Monday, November 21, 2011

Ulang Tahun ke 19....19 Nov 2011

Majlis Ulang Tahun Hai Ke 19 pada 19 Nov lalu sungguh meriah.
Sangat teruja.
Begitu ramai yang hadir.
Lebih lima ribu orang hadir dari seluruh Malaysia menyaksikan Malam Penganugerahan Untuk
Pangkat Tertinggi Crown Diamond Manager 2011.
Seramai 33 orang yg diraikan pada malam tersebut.
Gilang gemilang.

Hero2 dalam AT 181
CDM Zeifry, CDM Mohd Nasir dan CDM Mohd Rizal Ariffin.
Momentun naik berdentam dentum sejak menghadiri majlis ini.
Aura makin hebat.
CDM Rizal dah confirm naik CDM Oktober lalu tetapi belum naik ke pentas CDM.
Nak naik 2012 di Bukit Jalil.
Nak naik bersama raakan2 kogsi sebagai CDM.
Katanya nak lahirkan 5 CDM baru di bawah networknya.
Tahniah CDM Rizal.

CDM Muhammad Razali dan isteri pun ada.
2012 nanti, Yan pula naik CDM.
Kelas pun dekat sejak pindah di Putrajaya.
Mentor pun hebat, apa lagi buat je Yan.

CDM Kartini menerima sijil perlantikan sebagai ahli CDM oleh CDM oleh En Tan Kai Hee.
Tahniah untuk CDM Kartini, 11 tahun mengharung cabaran dalam Hai O.
Dan kini mendapat pengiktirafan oleh syarikat.
Tahniah juga untuk CDM Kamarudin Mamat.
juga menerima penghargaan yg sama.
Berdua ke mana sahaja.
Dapat anugerah juga berdua.
AT 181 berbangga dgn anda berdua.

Sebelas orang CDM bergambar menerima sijil penghargaan untuk perlantikan
sebagai ahli CDC oleh Hai O Marketing.

He he he...bergambar dgn CDM Lin.
Tahniah Lin kerana hadir bersama rakan kongsi.
Semangat terus membara untuk terus berjuang mencipta kejayaan2 baru tahun 2012 nanti.
Banyak lagi ruang untuk diterokai.
Ramai lagi orang tak join Hai O.
Ramai lagi orang tak tahu tentang produk2 Hai O.
Alang2 masuk biar sampai jadi jutawan.
Dan jayakan seramai mungkin rakan kongsi untuk sama2 berjaya seperti kita.


Bersama CDM Norita, DDM Rahimahwati dan DSM Anna Zul.
makin hangat lepas hadir majlis anugerah.
Motivasi terus melonjak.
Terus jadi panas dan membara semangatnya.
Yg sejuk2 dah hilang.
Yg beku terus cair.
Yg negatif terus positif.
Yg kata tak boleh terus kata boleh.
Yg kata dah habis org tiba2 je bawa orang baru.
Itulah aura menghadiri majlis anugerah gemilang ini.

Sessi pertama, Penganugerahan untuk CDM.
Semangatnya tengok.
Yang buat kerja naiklah CDM.
Yg cukup kerja dapatlah hasilnya.
Yg fokus, naiklah.
yg tak buat, tak naiklah.
Itu je.

Sapa lak kata Hai O tak boleh buat?
Sapa kata Hai O dah tak ada yg mahu?
Sapa kata semua orang dah tak mahu Hai O.
Kita je yg kata. Kita je yg sebut.
Habis..yg hadir 5 ribu orang kat dewan tu siapa?
Yang naik pentas sebagai 33 orang CDM tu siapa?
Mereka berniaga, mereka buat, mereka berusaha, mereka bertibdak.
Kita??? Segaja mencipta pelbagai alasan sendiri bahawa Hai O dah tak boleh buat.
Diri sendiri yg rugi.

Dari group JTX...lahir juga CDM dari group ni.
Hanya menfokus kepada produk JTX sahaja.
Boleh juga berjaya, boleh juga memandu kereta mewah.
Boleh juga melancong ke seluruh dunia.
Terpulang kepada diri sendiri.
Syarikat menyediakan produk2 yg terhebat.
Semua produk boleh diniagakan.
Terserah kepada kita untuk melakukannya.

SSM Fatin dan suami SM Fairuz.
Tahniah kerana hadir.
Tahun depan boleh naik CDM jika kita bertindak.
Berusaha jangan berhenti.
Buat terus buat.
Fokus, konsisten dan gigih, tiada yg mustahil.
Siapa yg berusaha, dia layak untuk naik diraikan sebagai CDM di Bukit Jalil tahun hadapan.

