Thursday, November 24, 2011

Aisyah dan Buku

Tak beli mainan tak apa, asalkan beli buku.
Tak beli baju tak apa, asalkan dapat buku.
Tak tengok TV pun tak apa, asalkan boleh tengok buku.
Tak ada kawan pun tak apa, kawannya adalah buku.
Tak makan pun tak apa, dia tak lapar selagi ada buku.
Tak minum susu pun tak kisah, perutnya kenyang dgn buku.


Dua hari sudah  di MPH Alamanda.
Aku gi jumpa prospek, janjinya di Alamanda.
Aku tinggalkan dia di kedai MPH dan aku ke McD.
Aku ajak dia makan sekali dia tak mau, tetap mau ke MPH.
Janjinya hanya tunggu aku di MPH.
Masa aku hantar, dia duduk di lantai ni, depan rak ni.
Hati tak sedap nak tinggalkan dia lama berseorangan di MPH.
Setengah jam je aku jumpa prospek, tergesa2 gak la sebab ingatkan Aisyah yg keseorangan di MPH.
Aku datang tengok 45 minit kemudian, dia masih di situ.

Melihat buku, membaca sinopsis buku.
melihat gambarnya sebelum memilih.
Melihat kandungannya, meninjau harganya.
Kemudian tanya pada aku, boleh tak nak beli sekian sekian banyak buku.
5 buah, 10 buah, 15 buah atau 30 buah buku.
Macam nilah selalunya.
Tak semua aku setuju, tengok budget yg aku standbykan untuknya.
Harga bukupun bukan murah.
Tambah2 kalau buku inggeris.
Beratus jugak laa, yg dia beli.
Aisyah sgt cermat menjaga buku.
Sangat teliti tentang buku.
Dinamakan, diberi tarikh, dikodkan dlm diarinya,
dan disimpan dgn baik dlm kabinet bukunya.
Jgn usik bukunya, meraung melalak jika bukunya tak jumpa atau hilang.

Inilah yg dipilihnya...hanya 6 buah sahaja.
tak lama, tak sampai dua hari langsai dikhatamnya.
Kemudian merengek lagi...
"mama, gi Popular boleh'?
"Mama, jom kita gi MPH, Aisyah nak beli buku".

Begitulah Aisyah...
Buku dan Aisyah bagaikan satu, tak mungkin terpisah.
Syukur gaklah, dia minat buku bukan pada yg lain minatnya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.