Friday, November 18, 2011

Sekolah Dah Cuti

IISKD
Islamic  Integrated School Kota Damansara
dah mula cuti mulai hari ini.
Sekolah2 kerajaan dan swasta pun dah mula cuti.
Anak2 aku...Irah dan Aisyah, apa lagi melepak laa.
Pagi ni seharian bermain dgn si Tuah.
Tengok tu...atas ambal tebal yg aku beli kat Perth jadi tempat Tuah lepak.
Dgn Aisyah sekali dok layan dia kat situ.

Amboooiii bukan main lagi si Tuah ni.
Tidur lena, digoyangpun tak sedar.
irah snap snap gambar pun masih lagi lena.
maklum empuk atas ambal tebal tu.
Berjam2 Tuah lena di sini.
Aisyah membaca di sebelahnya.
Kemudian dgn dia sekali terlena kat situ.
Hari ini banyak urusan peribadi.
Gi ambik mak mertua kat Nilai.
Melayan bonda aku(ma) kat rumah.
Diapun baru sampai malam tadi. Aku ambik dia kat rumah Nor, ma baru sampai dr rumah
abang Mi di Keramat Hujung.
Petang ni pula aku menghantar Aimi ke Melaka.
Cutinya dah habis.
Pengajian semester akhirnya sudah bermula Isnin nanti.
Mac nanti...habis insyaallah.
Nak sambung degree lak.
katanya nak gi Singapore atau UIA.


Besok semua keluarga, ma abang2, adik 2 aku serta family berangkat
ke Miri untuk majlis bertandang ke rumah keluarga lelaki
bagi Dr Fatimah Syahidah Azmi dan Dr Khairunnazren Ismail.
Pagi2 esok semuanya ke Miri...ada dgn Mas, ada dgn Firefly dan ada dgn LCCT.
Tengah hari esok majlis di rumah keluarga lelaki.
Ahad pula majlis resepsi di Marriot Hotel Miri.

Alahai...alu je yg tak dapat bersama ke Miri.
Esok ada majlis gemilang Hai O di Serdang.
Mana boleh tinggal...ini periuk nasi.
Ini hidup mati aku.
Ini hitam putih hidupku.

UNTUK IDA DAN NAZ...
SELAMAT PENGANTIN BARU.
KAT MANA HONEYMOON?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.