Thursday, December 20, 2012

Satu Alasan


GREAT LEADER SEMINAR
30 DISEMBER 2013
JAM 8 PAGI HINGGA 6 PETANG
BERTEMPAT DI QUALITY HOTEL SHAH ALAM
RM100 SAHAJA.
3 KALI MAKAN

MENYEDIAKAN
6 SLOT UNTUK ANDA
SEMUA SLOT AKAN MEMPERSEMBAHKAN
FOKUS UTAMA ATM UNTUK MELONJAKKAN ANDA
SEBAGAI CDM YANG NAIK BERGAYA PADA TAHUN 2013
DENGAN PENDAPATAN LEBIH RM20K SEBULAN.

YANG BELUM MENDAFTAR?
MASA TIDAK MENUNGGU KITA.
SATU ALASAN DIBERI, ANDA UNDUR 100 000 LANGKAH KE BELAKANG.

SELANGKAH SAJA ANDA BERGERAK KE DEPAN, ANDA MENGHAMPIRI
GARISAN KEMENANGAN!!!

BERMINAT?
CALL SAYA 016 2212181

Mimpi Yang Pasti


Salam perjuangan.
Lama tak menulis di ruangan ini.
Bukan malas.
Bukan juga tak ada masa.

Kesibukan melanda selepas habis program intensif Jutawan Industri dgn DAO.
Kesibukan menulis buku aku utamakan.
Setiap hari berdikit2 aku siapkan.
Buku pertama...ia bukan suatu tugas yg mudah.
Seboleh mungkin aku akan siapkan mengikut jadual.
Wah...tunggu ya.
Moga ada manfaat utk aku tinggalkan kepada anak cucuku nanti
sebagai wadah utk mereka menyusuri perjuangan nenda mereka nanti.
Betapa aku telah bekerja keras bersama Hai O untuk aku tukar sejarah kegemilangan
warisan generasi ku nanti.
Insyaallah doakan ya.

Demikian pula dengan kesibukan bersama rakan kongsi baru.
Juga sambutan terhadap produk baru velocity mencetuskan fenomena luar biasa ke atas
permintaannya.
Dan telefon berdering2 minta dilayan dari rakan kongsi serata dunia meminta
aku datang untuk membuat persembahan baru
Velocity.
Nyata...gegaran Velocity lebih dahsyat kali ini.
Aku sudah dapat merasai kedahsyatannya.
Asal saja aku sanggup bekerja keras.
Gandaannya, lonjakannya pasti tiga kali ganda beranding zaman Bio Aura.
Gelombang luar biasa pasti terjadi.

Untuk rakan kongsi yg sudi membaca catatan ini,
segera melangkah bersama kami.
Jangan hanya menjadi pemerhati yg setia menhitung kejayaan orang lain cuma.
Ayuh berpadu tenaga, berganding bahu
untuk mencipta jaya buat kali kedua, ketiga atau ke 100 sekali pun.
Apa salah?
Tentu tidakkan.

Yang berhenti seketika, yang asyik dengan bizz lain sekali pun, yang masih koma maupun
nyawa2 ikan, telahan ku kali ini pasti benar.
Mimpi ini hampir pasti.
Doa ini kian nampak akan makbulnya.
Benderang cahaya kian menampakkan wajahnya.
Benar sekali...gandaan Velocity yg maha dahsyat.
Awas...gelombangnya hanya utk yg berusaha.
Runtuhannya hanya utk yg setia bersama.
Mimpi yang pasti...wah macam bunyi tajuk lagu ya.

Salam ceria.
Tunggu buku pertama catatan perjalanan sebagai pejuang MLM, nukilan rasa
FAARIDAH MOHD ALI

Sunday, December 2, 2012

Aku Kaya Dan Berjaya.


Salam kejayaan.
Tiada yang percuma untuk suksess.

Program Intensif Jutawan Industri yang aku hadiri memberi impak besar
di dalam diri.
Baru tamat Isnin minggu lepas.
4 hari berkampung di dewan Wawasan PGRM Cheras.


Aimi turut hadir.
Dia bercita2 mahu menjadi jutawan muda.
Aku berikan pendedahan paling awal untuknya.
Bayar dengan kos yang tinggi.

Aimi ambik untuk general.
Pun masih tinggi.

