Perkahwinan dalam taman. Penuh bunga2an. Penuh meriah. di perkarangan rumah keluarga pengantin di Jalan keramat Hujung Datuk Keramat Jumaat lalu. Dihadiri oleh hampir 500 orang jemputan. |
Candle light dinner di tepi kolam renang hanya untuk untuk mempelai berdua. Sungguh romantis... Idea dari ibu pengantin... Gambar diambil dr tingkat atas banglow ini. |
Majlis bermula selepas solat maghrib. Tarikh yg cantik dan penuh makna untuk pengantin berdua. Aku tumpang gembira melihat anak saudara bahagia di hari bersejarahnya. |
Family foto yg terpampang di ruang tamu. Dr Fatimah Syahidah adalah anak sulung daripada 6 orang adik beradik. |
Tempat majlis akad nikah...serba putih menunggu majlis akad nikah dilangsungkan. |
Barang hantaran 7 dulang pihak lelaki dibalas 9 dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan. |
Pengacara majlis dari TV3...Ahmad Fietri Yahya cilik je orangnya. |
Dr Fatimah Syahidah Azmi....cantik dan ayu sekali. Tenang ketika majlis berlangsung. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cukup sempurna sekali. |
Sungguh cantik dan berseri2. Ramai tetamu terkejut...akupun terkejut tetapi sangat gembita melihat anak sedara bahagia. Semoga terus dilimpahi keberkatan Ilahi. |
Tak lalu nak makan...semua mata sedang memerhati raja sehari. Cahaya lampu kamera terus menfokusTak silap aku, ada rakaman untuk TV3 juga. |
Ida dan Naz kolam yg turut dihias cantik. |
Majlis yg berjaya menghimpunkan seluruh keluarga dan sanak saudara jauh dan dekat. Tahniah kepada tuan rumah berdua. |
Tahniah dah dapat menantu. insyaallah nanti dapat cucu lak. |
Papa, mama dan adik beradik Dr Fatimah Syahidah. Tahniah untuk Naz kerana menjadi ahli baru keluarga ini. Bertuah Naz...mendapat papa dan mama mertua yg sangat baik. Kaya pulak tu. |
Tak lepas peluang bersama Ida dan Naz. Selamat pengantin Baru Ida. Cik Dah doakan yg terbaik utk Ida. Jadilah isteri dan suami yg terbaik untuk kehidupan berkeluarga yg terbaik. |
Wah ramainya...itu pun ramai yg taksempat bergambar dalam sesi fotografi ini. Ini kiranya keluarga papa pengantin perempuan. |
Bersama mama tok, Cik Nor dan ayah Chik serta si cilik yg comel si Dani. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.