuk menjayakan semua warganya.
Tanpa ada rasa besar diri, ranpa ada rasa kepentingan sendiri.
Besar hati pasti kita tak putus rezeki.
Tahniah untuk CDM Jai dan isteri CDM Haryati.

Berjumpa prospek di McD Senawang.
terus convince dan terus close.
Wah mengena pancing kali ini. Semuanya dgn skil dan ilmu yg dikongsikan
oleh CDM Jai.
TQ TQ TQ.

Jai datang terus dari Raub dan Bentong.
memenuhi janjinya terus ke Senawang.
Sedia berkorban dan membimbing sesiapa jua warga Taipan.
Tahniah Jai.

CDM Kartini...CDM Otai Taipan.
Berguru dan CDM Haryati, duduk bertanya dan cuba buat sampai pandai.
Terus belajar walaupun sudah otai.
Tak pernah rasa diri serba tahu walaupun dia orang nombor satu.


Duduk bersama
Bincang bersama
Belajar bersama.
CDM Haryati dan CDM Hanim.
Terus belajar tanpa jemu.
Jika kita dah pandai, nanti semua group pun akan pandai.

Wah CDM Hanim...bawa iPad lagi.
Nak kira apa tu???
dah close dengarnya.
Jom kita lawan dgn diri sendiri untuk layak ke Vietnam dua tiket sorang.

Pagi tadi kat USJ 9.
CDM Jai...cikgu dan mentor dalam Akademi Taipan 181.

Semua mendengar penuh teliti sehingga benar2 ilmu difahami.
Nak berjaya kenalah ada ilmu, mentor dan strategi.
Tetapi tindakan diri sendiri adalah penentu segalanya untuk berjaya.

Tahniah untuk semua.

JOM KITA FIGHT KE

VIETNAM VIETNAM VIETNAM


Sunday, November 27, 2011

Kena Tukar

Samsung?
Blackberry?
Nokia?
HTC?
LG?
Sony Ericson?
IPhone?
Panasonic?
Mana satu yg anda suka?

Aku dah ada Nokia, dah ada Samsung dan dah ada Blackberry.
smartphone?
taouch skrin?
Manual?
Semua dah guna.
Tapi Nokia aku dah meragam. Buat perangai.
Call tapi aku tak dengar apa2.
Bercakap sorang2.


Yg ni pun ada, boleh pakai ke?

Sebenarnya sediakan duit je.
Bawa wangnya je.
Banyak pilihan kat kedai tu.
Tunjuk je mana yg berkenan.
Bayar je, habis cerita.
Hp lama tu, baling je kat dinding.
Nak baiki pun tak guna, menghabiskan duit je.

Kapal

Kapal ini tidak dibina untuk berada di pelabuhan
tetapi dibina untuk berada di tengah lautan bagi menghadapi
gelora ombak dan badai serta gelombang sebesar manapun
demi menuju destinasi baru.

Bersedia

Tahun baru
Bersedia menghadapi apa jua cabaran
Makin besar kejayaan yg mahu digenggam
Maka bersedialah juga untuk menghadapi cabaran yg lebih hebat
Bersedia mental dan fizikal
Ilmu dankelengkapan.
Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak
Jangan mimpi kejayaan jika takut dengan ujian
Jangan bermimpi mahukankejayaan andai takut kepada kegagalan
Jangan berimpian untuk menjadi kaya jika takut kepada kerugian
Jangan berimpian untuk mendapat kehebatan jika takut orang kata.
Bersedia apa saja.
Dan tahun baru nanti, kejayaan lebih besar akan diraih.
kejayaan yg lebih hebat akan datang menjelma.
Selagi kita bersama dan sanggup bekerjasama, ia akan menjadi milik kita.
Ayuh turun padang, berjuang bersama2 demi meraih kejayaan bersama.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
1433H

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun

Semoga hidup kita lebih dirahmati.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Bayangkan!!!



Pernah anda bayangkan???
Suatu hari nanti
Wajah anda yg menghiasi kulit depan
Majalah Jutawan ini?
Segalanya mungkin.
Tiada Yang Mustahil.
Pasti Boleh Jika Anda Fikir Boleh!!!

INGAT!!!
SETIAP PERJALANAN BERMULA
DENGAN DESTINASI
DI MINDA.

Dimensi Baru...Menegang dan Menganjalkan Kulit

La Praise
Vitalift Serum
Botanical Stem Cell
Kulit Anjal dan tegang kini milik Anda


8 Kesan Menakjubkan

*Menjadkan kulit muka lebih anjal, tegang dan gebu

* Menggalakkan pembaharuan, pemulihan dan pertumbuhan semula kulit

* Mengaktifkan sel2 kulit yg tidak aktif

* Melancarkan sintesis kolagen dan peredaran mikro pada kulit

* Mengembalikan keseimbangan lembapan kulit serta keseimbangan pH

* Memberi perlindungan antioksidan terhadap ancaman UV
dan radikal bebas

* Melembutkan, menghalukan dan melicinkan tekstur kulit.

* Menyegarkan, mencerahkan dan meremajakan kulit.

Aku dah cuba....Aku dah rasa...Aku dah guna
Wow nyata berbeza.
Produk yg sangat hebat.

Harganya sangat murah....RM108

Berminat nak cuba....?
Boleh call ya...016 2212181


Alang2 Hidup



ALANG-ALANG HIDUP


Alang2 hidup biarlah hidup luar biasa.
Alang2 hidup biarlah bahagia
Alang2 hidup biarlah gembira
Alang2 hidup biarlah jadi baik
Alang hidup, biarlah kaya
Alang2 hidup, biarlah senang
Alang2 hidup, biarlah disayangi
Alang2 hidup, biarlah dihormati.
Alang2 hidup, biarlah diikuti
Alang2 hidup, biarlah dihormati.
Alang2 hidup, biarlah berbakti.
Alang2 hidup, biarlah memberi manfaat.
Alang2 hidup, biarlah sihat.
Alang2 hidup, biarlah diperlukan.
Alang2 hidup, biarlah banyak wang.
Alang2 hidup, biarlah diredai.
Alang2 hidup, biarlah diberkati.
Alang2 hidup, biarlah berilmu.
Alang2 hidup, biarlah berjaya.
Alang2 hidup, biarlah hebat.
Alang2 hidup, biarlah cemerlang.
Alang2 hidup, biarlah disukai.
Alang2 hidup, biarlah mencurahkan kebaikan.
Alang2 hidup, biarlah banyak pahala.
Alang2 hidup, berjalanlah seluruh dunia.
Alang2 hidup, biarlah puas mengecapi kesenangan.
Alang2 hidup, biarlah puas berbakti untuk ibu bapa.
Alang2 hidup, tinggalkanlah anak2 yg soleh.
Alang2 hidup, biarlah berjasa.
Alang2 hidup, biarlah mati dlm kebaikan.

Saja suka2 share untuk anda....
ALANG2 HIDUP....

10 Orang Jutawan Di Malaysia