Aku ambik untuk pakej VVIP Supreme Diamond.
Kospun paling tinggi.
RM7997.
After diskaun RM4997.
Boleh duduk barisan depan sekali.
Keistimewaan2nya  untuk pakej ini:

Setahun keahlian percuma 'RICHWORKS MASTERMIND CLUB'
Akses ekslusif untuk program IJI
Mastermind coaching bersama DAO sehari.
Khidmat nasihat bisnes one to one utk penjenamaan, pengiklanan, sosial media, multimedia, pengurusan undang2, dan pembinaan strategi bisness oleh pakar yang dilantik khas.
Juga DVD marketing n You yang tidak dijual di pasaran.

Puas hati.
Bayaran yang sangat berbaloi.
Baru pertama kali hadir program ekslusif bersama DAO.
Hebat.

Dan kerana itu, aku bayar lagi untuk
Program Ekslusif Platinum yang kosnya menelan puluhan ribu.
Aku dah bayar untuk program platinum ni RM10 997
bagi program yang bermula 21 Dis ini.
Setakat ini aku dah habiskan hampir RM20 000.
Tak termasuk program untuk Nor Aimi.
Sejak dua hari lalu, Nor Aimi mengikuti program Internet Marketing anjuran
Richworks bersama Arif Zakaria seorang pakar internet power
daripada Singapore.
Kosnya RM4997.
Fuh...tiada yang percuma untuk suksess.
Kejayaan datang bersama komitmen.

Dan semuanya akan aku kongsikan bersama anda di ATM.
Tetapi...bukan percuma.
Yang  pasti mesti ada resultnya.
Ini bukan motivasi biasa.
Jika mahu jom.
Jika tak mahu, aku tak kisah.
Aku tak akan berkongsi dengan semua orang.
Hanya yang terpilih sahaja.
Asalkan mahu.
Jeng jeng jeng!!

Sayang sekali, gambar2 tak boleh nak upload.
Tak apa...ini juga straetgi.
Salam.
Aku Kaya Dan Berjaya!!!








Wednesday, October 31, 2012

Shopping Di Saraya Zahret

Saraya Zahret.
Terdapat di Kota Damansara, Bangi dan Shah Alam.
Aku suka shopping moping sini.
Baju, skirts, blause, dress...cantik dan kena dengan selera aku.
Setiap bulan pasti datang sini.

Petang semalam aku datang lagi ke Saraya Zahret Kota Damansara
selepas fittingkan PB pada Joy.
Ya apun, dalam sejaran aku fitting kat karaoke di The Curve.
Fullamak....serampun ada.
Tapi dapat cash RM2100. Alhamdulillah.
Inilah Saraya Zahret.
Fesyennya menepati citarasa aku.
Kotemparary.
Harganya berpatutan.
Pilihan yang banyak ialah blause, dress, skirts, palazo, cardigan, tudung dan shawl.
Yang penting elegant.
Harga boleh tahan.
Mampu milikuntuk aku.
Jika jadi member, dapayla diskaun 10%.
Yang penting aku suka fesyennya.
Maalum, setiap hari aku jumpa client dan prospek.
Meeting pula setiap minggu.
Mestilah jaga penampilan diri.
First immpresion...imej adalah segala2nya.
Wow asyik bercakap pasal imej je sehari dua ni.
Ya la...new look, new style, new gloowing...new momentum.
Sukanya...kan beautiful.
Jika mau datanglah FIRST MOVE PROGRAMME Sabtu ni.
Boleh call aku untuk pertanyaan 016 2212181
Hampir ribuan aku lontarkan. Hanya untuk satu bag ni je.
Suka2 shopping.
Ganjaran untuk diri sendiri.
Lepas selesai di Saraya Zahret, aku ke Butik seri Kapas.
Milik penyanyi  dan pelakon terkenal.
Aku ambik cardigan dua helai.


Lucky Draw Gucci dan Coach

Wah tahniah...dapat Gucci dan Coach.
Inilah sebahagian yang dapat lucky draw malam tadi.
Setiap minggu ada lucky draw.
Setiap minggu ada hadiah.
Berulang kali pun dapat.
Tahniah yang dapat malam tadi.
Hari ni boleh bergaya dengan handbag baru.