Oh orang Melaka pun hadir.
Tahniah kepada DDM Norkamisah dan geng2 Melaka.
Komitmen, sentiasa hadir untuk mengambil semangat dan motivasi.
CDM sudah semakin hampir, hanya selangkah lagi.
CDM sudah semakin pasti, hanya PV je yg tak cukup lagi.
Bila2 masa boleh naik jika kita sanggup menggandakan usaha sedikit lagi.

Nadia, Salwa, Azrina dan Haniedah Ibrahim.
Tahniah hadir.
Peluang terbuka untuk semua, tak kira siapa pun kita.
Yg muda2 lagi banyak peluang, belum ada komitmen yg banyak.
Tenaga pun masih kuat.
Impian pun besar, apa lagi bertindak jelah.
Strategi, upline, produk, ilmu bukan alasan lagi.
Semuanya ada tersedia bersama akademi ini.


CDM Wan NorHanum dan rakan kongsi turut hadir.
Datang dari Kuantan...tiada alasan.
Tahniah Zai.

Wow wow wow...ni cek mek dari mana ni bergaya ala gipsy.
CDM Haryati dan CDM Hasmidar...berani bergaya sakan.
memang menjadi tumpuan malam tu.
DSM Nabihan mengambil kesempatan bergambar bersama
CDM Haryati dan CDM Hasmidar.

Yan, Shila dan Yati...amboi minat Salleh Yaakob ya.
"Gali Lubang Tutup Lubang"...nyanyian Salleh Yaakob malam tu.

Alhamdulillah, bersyukur aku dan suami masih di sini.
Dah 9 tahun mengharungi pahit manis bersama perniagaan ini.
Ramai yg datang, ramai juga yg pergi.
Ramai yg masih hidup ramai juga yg sudah mati.
Ramai yg beku ramai yg koma.
Ramai yg nyawa2 ikan, ramai yg hidup segan mati tak mahu.

Tetapi kami masih kekal bersemangat menjana perubahan hidup dalam biz ini.
Masih ada, masih setia, masih kekal berniaga, masih berdemo
di sana sini, masih membantu org lain
untuk berjaya, masih berkongsi dgn org baru, masih berkongsi produk dgn orang lain,
masih mencari ilmu, masih berguru dgn sifu,
masih berusaha untuk hebat dan masih gigih untuk membina
kejayaan2 baru bersama AT181.
CDM Ina dan CDM Pah..tetap hadir.
Juga sudah bersedia untuk menempuh cabaran hebat
demi kejayaan yg lebih hebat.
Jangan risau dgn cabaran.
ia menjadikan kita lebih kental untuk menempuhnya.
Cabaran...walau sebesar mana sekalipun, bukan menjunam kita ke bawah
sebaliknya mesti menolak dan melonjakkan kita
ke tempat yg lebih tinggi.
Tahniah Ina dan Pah.
Gandingan yg semakin erat kini,,,meskipun mereka sideline.

Bergambar selepas majlis selesai.
mana tahu, orang baru yg hadir malam ni boleh naik CDM tahun depan.
Mereka akan menjadi bintang2 baru dalam Taipan.

Bersama CDM Roshila, DSM Maxwell isteri dan leader dari Sibu sarawak.
Tahniah hadir.

Bergambar bersama DDM Rozita dan DDM Zana Mat bersama pasangan masing2.
Tahun depan pasti gegar...giliran untuk AT 181.
Tahniah yg hadir, jauh dan dekat bukan alasan.
Siapa pun kita, hanya kita yg mampu
mengorak langkah untuk mencipta kejayaan kepada diri kita sendiri.
Dan kita mampu menggenggam kejayaan itu.

CDM Dzul dan SSM Hadi.
Org lama dan org baru.
Org muda dan org senior.
Boleh duduk semeja, boleh duduk bersama.
Berkongsi dgn semua.
Org muda baru nak menapak, org lama terus melangkah membantu yg muda.
Sama3 hebat, saling kuat menguatkan, saling memerlukan.
Saling sandar menyandar.
Ahh hebatnya MLM.
kejayaan rakan kongsi adalah komitmen  dan keutamaan kami.
Menjayakan org lain sebelum diri sendiri berjaya.
Menjadi kunci terbesar untuk terus suksess di dalam industri MLM.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu?
Datang dari jauh, Kelantan Darul Naim.
Hanya beli tiket RM35 tetapi bertuah sungguh...membawa pulang hadiah
jongkong emas bernilai RM25 000.
bawa balik ke kelantan dengan apa?
Kereta atau flight atau bas?
Tahniah...inilah rezeki namanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.