Thursday, November 10, 2011

Bawah RM1000...Melayu Paling Ramai

Apa maknanya?
Betapa daifnya bangsa kita.
Betapa miskinnya bangsa kita.
Betapa kerdilnya bangsa kita
Betapa susahnya bangsa kita.
Betapa keciknya kuasa beli bangsa kita.
Betapa tersepitnya kehidupan bangsa kita.
Betapa terkepitnya kehidupan bangsa kita.
Betapa tak ada duitnya bangsa kita.
Betapa jauhnya bangsa kita tertinggal di belakang.
Betapa jauhnya penguasaan ekonomi 30% bangsa kita.
Betapa jauhnya jurang bangsa kita dgn bangsa Cina dan India.
Betapa tegarnya kehidupan bangsa kita.

Dengan pendapatan bawah RM1000 sebulan...
Cuba kita bayangkan...
Bagaimana keadaan kediaman mereka...selalunya flat sempit dua bilik, hanya kemudahan asas disediakan,
Di situlah tempat tidur, disitulah tempat berehat, disitulah tempat makan, di sirulah tempat menonton,
di situlah tempat berkumpul, di situlah tempat belajar.
betapa tidak selesanya.
persekitarannya pula sgt bising, kotor, hingar bingar dan serba macam tak selesa.
jika di kampung menyewa rumah buruk RM100 sebulan yg bocor di sana sini.
Bagaimana keadaan makan minum mereka.
Adakah pemakanan tambahan?
vitamain?
pemakanan yg baik dan berkhasiat?

Bagaimana pula dengan kenderaan mereka.
kereta buruk atau sekadar motorsikal dan basikal?

Bayangkan pendidikan anak2, sempurnakah?
ada guru tiusyennya, berbayarkah yurannya? ada buku tambahan yg disediakan?
bagaimana pula dengan pendidikan agama? Ada ustaz yg digajikan untuk mengajar anak2 di rumah?
jika cuti sekolah, mampukah dihantar anak2 ke program2 motivasi dan pembinaan diri
sebagaimana bangsa2 Cina dan India?
Apakah persediaan kewangan mereka untuk menampung kos pengajian anak2
yg semakin tinggi apabila anak2 meningkat ke kolej dan universiti.
Walaupun kerajaan menyediakan PTPTN,
tetapi siswazah kita terus terjerat setelah mereka habis belajar nanti

Bagaimana pula dengan aspek penjagaan kesihatan mereka.
Apakah rawatan yg mampu mereka nikmati andainya mereka sakit?
Klinik dan hospital manakah yg mereka pergi?
Mampukah mereka membeli insuran perlindungan untuk menampung kos
rawatan yg begitu mahal sekarang ini.

Berapakah simpanan yg mereka ada untuk menghadapi saat kecemasan
andainya ia berlaku seperti kematian, sakit pening, kemalangan,
hilang upaya dan sebagainya.

Bilakah peluang untuk mereka menunaikan ibadah haji yg kini berbelas ribu kosnya?
atau meninggal pergi dlm keadaan tidak tertunai rukun Islam ke5
kerana tiada keupayaan diri dari segi ekonomi?


Apakah pekerjaan mereka jika bukan hanya sebagai kuli, pekerjaan bawahan, pekerja am,
pelayan restoran,  tukang sapu, kelindan lori, cleener di gedung2 besar, buruh kasar,
konduktor bas, bawa beca, bancuh simen, angkut sisa buangan,
tukang bancuh air, pembantu taska atau tadika, tukang masak,
pembantu kedai, pembantu rumah dan seumpamanya.

Apakah pula peluang yg mereka ada untuk mengubah kehidupan?
kais pagi makan pagi.
terlalu ramai yg hidup susah dan melarat.
itulah cermin bangsaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.