Minggu depan, tarik kawan.
tarik oarang baru.
Tarik prospek baru.
Peluang untuk buka mulut.
Peluang untuk berkongsi kebaikan.
Peluang untuk mereka juga memperolehinya.
Tunjuk gambar2 yang orang dah dapat.
Tunjuka gambar yang anda sendiri dapat.
Akademi Taipan menawarkannya percuma.
Bukan murah ni.
Terima kasih ATM.
Terima kasih CDM Kartini.
Terima kasih kepada semua CDM yang terus berusaha dan memberikan komitmen mereka untuk menjayakan
semua rakan kongsi di seluruh Malaysia.


Siapa nak hadiah2 ni?
Mudah je.
Call saya 016 2212181

Raya Haji

Hari Raya Aidil Adha
26 Okt yang baru lalu.
Kami beraya di Kinrara.
lan nak balik ke Kelantan terpaksa dibatalkan, kerana komitmen kepada Irah yang masih
belum selesai examnya.
Hafalan AlQuran ada ujian juga selepas raya.

Jadi kami beraya di sini sahaja.
Pagi2 ke masjid Kinrara.
Selepas tu makan di rumah.
Aku masak kuzi ayam dan roti jala.
Juga nasi empit dan kuah kacang.


Jam 11 pagi kami ke rumah adik di BK5B juga.
Wow...macam2 ada.
Spagetti, lemang dan rendang dan masak lontong.
Sedap semuanya.
Lepas solat Jumaat, kami ke rumah CDM Kartini.
Angie dan keluarga pun baru sampai.
Lagi macam2 ada.
Nasi empit, ketupat daun palas, rendang dan nasi daging.
Semua sedap.
Semua air tangan CDM Kartini.


First Move Programme

Azlia Idha
Certified Profesional Image Consultant
Pemilik Butik GetGoergeous

Dalam First Move Programme
Sabtu 3 Nov jam 8.30 pagi hingga 1 tgh
Bertempat di TTC USJ 9.

Hanya untuk pengedar Premium Beautiful dari Akademi Taipan Malaysia.
Wanita sahaja.
Tiada bayaran tetapi perlu didaftarkan.
Tempat dah penuh.
Dah melimpah ruah.

Minta maaf yang nak registrekan anak, menantu, sepupu sepapat dan kawan2.
Untuk orang luar, boleh join dengan bayaran RM200.
Program ini percuma  hanya untuk usahawan warga Taipan sahaja.
Bersama Azlia Idha dan DDM Nabihan petang Sabtu lalu
di Paparich USJ 10.

Program ini diharap akan memberi nilai tambah baru kepada warga Taipan.
Antara yang menarik ialah


Imej adalah segala2nya.
Perkara2 yang merosakkan imej diri wanita.
Imej yang smart, kasual serta profesional untuk usahawan PB.
Membina bizz melalui promosi diri sendiri.
Pemilihan pakaian dan warna yang sesuai dengan bentuk badan.
Sedikit tentang pemilihan aksesori.
Make up dan tudung/shawl.
Photishoot.
Penggunaan imej untuk media sosial FB, Twitter, Blog dan Website.
dan pelbagai tips menarik yang akan dikongsikan oleh Azlia.


Kunci Suksess

Kunci suksess
Kunci ini ada pada diri sendiri.
Orang lain hanya boleh berkongsi.
Orang lain hanya boleh memberikan tips.
Orang lain hanya boleh memberitahu.
Orang lain hanya boleh bercerita
Tetapi untuk membukanya, hanya diri sahaja yang memiliki kuncinya.
Bukalah, kerana kunci itu ada pada diri anda.
Selamat suksess.

Thursday, October 25, 2012

Merindui Adib di Cairo


Senyuman manis anak bujang.
Esok hari raya haji.
Rindu pada Adib menggamit tiba2.
Alangkah bahagianya jika Adib ada bersama.
Sedih...hati seorang mama.
Hari raya aidilfitri yang lalu.
Adib pulang hanya dua minggu sahaja.
Terpaksa berangkat semula ke Cairo pada raya ke3 kerana kesibukan dengan peperiksaan.
Jika dia ada, ringan tulang dia ke dapur membantu aku.
Macam2 yang dibuatnya.
Anak yg baik.
Lebih rajin daripada kakak dan adik2 perempuannya.
Masak pun pandai.
Apa je dimasaknya sedap.
Syahdu...waktu bersalaman dan bermaafan di pagi raya aidil fitri yang lalu.
Memohon ampun daripada mama dan abah.
Alahai...menangis dibuatnya mengenangkan rintih rayu pilu anak bujangnya.
Segalanya masih terngiang2 di telinga aku.
Adib sangat rapat dengan kakak dan adik2nya.
Wataknya baik, abang yg penyayang.
Sangat memahami, mudah bertolakansur, sentiasa mengalah.
Suka membantu dan suka senyum, Adib sentiasa disenangi.
dib yang sentiasa dirindui.

