Monday, November 28, 2011

Tak Close

Salam bahagia.
Salam perjuangan.

Jam 9.30 pagi tadi aku dah keluar. Ni baru je sampai rumah.
Dua appontment hari ni.
Mula2 aku ke Bandar Tasik Selatan berjumpa Lia.
Tapi tak close, rupanya dia dah pernah join...tak ingat siapa upline dan CDMnya.
Lia join tahun 2007 lagi, tapi setakat SSM, dia berhenti.
Malas katanya.
Lepas kerja nak duk rehat je, sebab balikpun dah senja.
Anak2 sedikit terabai jika selalu keluar malam buat bisnes ni. Kata Lia lagi.
Ke situ pulak.
Tapi gaji dah santak, dah paras hidung, hampir tak bernyawa.
Siap tanya aku lagi..." ada tak yg senang nak dapat duit"? Tak yah keluar rumah katanya.
Aku kata.."Kalau ada, aku yg buat dulu".

Aku tanya Lia..."Cubalah buat bis  internet, kata tak yah keluar rumah jika buat bis tu".
Lia jawab..."alaa kak, kawan2 saya ramai yg buat bis internet ni kak, jual tudung la, jual baju la, jual jam la, jual handbag la. jual kerongsang la, jual buku la,
tapi semua sekerat jalan, semua hangat2 tahi ayam je. Semua dah tutup internet".

"Buatlah apa2 pun kalau hangat2 tahi ayam, tak mungkin berjaya."
Cetus hati aku. Kesimpulannya yg aku dapat, Lia gagal dlm bis Hai O pun
kerana dia hangat2 tahi ayam gak.

Walaupun Lia tak mahu join, tapi katanya...
"kak, loan saya tu uruslah kak, tolong la, saya perlu duit ni"

Alamak, aku ni bukanlah ejen loan.
Aku ni bukan cari duit dgn buat loan.
Aku buat bisness, aku buat sales, aku mahu cari bisnes partner, aku mahu jayakan rakan kongsi.
Aku mahu train leader baru.
Aku mahu cungkil CDM kaki baru.

Awal2 aku mohon maaf, aku tak dapat menolongnya.
Jika dia mahu, dia boleh uruskan sendiri.


Lepas berjumpa Lia, aku ke Precint 8 Putrajaya.
Berjumpa Ridwan, seoarng kakitangan kerajaan di LHDN tapi hari ni cuti Maal Hijrah.
Ridwan tinggal di Putrajaya.
Alamak, ini punya kes lagi dahsyat...nyawa2 ikan.
Gaji kasar banyak RM3900 tapi sayang, gaji bersih RM420.
Dah mempunyai loan melebihi RM300 000. Mak oooi...kesian aku tengok.
Dalam kepalanya tak ada ruang untuk bisnes, kecuali nak cari duit utk makan je.
Kereta dah lama tersadai kat bank... tak bayar. Segala bil semasa tertunggak berbulan2.
Aku kongsikan tentang bisnes, langsung tak masuk ke hati.
Isterinya bekerja sebagai pegawai di Jakim, tapi gaji bersih isteripun tinggal RM1700 sahaja.
Itu je lah yg nak diharapkan.
Hidup pun dgn belas ehsan isteri.
Tak close hari ni.

Selepas selesai berjumpa Ridwan, aku berehat dan makan.
Kemudian temankan Aisyah ke MPH lagi. Bawa Aisyah cari buku lagi.
beli lagi 7 buah buku. Buat teman dan makanannya untuk dua hari je.
lepas tu buku lagi.

Jam 2 petang, selesai solat zohor, aku menghala ke kuater polis di Kajang.
Mencari prospek...he he he.
Aku pun masih buat kerja macam SM baru.
Rasa macam nak fight untuk CDM.
Cari prospek, senyum , hulur name card, ambik no telefon, bagi browsure, bagi flyers dll.
Berkongsi peluang sebenarnya.

Aku pun nak fight dua tiket ke Vietnam.
En suami pun nak gak dua tiket ke Vietnam.
Insyaallah, jika aku kata boleh pasti ia akan jadi.


VIETNAM
VIETNAM
VIETNAM







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.