Selamat hari raya aidil adha Adib.
Rindu selalu.

Masak apa esok?
Rendang? Ketupat? Nasi dagang?

Pendiam Suka Senyum

Nor Syahirah.
Pendiam.
Tapi suka senyum.
Anak yang baik, tak mungkin memberi reaksi negatif jika mama atau abah memberi teguran.
Malahan masih senyum dalam keadaan apapun.
Wataknya sangat jauh berbeza dengan Aisyah.
Manjanya tersangat2, terutama dengan abah.

Anak ketiga kami.
Belajar di IISKD.
Tingkatan Dua.
Suatu masa, pasti jadi cerita dan memori indah untuknya apabila dia membaca entry ini.

Monday, October 22, 2012

Wow...Jangan Tak Tau!!!

Tudung Ariani.
Spec Emporio Armani
Longerie Premium Beautiful.
Blouse jenama Saraya Zahret
Skirt juga daripada Saraya Zahret
Handbag Gucci
Cincin dan gelang Habib Jewels
Jam tangan Cerutti
Handphone Samsung Note
Pen Parker Swaroski
Kasut Bonia
Kereta Mercedenz S350.
OK tak?
Hi hi hi...


Jom sesiapa minat nak tau...jangan segan silu
HP 016 2212181
Whatsaap 010 2219181

Bonus RM4500, PB Habis Licin

Impian Puteri Condo di Pandan Indah.
kami datang ke sini semalam.
Apa lagi kalau bukan untuk mencantik dan menyihatkan wanita2 Malaysia
dengan PB.

Jam 3 lebih tiba di sini.
Tuan rumahnya Zuraida, seorang guru di Cheras.

Bersama SSM Elza Nadiah...terpegun aku dengar perkongsian Elza tentang PB.
Juga pengalamannya yang tak berapa sihat, alhamdulillah dengan PB, kesihatannya pulih kembali.
Juga adiknya, ibu dan makciknya juga semakin sihat, cantik dan ceria dengan PB>

Bagus2, boleh kongsi kat meeting tentang kehebatan PB.
Dan boleh berkongsi dengan lebih ramai wanita di luar sana yang nak tahu tentang PB.
Alhamdulillah...hebat Elza.
Bonus pertama ditunjukkan pada Zuraida sejumlah RM4500.
Semua 10 set PB Elza dah habis.
Bulan ni group Elza dah berkembang.
Dia dah confirm SSM dan jika sempat akan terus pecut ke DSM bulan ini.
Masih ada masa, terus fight.

Dan Zuraida memang teruja.
Dia juga mahu cantik melentik.
Semua wanita mahu cantik dan sihat kan.
PB lah jawabnya.
Gunakan bersama garam buluh, maharani, serum, Laa Praise dan pelbagai barang berkualiti Hai O.
Anda pasti berpuas hati.

Insyaallah, malam besok Zuraida akan hadir di TTC USJ 9.
bersama2 SSM Elza Nadiah.
Tahniah Zuraida.
Tahniah juga untuk Elza.

10 PB Tunai

Wow...walaupun kurus, semua wanita perlukan PB.
Tengok Nadia ni...kurus je orangnya.
Lepas disarungkan PB, Terus nampak cantik kontur badannya.
Aku datang rumah Nadia Sabtu lalu bersama SM Molisa.
Cousin Sha ni.
Tinggal di Setia Alam Shah Alam.

Jatuh cinta dengan PB, Nadia terus join member.
Borangnya akan didaftarkan besok malam di TTC USJ 9.
Dah terus nak join business, nampak gaya macam cash untuk 10PB.
Wow...tahniah Nadia.
Tahniah SM Molisa Zawatun.
Masa yang tepat untuk Sha.
Tetapkan matlamat, lakarkan impian.
Tidak ada yang mustahil, segalanya mungkin.
Akademi ini akan membimbing semua warganya yang mahu suksess.
Ikut dan buat.

Ilmu, sistem, strategi dan mentor disediakan.
Bersedialah untuk dibimbing.
positif dan jangan dengan apa orang luar kata tentang business yang kita nak buat.
Mereka boleh bagi pendapat, tetapi mereka tidak dapat membantu kita menjana pendapatan.

Yang lain jika berinat nak tahu tentang akademi ini...
boleh sms atau call 016 2212181
Whatsaap 010 2219181

Velocity V16 Vrooooommmm

Syukur berjumpa lagi.
Khamis lalu 18 Okt, bertempat di TTC USJ 9, aku hadir perjumpaan khas bersama
CDM, DDM, DSM, SSM dan SM dari network CDM Jalilah, CDM Aidil dan CDM Syed Huzair.
Alhamdulillah, seramai j18 orang yg hadir.
Ramai tak ramai aku tak kisah, yang penting mreka mahu buat.
Mereka mahu berjaya. kami berbincang, merangka dan berbincang serta berkongsi
cara/strategi nak boom business dengan produk Bio Velocity.

Tahniah kepada yang hadir.
Mereka bersemangat.
Semangat mereka sehangat produk baru velocity.
BVSM
Bio Velocity Sleep Mate.
Bio Velocity Sales Manager.
V16=SM.

Dengan PB pun boleh juga.
Aku kongsikan juga bagaimana dengan PB, aku boleh close 10 PB.
Bagaimana dengan bayaran ansuran, customer boleh beli cash malahan masuk join jadi ahli
untuk menjana pendapatan.
Tak susah mana jika kita mempunyai skillsnya.
Nak dapat skill, kenalah buat.
Nak dapat skills yg mantap, kena hari2 buat.
Bila dah mantap, tunggulah business anda jadi, menjadi dan kian menjadi2.
Aku tunjukkan juga beberapa orang SM baru yang menghubungi aku melalui FB
kerana tarikan bayaran ansuran B, akhirnya join ATM.

Insyaallah, jika tiada aral melintang, 10 pakej PB bulan ni.
Harap2 semuanya akan menjadi kenyataan.
Hampir 5 or SM baru dah transfer kepada stokis, selebihnya masih dalam proses menguruskan dana dan dokumen.

Masa berlalu pantas.
Hujung minggu ni dah sibuk dengan raya haji.
lepas tu dah nak closing.
Inilah sebahagian yg hadir.
Ilmu sudah di dada.
Senjata sudah di tangan.
Tindakan diri sendiri akan menentukan hasilnya.
Aku akan support mereka habis2an.
Insyaaallah, jom kita buat bersama2.
Kita berjaya bersama2.


VGroup.
V16 Vrrrooooommmm

Menara Duta 2, Sri Hartamas.

Tengah hari JUmaat lepas.
Aku datang ke sini.
Condo Menara Duta 2, Sri Hartamas bersama SM Nurul dan SSM Noor Azizah.

Berjumpa dengan Pn Norita.
Cantik kondonya.
Katanya semua hubby yang uruskan hiasan dalamannya.
Hubbynya juga suka memasak.
Wah untunglah Ita.

Alhamdulillah, terus fittingkan PB pada Ita.
Wow...mencacak terus badannya.
Pengalihan lemak terus berlaku.
Spontan...badannya cantik.
Kontur badan ketara berbeza.
Sangat mengiurkan...ha ha ha pecah berderai kami berempat dengan gelagat Ita.
Itu yang happy buat business ni.
Hari2 berjumpa2 wanita untuk memperbetulkan cara memakai longerie yg betul utk mereka.
Bukan mudah nak tukar, tetapi apabila mereka mencuba PB, pasti mereka berubah fikiran.
Cuma kadang2 mereka kurang berdisiplin utk memakainya.


Jika nak serius berjaya dan menjadi usahawan hebat PB,
kenalah ubah.
PB mesti sentiasa disalut kat badan.
Insyaallah, Ita join ATM.
Tahniah untuk SSM Noor Azizah dan bakal SSM Nurul Hasanah.

Ruang tamu di kondo ini.
Merah hitam,
Ringkas serba ekslusif.
Dining bersebelahan dapur....
Juga bertemakan merah hitam.
Suami Ita rajin memasak.
Aku turut merasai air tangannya.
Sedap sedap semuanya.
TQ TQ TQ.

Selagi Kita Mahu

SSM Nik Norfaizah.

Baru nak gerak. Setelah dua tahun berehat.
Dah mula menyusun strategi.
Dah mula melangkah.
Dah mula gi share tentang PB.
Dah mula datang BOP.

Baguslah.
Rugi yang berhenti.
Orang lain tak berhenti berusaha.
Orang lain tak berhenti melangkah.
Orang lain tak berhenti berkongsi.
Sebab itu mereka juga tak berhenti mencipta kejayaan.
Mereka juga tak berhenti menjana pendapatan.
Bukan dua tiga ratus.
Mereka dapat 4 angka setiap bulan.
Mereka dapat lima angka setiap bulan.
Mereka dapat enam angka setiap bulan.


Moga Nor tak berhenti kali ini.
Apa lagi hubbynya dah support habis2an.
Buat je jangan berhenti.
Orang tak mau, jangan pedulikan.
Selagi kita mau, kita tetap akan berjaya.
Teruslah berkongsi dengan sesiapa je.


Sunday, October 21, 2012

Jujur Nombor Satu.

Salam.
Huh baru berkesempatan nak menulis entry baru.
Tak sempat sehari dua ni.
Penuh penuh penuh.

Tiga hari lepas  aku datang berkongsi tentang PB di kondo ini.
Sri Mahligai Seksyen 9 Shah Alam.
Sebenarnya Gee ni dah join Hai O.
Dah expired pun.
Dah stop business, pangkat DSM.
Dengan nun group di ....dekat kuil terbesar di Malaysia.
Tersohor senusantara.

Gee inbox aku nak tukar PB.
Aku kata boleh je.
Gee minta nama penuh dan gambarnya tidak diuploadkan.
Aku terima amanah ini.

Aku tanya kenapa stop buat business?
"Ya kak, saya tahu boleh buat duit. Hidup saya berubah gak la, sempat sekali melancong ke Tokyo.
Sempat beli kereta Wish. merasa juga pendapatan RM9000 paling tinggi.
Memang seronok.
Saya berhenti sebab upline saya tak jujur.
Beberapa orang rakan kongsi saya, diletakkan dibawahnya direct.
Sayapun silap, tak belajar uruskan sendiri dari awal.
Semua saya percaya padanya 100 peratus.
Ingatkan dia jujur, sebab dari awal saya nampak OK.
Rupa2nya dia tipu saya kak.

Ada juga sekali saya tak dapat bonus, sebab duit yg saya suruh dia maintainkan, dia tak buat.
Barang pun saya tak dapat.
Tengok2 bonus tak masuk.
Bila saya tanya stokis, baru saya sedar, dia tak maintainkan untuk saya.
Bila saya tanyakan dia, dia boleh cakap "eh aku lupa la nak maintainkan untuk kau".
Saya minta bonus saya, haram dia tak bagi kak.
Tapi saya tau, dia pun dah stop buat business ni.
Itulah jadinya bila tipu downline sendiri.
Apa yg dia beri, dia dapat semula untuknya.

Aku kongsikan sekali lagi dengan Gee.
Kelebihannya jika diteruskan.
Aku kongsikan, dah 10 tahun dalam business ni.
Tak pernah berhenti.
Tak pernah mengalah.
Tak pernah kecewa dengan segala ujian dan cabaran.
Terus buat dan positif.
Aku kongsikan tentang akademi Taipan.
Aku kongsikan tentang cara akademi Taipan boleh membantu dan membimbingnya.

"Tengoklah kak, kalau ada rezeki saya lagi, nak gak buat semula.
Susah la jika hanya mengharap gaji je, tak ada duit lebih kak.
Dulu masa buat Hai O, kami sekeluarga mewah berbelanja.
agi duit kat mak ayah pun banyak.
Syukur sangat."

"Bila ingatkan upline saya, saya rasa serik.
Saya pun kesian dengan rakan kongsi yg saya ajak tu.
Semua hilang arah tujuan.
mereka pun stop macam saya kak".
Cerita Gee lagi.

PB yg Gee minta tukar, aku berikan.
Hanya girdle je.
Yg lain semua habis jual.
Girdle tu saiz besar 98 dan 106. Masih elok balutannya.
Umpama baru!!
Gee minta tukar 82.
Barangnya masih elok.
Aku tukarla, rezeki bertukar tangan.
Walaupun Gee tak berminat untuk join, sekurang2nya aku dan bantu service tukar girgle.
Mana tau, esok2 dia call aku mahu rejoint lagi sekali.
Apa lagi jika melihat dan menilai komitmenku.
Apapun nak buat,  jujur adalah nombor satu.
Jika tak jujur, usahkan 10 tahun macam aku, 10 bulan belum tentu anda boleh bertahan dlm
business ini.

Tuesday, October 16, 2012

Selamat Datang Ke Akademi Taipan

Tahniah SM Atiqah Wahat.
Tahniah juga SSM Elza Nadiah.
Berani bertindak, berani mengambil peluang, berani untuk mengubah diri,
berani berimpian dan berani untuk berjaya.

Senyum manis ketika aku bersama2 mereka di RHB Easy semalam.
G10 dah close. transfer sudah.
Malam ni boleh ambik barang.
Pelanggan dah ada sedia menanti.
Belum diusik lagi di sekolah tempat Atiqah bekerja.
Peluang besar untuk yang bijak mengambil peluang.
Malam ni berjumpa di Bonus Night.
Mana tahu rezeki dapat Gucci dan Coach.

Tahniah juga untuk SSM Elza.
Tanpa satu alasan.
Geraknya laju. Matlamatnya jelas.
Menjayakan rakan kongsi misi utamanya.
Ke hulu ke hilir memperkenalkan produk ini.
juga berkongsi strategi untuk mengubah hidup melalui akademi Taipan 181.


Kembali Beraksi

SSM Nik Norfaizah.
Adik bongsu aku ni.
Dah lama koma.
Baru nak melangkah semula.

Dulu2 macam2 alasan, nak bersalin la, tak ada maidlah, anak kecik la, anak tak sihat la dan bla bla bla.
Tapi dia sedar, 1001 macam alasan diberi tidak memberi sebarang erti.
Hanya menjauhkan diri daripada kejayaan.
Orang lain duk sibuk buat duit, kita sibuk cipta alasan.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan hajatku.
Mahu adik sama2 berjaya dengan business ini.
Tergerak hatinya untuk beraksi kembali.
Suami pendorong utama.
Tahniah Arif.

Apa lagi melihat sahabat baik sendiri dah bergaya dengan BMW3Series hanya dengan PB.
Haa...padan muka, kawan baik dah CDM, awak masih lagi SSM.
Itulah bezanya antara orang yg bertindak dengan orang yang tengok je,
Demo kedua yang disusun, kali pertama ke Nilai dengan Ieda.
Positif orangnya, tapi nanti dulu.
Nak datang BOP dulu katanya.

Kali ni terus menjadi.
Kami ke Bangsar South City di kerinci.
Kawasan baru. Aku belum pernah sampai ke mari.
Emmm...cantik dan bersih.
Pejabatnya di tingkat 3, tower 11.
pejabat Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
Pn Molisa Zawatun asalnya hanya rakan fb.
Juga rakan lama dari TM.
Tap kami terputus hubungan sekian lama.
Berjumpa hanya melalui fb sahaja.
Tapi masing2 hanya bertegur sapa dengan fb sahaja.
Sehinggalah Pn Molisa tergerak hati nak sms aku bertanya tentang PB.

Dia sendiri dah ada tiga set.
Nak beli lagi.
Di ofis pun ada dua tiga orang yang nak pakai PB katanya.
Aku terus demo dan kongsikan tentang PB.
Dan cara menjana income.

Bagai orang mengantuk diorongkan bantal.
Pn Molisa sedang2 mencari2 peluang, dah lama mengimpikan kebebasan masa dan kewangan.
tetapi tak tau apa business yg sesuai untuknya.

Nah, inilah dia.
Tahniah Sha.
Bermodalkan tunai untuk G10.
Malam ni nak datang bonus night di USJ 9.
Insyaallah sama2 kita berjaya.

Dan tahniah juga untuk SSM Norfaizah.
Juga untuk SM Arif Sufian.
Inilah permata2 baru yang akan dijayakan.

Dah mula, terus mula mencipta jaya dan suksess.
Dua pakej dlm genggaman.
DSM dan car fund sasaraan terkini.
Pasti boleh jika fokus kepada matlamat anda.


Nasi Ayam Special

Emmmm...seronok makan bersama2 sekeluarga.
Nasi ayam special.
Kami hidangkan untuk Nor, Arif selepas kami balik demo.
Semua suka kalau aku masak nasi ayam ni.
Dzul dan anak2 pun suka.
Dani pun makan banyak.
Sedap sampai menjilat jari.
Semua sedap.
Supnya, sambalnya, kicapnya, ayamnya dan nasinya.
Resepinya ringkas dan bahan masakannya simple.
Nak masakpun senang.
Aku main campak2nya.
Tapi semua makan dua kali tambah.

Semua puji.
"Boleh buka restoran nasi ayam ni"
Kata Irah.
Ha? Buka restoran? Buat apa nak pening2 kata Dzul.
business yang buat sekaranglah senang.
Hai O terbaik, tak pening kepala, tak perlu fikir pekerja, tak ada risiko,
tak payah fikir iklan dan sewa bangunan, tapi pendapatan dan insentifnya
menyamai seorang CEO sebuah syarikat gergasi.
Yalah jika pendapatan lima atau enam angka sebulan, bukankah senang namanya?


Majlis Pelancaran Velocity di Melaka.

Sabtu 13 Okt 2012, kami ramai2 turun ke Melaka.
Branch Melaka di Melaka Raya.
Jam 8 malam tiba di sana.
Ada majlis pelancaran produk baru Velocity peringkat Melaka.
Branch melaka dengan wajah baru.
Ubah suai untuk up grade branch.
Ya untuk menawan selatan, menawan rakyat Melaka kepada Hai O, branch mestilah menarik dan ada
imej baru. Cantik, menarik dan kemas.
Tahniah Hai O Marketing.
Perubahan yg lebih meyakinkan.
Aku yakin Hai O akan lebih booom selepas ini.
Group Taipan sememangnya boooommm sejak dulu lagi.
Pelancaran velocity pastinya memberikan impak baru juga.
produk hebat, produk baru, banyak pilihan untuk usahawan dan pengguna.
bertepatan dengan slogan Hai O, My choice for life.
Sebahagian yg hadir di majlis itu.
Ramai lagi yg tak masuk dalam gambar.
Semua senyum...maklum dh tidur lena dengan velocity.
Pelapik tilam yg berfungsisebagai alat terapi tidur.
Hai O Perjuanganku.
Lagu wajib di setiap majlis Hai O.
CDM Ah Hock memberikan ucapan dan berkongsi pengalaman.
Pengalaman CDM Otai cukup sinonim dengan perjuangan jatuh bangun dalam business Hai O.
Semuanya menjadi sekolah berguna untuk kita sebagai pengedar2 baru.
Juga untuk aku sendiri.
Inilah antara mentor kepada Taipan.
Mentor aku juga.
Duduk berbincang dengannya selama lima minit pun dah dapat suntikan ilmu dan motivasi.

CDM Kartini, otai kepada ATM.
Pengalaman selama 12 tahun...wah semangat yg tak pernah padam.
Lebih melonjak dengan pelancaran produk baru velocity.
Sentiasa menggegar dan gegarannya boleh dirasai di mana2.
Demo velocity oleh CDM Kelvin.
Produk memang terbaik.
Luar biasa dan begitu fantastik.
Macam silap mata lak aku rasa.
Setiap rumah mesti ambik tiga set untuk tiga bilik sekurang2nya.
Sebahagian yg bergambar.
Tahniah semua yg datang.
Tahniah semua yang hadir majlis ini.
Apa tunggu lagi...frekuensi dalam velocity telah berjayamenembusi semangat dan momentum
mereka yg hadir.
Tembus sampai ke luar semula sebagai bekalan untuk berjuang di medan perang.
Beranilah berjumpa dan berkongsi dengan sesiapa saja
tentang velocity.
Velocity...saiznya tak sebesar mana.
Ia cukup ringan.
Lebih nipis berbanding dengan totoo.
Lebih ringan dan senang dibawa ketika balik kampung atau ketika out station.
Meletoppsss.
Produk baru untuk sasaran baru.
Produk baru untuk rakan kongsi baru.
Produk baru untuk momentum baru.
Tahniah CDM Haryati dan CDM Hasmidar.
Senyum meleret dengan velocity.
CDM Jalilah dan DSM Ezzah...tahniah.
Dah mula menyusun strategi, dah mula menyusun gerak kerja, dah mula menggerakkan rakan kongsi
untuk sama2 merasai gelombang kehebatan frekuensi Velocity.
Siapa yg bijak mengambil peluang, pasti meraih manfaatnya.
Siapa yg bijak merencanakan kehebatan velocity, pasti akan mengundang kejayaan
yg lebih hebat selepas ini.
Sehebat Velocity.


Jommm...bersama2 meraih jaya dan kemenangan yg lebih hebat dengan Velocity.